Masaalahnya ni bila weekend je jalan sesak@jem gilerssss...cuaca lak kebelakangan ni hujan je, menambahkan keJEMan dijalan raya. Pendekata kalau tak de hal tak payah le keluar rumah,buat penat dan stress je kat jalan. tapi kan kalau ada jemputan open house tu redah je lah segala kesesakan kat jalan , yang pentingnya seronok nak beraya...
Aku ni tak de banyak jemputan open house macan orang lain, tapi orang datang beraya kerumah tu alhamdulillah ramai jugak... seronok orang datang kerumah walaupun penat.
Malam tadi kawan2 anak aku Hafeez datang beraya kerumah. Yang ni group beraya malam2 ,pukul 10 mlm baru dia orang datang. Tapi aku dah siap masak2 lebih awal, ala jamuan lebih kurang je...Nasi dagang, nasi impit, gulai ikan, kari ayam, sambal kacang, ketupat palas n kuih2 aja disamping biskut2 raya..
kat gambar tu tak cukup ada yang dh balik..
kerja tapi dia orang masih selalu jumpa dan selalu gak dia orang dtg rumah
kawan Apis, maknya tengah makan aku tolong dukung le...
pinggan mangkuk tu....
Petang sabtu tu aku ke open house rumah kakak aku kat gombak, Datin S. Kalau open house rumah dia memang orang tunggu2, tak boleh kalau tak buat. open house class punya.Pendekata bermacam2 menu ada terhidang , sampai tak tau nak makan mana satu.. Kalau tak silap aku menu dia, nasi beryani set, nasi impit n eksesorinya, mehun sup, laksa, sate, kuih saperti karipap, kuih lapis, bingka yang sangat sedap, kek [ bukan kek kedai nyonya punya....kek secret resepi] ,macam2 lagi la....Tetamu punya ramai macam jemputan kawin gamaknya. Petang dalam pukul 6 tu buat BBQ pulak.... ish..ish...ish...Kalau yang muka tak malu le boleh duduk dari makan tengahari, minum petang sambung makan malam...makanan memang banyak...
Ada gak yang sampai tak balik, tidur situ nak sambung sarapan esok pagi. sapa orang tu ye...hehehe...
Ada gak yang sampai tak balik, tidur situ nak sambung sarapan esok pagi. sapa orang tu ye...hehehe...
lagi, class gitu..
kata tak berseri kalau tak ada wajah ni...hahaha...
majlis anjuran zon tengah. Kalau jumpa setiap minggu pun tak pe..
Mamamiraki dah round keberapa tu....
Hari jumaat lepas aku ke open house rumah mama Aqil [ budak yang aku jaga] . Aku keluar rumah pukul 3.30 ptg, ingatkan dah lambat le, rupanya aku orang yang awal sampai. Dia buat majlis memang sebelah petang ,lepas orang solat jumaat. Mama Aqil jamu laksa, nasi impit, rendang, sambal kacang, lodeh, kuih2....
aku kenal dia sebab Ju pernah bawak datang rumah aku...
makan2 jangan tak makan.undangan orang jangan dihampakan
BalasPadamSeronoknya KL... kita kat sini (now kt kg lg), kemeriahan raya tu dah takde dah Kak Kay..
BalasPadamBila nak ajak ktorg beraya umah cik lah ni? malam pun xpe ktorg on jek..
BalasPadam