Sabtu, 28 Mei 2011

LIHAT LA KEBUNKU [MACAM2 ADA]

Ni tengah rajin mengupload blog le, walaupun n3 tah pape aja. Ala korang dah lama tak jengah kebun sekangkang kera aku dibelakang rumah kan. So, apa kata hari ni kau bawak korang melawat apa yang ada kat kebun aku. Mana tau aku dah tanam pokok epal ke, anggur ke, strowbery ke , tak pun aku dah tanam pokok jati ke... ha 5 tahun lagi jadi orang kaya la aku dah boleh jual pokok jati. kalau tak pecaya tengok gambar2 ni...


Ni buah limau purut, walaupun kecik lagi pokoknya tapi dah berbuah.
daunnya sume orang tau leh wat tomyam, paprek, tapi buahnya buat minyak
urut

Aku nak tanam pokok ranti tak de benih, jadi aku tanam le pokok yang
buahnya seakan2 biji ranti, pokok CEPOKAK. tapi sayang rasanya tak macam biji ranti

Haa.. ni rumpun serai yang berbunga lagi. ada sapa2 berminat nak beli rumpun serai ni
banyak batu2 permata kat bawahnya tu....


Pokok ciku ni mula2 berbuah 2biji di petiknya si Aqil, pas tu berbuah lagi
1 biji, hari2 aku tengok dah masak ke belum nak rasa, alih2 hilang jugak
tak tau sapa yg amik..huhuhu..

Ni la pokok limau purut aku, kecik lagi tapi dah berbuah,
kat bawahnya tu pokok sabung untuk ulam

Pemandangan kebun belakang rumah aku, petang2 aku rajin gak
duduk kat bangku yang hubby buat tu, hubby memang kreratif orangnya

Pokok pisang serendah benih dari rumah mama janet dulu, kalau berbuah tak termakan, bagi kat jiran2 aja

Pokok mangga ... bila kau nak berbuah ye
sempat ke aku merasa

Aduh penatnya lepas berkebun, duk berehat dulu la.
Penat lepas kutip buah limau kasturi yang tak pernah berhenti berbuah

Pokok limau kasturi yang sentiasa berbuah, bila dengar mamamiraki beli limau ni kat pasar
rasa nak suruh dia datang kutip aja kat pokok ni

BELANJA BARANG DAPUR

Susu sebulan 10 tin kadang2 tak cukup walau pun aku tak minum susu, yang lain sume minum

kat rumah aku kicap paling kurang 4 botol sebulan, dia org suka kicap.
biasanya aku beli kicap kipas udang semua, sebab harga nya mahal , aku tambah le licap jalin
yang murah sikit, rasa lebih kurang aja
Bulan ni beras pun offer, aku beli lah beras Lagenda wangi ni, minyak dah sekian lama harga mati le 13.35 aja...



Lama aku tak jengah blog sendiri, tak de cerita la, nak wat cerita yang lebih kurang sama aja bosan lak. Tapi daripada blog bersawang tak pe lah aku wat cerita yang lebih kurang sama aja . Sendiri buat sendiri baca la, kalau ada orang lain sudi luangkan masa baca tima kasih ye...
Bila hujung bulan cam ni dah tentu pasaraya penuh orang tak kira siang ke malam selagi bukak. Ye la dia orang dah gaji masing2 nak beli barang2 keperluan harian, lambat beli nanti duit habis kelain lak. Aku pun termasuk dalam kategori dia orang gak le, Dapat duit belikan dulu barang2 yang keperluan yang memang wajib samada berduit ke tidak ...
Malam tadi aku hubby n sasha gi ke pasaraya yang paling dekat ngan rumah aku, pasaraya Giant. