Jumaat, 31 Disember 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat tahun baru 2011. Syukur alhamdulillah masih dipanjangkan umur,sihat tubuh badan,semoga masih ada kesempatan untuk aku terus hidup ditahun2 akan datang. Insyaallah....
Haaa... nak tanya korang sambut tahun baru kat mana?.. Kat Dataran Merderka, KLCC, Menara KL. ICity [ bagi warga KL le..]. Tak kira dimana pun korangsmbut,jangan sampaibuat hal2 yang tak senonoh, jangan langgar batas keagamaan. Ingat kita orang melayu beragama islam...
Korang nak tau tak kat mana aku dimalam tahun baru?....Aku n family keAmpang Saujana, rumah sapa lagi,Mamamiraki.Kul 9.30mlm aku bertolak dari rumah, nasib baik jalan tak jem sangat, sampai rumah mamamiraki dlm kul 10 mlm.Mamamiraki beria2 sangat suruh aku datang bukan apa, dia nak merasmikan Magik Roaster yang baru dibelinya.So malam tu wat la BBQ kecil2an, saja suka2... Sementara tunggu benda2 yang dibakar tu masak, mamamiraki goreng kew teaw,sedap makan panas2...
Dalam kul 11.50 dia orang sume keluar nak tengok bunga api. rupa2nya dah ramai orang yang tunggu nak tengok bunga api.cadangan awal nak panjat bukit Ampang Saujana, last2 tak jadi, tengok aja lah dari depan rumah, boleh nampak jelas jugak.aku ngan mamamiraki pun sama menyebuk nak tengok...
Lepas tengok bunga api balik rumag sambung xtvt masing2.Ika n sasha ngadap laptop main game la, hubby kita orang sambung sembang sambil pekena hasil BBQ n nescafe. Iki n Amir terus tertidur, penat agaknya.Aku n mamamiraki sambung makan sambil gosip2 akhirnya terlelap kat sofa, kira tidur2 ayam aja lah. Sasha n Ika dan kedua2 hubby tak tidur sampai pagi . Dalam kul5.15 baru kita orang balik. Dasyat kan smpai kepagi......

sementara tunggu bunga apai posing dulu
dua dara sunti Ika n Sasha

kalau ia pun nk tengok bunga api tak kan sampai nk panjat pagar Iki n Apis
sabar Iki ,belum masak lagi tu
mananya pun BBQ kecil2an so yg bakar pun budak kecik le Si Amir
ini lah rupa magic roasternya, dijamin tak hangus, masak elok aja

Sampai kerumah betul2 azan subuh berkumandang. lepas mandi n solat aku terus buat sarapan. rebus ubi kayu yang aku beli kat Giant malam tadi. 2 ketul ubi kayu berharga rm5.45 sen. mak aiii. mahalnya. teringat dulu2 arwah abah jual ubi satu guni plastik baru 50 sen. nak makan punya pasal beli lah jugak walau pun mahal. aku wat ubi samin separuh [ untuk aku le] dan yang separuh makan cicah kelapa+gula, tu febret hubby n anak2. aku tetap ngan menu jaworld, ubi samin....
ubi samin febret aku, sedapnya......
ubi cicah kelapa+gula untuk hubby n anak2..

