Ahad, 29 April 2012

AYAM KAMPUNG.....

hari tu kaum kerabat ku termasuk mummy gee, mamamiraki, mama janet asik bercerita pasal ayam kampung je, sampaikan aku pun teringin sangat nak makan, Terasa2 enaknya ayam kampung yang liat2 sikit, tapi yang tak de gigi atau pakai gigi palsu tu lupakan kan lah kalau teringin ayam kampung ye. Untuk keselamatan gigi baik makan ayam bandar....hehehe
Aku ni tanya le anak aku si Hafeez mana ada tempat makan yang ada jual ayam goreng kampung yang sedap, kebetulan hari sabtu hubby kena keja sampai malam, malas le nak masak thari tu, so aku ajak anak gi makan ayam kampung. Ingatkan nak makan ayam penyet wong solo je pun sedap, tapi anak aku bawak tempat lain,ikut je la....Tah mana tempatnya..rasa2 cam area Bangi je....Tak kesah le perut aku pun dah lapar ni.....layan je la gambar2 kita orang makan....

 Woii...Apis makan ayam kampung goreng dua2 belah tangan..dia tak makan nasi,
 ratah ayam je...


 Alah si Sasha ni malu2 lak orang nak amik gambar....


 Haaaa....muka orang lapar, penuh sepinggan nasi, abc lagi......huhhhhh....

 sopannya mak cik ni makan, dah slow je , tak sedap ke...



 
 Ini le rupa ayam goreng kampung yang special [kononnya la]. goreng rempah, pas tu 
dia bagi le sambal kicap wat cicah n tomato...Biasa je rasanya....



 Nama kedainya aku lupa la, kalau kita nak ayam goreng oder kat sini dulu,
pas tu amik le nasi n lauk2 lain kat dalam.....



Napa sha check beg duit abang ke...ada lagi ke duit nak gi jenjalan ni....

Sabtu, 21 April 2012

SEGAR DARI LADANG

Lama tak n3 blog aku ye...korang tak rindu ke.....ok lah hari ni ada masa n ada cereta , aku buat la ye.
Orang kata berbudi pada tanah insyaallah dapat hasilnya....yang itu semua orang tau kan.....Tapi berbudi dan berbaik dengan jiran2 pun kita dapat hasilnya jugak tau......hehehe...
Tapi memang tak semua jiran2 kita yang mempunyai sikap bagitu, ada jugak jenis yang hidup sendiri2, kebanyakkannya yang berkerjaya, ye lah kalau tak berbaik dengan jiran2 pun mereka masih ramai kawan2 kat opiskan, tapi tak semua yang berkerjaya mempunyai sikap cam tu, hanya sebilangan saja...so, bagi yg berkerjaya jangan le terasa hati ye....aku yakin korang sume jenis yang sentiasa berbaik dengan jiran2 dan kawan2....amin...
Aku pun memang suka berkawan , bukan apa duk kat umah je kalau tak berkawan basi le air liur tak bercakap ngan orang. Aku ni ada lah adalah kwan2 yang kira rapat ngan aku, walau tak selalu jumpa.
Dia orang ni jenis yang tak berkira , cam kawan aku ni setiap kali ada nangka masak,walau sedikit insyaallah aku merasa. Tapi pagi ni rezeki aku gaknya, kwn aku tak berapa sihat , so dia panggil aku petik nangka yg dah masak dan potong2 bagi2 kat jiran2..sama2 merasa...aku yang terlebih kena getah nangka so bagian aku lebih le sikit..hehehe
Jiran sebelah rumah  pulak pokok mangganya berbuah lebat tak putus2, semalam aku gi .'ngondoh' ngan kak nah jiran aku. pas tu bagi2 le kat jiran2 yang lain....Macam aku lak belakang rumah cuma tanam pokok2 ulam2 atau pokok keperluan harian spt daun kari, daun limau purut, limau kasturi, daun kunyit macam2 la, tu je la yang jiran selalu amik......

nangka ni dah betul2 masak, tak banyak getahnya. manisssss....


mangga epal, tapi belum masak.....nak buat kerabu mangga boleh la...


 jantung pisang ni baru petik, jenuh aku mengaitnya sebab agak tinggi, nasib baik
tak masuk longkang

petang semalan gi round samapi ujung lorong, samapi rumah kawan aku dia baru lepas
petik buah sukun, orang kata kalau dah rezeki kan dapat gak merasa sebiji....

Jumaat, 6 April 2012

BILA RAJINKU DATANG.....

Lama aku tak n3 blog aku....tak de ceta dan malas la. Ari ni aku rajin so aku wat le ceta , ceta syok sendiri...hehehe..
Kita biasa dengar orang kata penyakit M yang selalu menyerang ..bila M nya tu dah terlampau besar satu benda pun tak menjadi. Tapi kan ari ni aku tetiba diserang penyakit R...[rajin ]. Rajin yang hampir ke tahap maksima. Ye la dah duk rumah sepanjang hari, kerja rumah suma dah beres, masak memasak dah settle, makan je belum ye...
Dalam duk melangut pandang kiri pandang kanan ternampak pulak la barang2 dalam dua buah almari yang dah berhabuk, lama gak aku tak lap mengelap barang2 dalam tu. Daripada duk melangut baik aku lap @ gosok..sampai berkilat, tak la sakit mata memandangkan..
Siap kerjakan barang dalam almari tu dan dah berkilat memancar2 aku kerjakan pulak habuk2 kat barang2 atas almari dlm bilik. Kira terrror lagi la aku boleh panjat2 kerusi lagi, ye la almari tu kan tinggi. Hampir 2jam jugak lah aku mengerjakannya, walaupun penat dan keringetnya GOBYOS, tapi aku puas hati.. pendek kata kalau korang datang kerumah aku hari ni...HABUK PUN TARAKKKK....hahaha


tengok betul2 tak de habuk kan...hehehe

satu persatu aku lap sampai berkilat....sendiri puji daaa...


bukan wat keja tipu2 ye, buktinya cermin tu memang dah berkilat
sebab tu nampak gambar aku dari cermin tu...hehehe

alamak ..gobok aku tumbang la, sapa nak tolong angkat ni, kasi tegak...


set cawan2 ni tak de jual kat kedai tau...kenangan hubby dapat anugerah cemerlang
1999..lama dah kan, dah kira barang antik [mummy gee tak berminat nak beli ke]


fuyoo..punya la berkilat sampai nampak bercahaya..sehingga menciutkan. [tak yah
guna sunlight]

kalau korang de keja kosong..lap mengelap tu boleh berurusan ngan aku,
dijamin keja memuaskan....