Ahad, 26 Disember 2010

BALIK KAMPUNG

kali ni saja nak buat n3 tanpa gambar, kira buat karangan aja lah. tajuknya BALIK KAMPUNG. cerita pasal balik kampung ni rasa seronok sangat, apa lagi aku memang dah lama tak balik kampung. Aku bertolak dari KL kul 12 mlm, biasalah hubby memang suka drive malam, aman dan nyaman.....walaupun cuti krismes tapi tak banyak sangat kenderaan malam,line clear lah... aku singgah di R&R Paguh rehat kejap basah2kan tekak. sampai rumah pusaka lampu terang lagi walaupun dah pukul 3.15am, aiiii... dia orang tak tidur lagi ke?... jangan2 tunggu aku sampai kut...[ perasan lak]. sampai aja kreta depan rumah aku nampak 2,3 kepala budak menjengah dari tingkap yang bertutup. sah le budak2 tu tak tidur lagi,mak2 nya dah ngorok.. Memang selalu macam tu bila dah kumpul ramai2, main game ke budak2 sume lupa tidur termasuk le anak aku si sasha yang baru sampai , menambahkan korum. dia orang sume tak tidur sampai pagi.
Yang mak2 ni biasa lah bangun pagi celik aja mata pikir nak sarapan apa. kebetulan aku dah siap buat sambal nasi lemak n aksesorinya, tinggal masak nasi aja leh. Jadinya menu sarapan pagi tu, nasi lemak, apam n kasui [ aku buat tau..]. donut akak som, kuih rangin cik Mek, sume made in sendiri tak de made in Abas ke mak cik simpang tiga ke, kami sume kan rajin2 tak yah nak beli2...
Cam biasa le lepas sarapan tugas mummy gee n akak som gi pasar PS, beli lauk untuk lunch, aku n Mek tak ikut, kalau sume pegi sapa lak nak kemas rumah kan.. Dah siap kemas2 Mek bawak aku meninjau kebun belakang rumah saja2 le sementara tunggu dia orang balik dari pasar, pas ni tugasan masak lak, aku rasa lah kalau balik kampung agenda wajib memang masak, makan.... . nak wat cam ne janji bahagia dan seronok kan. Ha.. menu lunch simple aja.. msak lemak pucuk ubi, sambal belacan n ulam, ayam goreng, sup ayam,ikan goreng, cendawan [ jamur gerigit] msk lemak pedas, air sirap..... fuyoo sedap giler kita orang makan....
Xtvt anak2 ada yang main badminton, bakar2 sampah bersama hubby n enal[ huby akak som], perut dah kenyang agenda seterusnya utk kaum ibu sambung gosip2 le. minum petang beli goreng pisang n teh tarik. Petang dalam kul 4.30 kita orang buat lawatan ke kebun di air hitam, saja tengok2 , pas tu gi pasar malan Pt. Tengah. tujuannya nak beli sate akak som nak belanja tapi malang tak de lak sate kat pasar mlm tu, so beli aja lah benda2 makan lain untuk malam ni.
Pagi ahad lepas sarapan aku,mummy gee n som gi kubur arwah mak n abah, pas tu gi kilang kerepek di Pt Laman,apa naman kedai tu lupa lah. sampai sana apa lagi memborong le segala jenis kerepek, sumenya projek membesarkan badan...
Lepas minum petang kita orang bersiap nak balik rumah masing2. oh ye minum petang tu goreng keropok lekor , donut n ada nasi ambeng adik ipar Yin antar , tima kasih le, sedap nasi ambengnya.... Saat yang paling tak suka bila dah kat kampung ramai2 pastinya nak balik rumah masing2, bukan kata anak2 aja kita pun sama.. tapi ye lah bak kata akak som suka balik kampung tapi kalau nak tinggal kat kampung selamanya .... hihihi..... Kami meninggalkan kampung halaman dalam kul 5.30 pm. Yin n family balik dulu sebab ada keja nak buat. Mummy gee menyambung percutian di rumah Mek kat Pt Bunga.... sampai jumpa lagi. Untuk melihat gambar2 xtvt kita orang kat kampung layari lah blog mummy gee, pastinya korang jelous gilers....

Sabtu, 18 Disember 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU - ERNIE&LUFTI

Selamat pengantin baru buat Erni & Lufti, semoga berbahagia hingga keakhir hayat. dan buat kawan aku cik yah selamat menerima menantu sulung, tunggu lah tahun depan dapat cucu lak.....meriah sungguh majlis persandingan di dewan banquit MPKL, siap tarian, nyanyian, serta makanan yang sedap. siap ada acara baling gula2 n duit buat budak2... sayangnya untuk mak budak tak de lak, kalau kat johor ada acara bayar TOL , kadang2 2,3 tol lah sebelum boleh duduk kat pelamin... seronokkan.... layan aja lah gambar yng sempat aku klik2 ni
diantara tetamu yang hadir ke majlis persandingan di Dewan Banquit Maktab PDRM
antara barang2 hantaran nampak ceria warna merah

ni telekong di gubah bentuk bunga
Hari sabtu semalam aku kemajlis perkahwinan anak jiran aku. malamnya diadakan majlis berinai, tapi disebabkn hari hujan majlis kurang selesa. tetamu agak ramai jugak. aku pun tak lama lepas tengok2 apa yang patut , sempat lah klik2 gambar sikit, malu lah, orang lain kemera besar2 siap pikul, aku ni cuma kamera hp cikai aja.. ini aja lah gambar yang sempat aku klik2
pelamin yang simple tapi cantik
bilik tidur pengantin, ambik gambar tanpa izin, kira menceroboh ke?

Selasa, 14 Disember 2010

CUTI CUTI KEMELAKA PART II

Sambung n3 yang lepas, cuti2di Melaka. xtvt hari ahad , pagi duk rumah aja sebab biras aku keja[ berniaga kat gerai ]. pukul 11 dah balik. kota orang plan nak gi pantai pengkalan balak bersama kwan adik ipar. jadinya kita orang pegi 3 family la. dah namanya berkelah tak sah le kalau tak bawak bekal untuk makan2. tak banyak makanan yang kita orang bawak , ye la pegi pun dah tengahari, bawak untuk makan tengahari aja la. selebhnya beli la kat situ, macam2 ada jual. pantainya agak bersih tapi aku tak mandi cuma anak2 buah aja yang mandi. mak2nya cuma duduk2 aja sambil bergosip.....Dalam kul 4 kita orang berkemas nak balik , ada tempat lain nak di tuju ni.... kemana ye???.... Ha kita orang nak gi ke pameran satu daerah satu product kat MITC, hari i last penutup.... sampai situ ramai gak orang ye la hari last. pameran tu lebih kurang macam pameran MAHA , barang2 yang dijual pun lebih kurang sama... Nak tau apa aku beli... beli rempeyek kacang tanah n kacang [ gerai negeri johor]. kuah segera masak pajeri[ negeri Pahang] rempah masak itam[ negeri perak],jeruk2 dah semestinya dari penang. itu aja lah selebihnya cuci mata aja. keluar dari situ dah hampir kul 6 pm, singgah makan dulu ,ya lah dah penat2 sampai rumah tak kan nak masak, kita pun faham kan.... malam dalam kul10.30 aku bertolak balik ke KL.....

Shasha bersama sepupunya, shira


Bersama adik ipar , zee
bincang apa nak beli sebelum masuk ke pameran di MITC
posing depan rumah adik ipar sebelum balik
pemandangan di pantai pengkalan balak
sasha tu nak tangkap apa
sasha n aqil menikmati keindahan pantai pengkalan balak
sungai Melaka waktu malam mmg cantik dengan lampu2

bersama Aqil
Sasha dengan bangganya mengebarkan bendera spore
ni contoh rumah Filipina
jangan marah la tak ajak korang gi spore
ni rumah Indonesia yang sempat aku naik

Isnin, 13 Disember 2010

CUTI CUTI KEMELAKA

Hari sabtu lepas tanpa dirancang, tanpa diplan dan tanpa persediaan budget tetiba hubby ajak gi Melaka. Aku ni bab berjalan ada duit ke tak de on aja yang penting dapat jalan2. kebetulan ada adik hubby duk Melaka, tak yah le sewa2 hotel... Tengahari baru kita orang bertolak . sampai Melaka dalam kul 2 ptg ,terus singgah dulu di Mini Asian, sebelumnya tak pernah pun aku pergi sini sekadar lalu aja. bayaran masuk rm5 aja. sampai2 makan dulu lapar.... Best gak kat sini ada pertunjukan kebudayaan, terdapat rumah2 spt rumah Indonesia, Filipina, Thailand dan banyak lagi la, tapi yang sempat aku masuk cuma rumah Indonesia ngan rumah Perlis aja. yang lain2 tengok aja dari luar, kaki dah lenguh. sempat gak beli t shirt sorang sehelai..... Dah penat round2 terus sambung perjalanan ke rumah adik ipar, tak sempat gi tempat lain sebab malam ni Apis nak balik KL naik bas kul 8, kena keja lak dia malam ni ...
singgah le tengok2 baju, cuci mata aja
sempat bergambar dengan penari2 kebudayaan di Mini Asian
ala siannya posing sorang2
ini le rumah perlis kat dlm banyak pinggan BK[ utk mummy gee]

Jumaat, 3 Disember 2010

DAUN PISANG N KOCI PANDAN

pokok pisang yang menjadi korban, pokok durian belanda
pokok durian belanda menggantikan pokok pisang [ btul le Belanda dpt tanah ]
Koci panas2.. mari 2...mari makan....[ koci aku tk de yang melentet dibalut kemas ]
Hidangkan bersama teh 0...[ pinggan ditaja oleh PDRM ].....
Ni koci sihat n bersih tk de penyakit keputihan, cam mummy gee buat. hihihi....
Bentuknya 3segi [ ye ke 3segi ], dlmnya ada inti, namanya kuih koci..

Ni tengah rajin n ada masa nak wat n3. kali ni nak cerita pasal daun pisang n kuih koci. Alkesahnya petang semalam hubby operasi kebun sekangkang kera belakang rumah, aku dah agak mesti ada pokok lain yang yang nak ditanam. Hubby tebang pokok pisang , siap dikorek buang umbinya, pas tu tebang lak pokok kari yang subur merimbun, sayang aku tengok., tapi ada lagi pokok kari 2,3 pokok yang lain. ya lah banyak2 pun nak wat apa, nak tanam pokok lain tak de tempat lak. Bekas pokok pisang tu rupanya hubby tanam pokok durian belanda, hubby beli masa pegi MAHA. Buah durian belanda ni susah nak dapat, kat pasar pun jarang jumpa.... Ha petang semalam hubby dah tanam, pameran MAHA akan datang dah boleh kut jual buah durian belanda ..... Oh ye pokok2 pisang yang dah ditebang tu, daunnya elok2,kalau jual kat pasar mesti laku. apa kata esok aku bukak meja kecik kat pasar jual daun pisang n daun kari..... hahaha... tak dapat aku bayangkan..... Duk fikir2 sambil tengok hubby wat keja, aku teringat lak ada inti kelapa yang aku dah buat 3,4 hari lepas .aku simpan dalam peti ais . Baik aku buat kuih koci pagi esok daripada tak guna daun pisang tu kan.....boleh wat sarapan pagi... Disebabkan kerajinan aku maka jadi lah kuih koci pandan yang sedap.....

Rabu, 1 Disember 2010

MAHA 2010

walau pun hujan pengunjung tetap ramai

cap ibu dan anak

like father like son...
ya ampun tak berangkat aku nangka ni, ada ke sebesar nangka mama janet kat Muo
besarnya ubi ni, berat la nak angkat sebab tu gambar terbaring
Apis N Sasha, duta product apa tu?...
nasi ambeng yg tersangat la TAK sedapnya, cam ni pun nk jual...
tengok la pokok tomato ni , lebat sungguh buahnya, kalau lah kita tanam cam ni...
tak beli pun pokok okid, bergambar pun jadi le
tak dapat aku nk beli nangka, q dekat 1km tk sanggup nk tunggu
dapat jugak telor pindang , ari tu terliur tengok kat blog mummy Gee
Dah lama aku tak jengah blog sendiri, sebab tak de crita baru . kebelakangan ni aku agak sebuk, ditambah dengan cuaca yang mendung2 , menambahkan sindrom penyakit M menular begitu cepat. daripada blog aku ni semak dan bersawang aku buat le n3 yang dah agak basi ni, tapi ok lah jugak kan.... Ni pasal MAHA 2010 la. hari ahad lepas aku sefamily pegi le ke maha tu lepas zohor. mak datuk punya la jem jalan ... giler tul... disebabkan jalan yang tersangat2 jem trpaksa lah parking keta kat tepi jalan yang jauhnya dlm1km. kalau nak tunggu parking lebih dekat aku ingat malam baru sampai ke maha kut. dalam hujan renyai2 kami redah aja la sampai ke tapak maha. alhamdulillah aku masih di beri kekuatan untuk berjalan sejauh itu... terror gak aku ye.. hihihi....sampai aja kat tapak maha cari kedai makan dulu sumenya lapar dan dahaga. lepas tu baru la mulakan lawatan. disebabkan hujan aku terus aja ke tempat pameran dan jualan dalam dewan. memang itu pun tujuan aku, tak kuasa aku nak pegi ketempat, lembu kambing dan yang sewaktu dengannya disebabkan hujan...Macam2 ada...., pameran maha yang dulu pun aku pegi, lebih kurang sama aja cam dulu. pusing2, round2 pegang itu pegang ini, last2 pegi tempat jualan.kat sini yang seronoknya, segala apa yang dia orang bagi rasa aku rasa, kalau yg sedap aku beli la, kalau yg kureng aku rasa aja la... yang pentingnya aku dapat beli telor pindang gak, Dah penat ronda2, beli2 lapar balik, kami pegi le ke medan selera, macam2 makanan ada.. dalam banyak2 tu aku nasi ambeng gak jadi pilihan aku, aku banyangkan mesti sedap macam arwah mak selalu buat, tapi HAMPEH....bagi kucing pun belum tentu nak makan.... sampai hati orang yang jual ye masak cam tu, orang beli bukan free....sapa2 yang nak ke maha jangan la beli nasi ambeng tu, ada satu gerai aja yg jual . NASI AMBENG T****NG KA***G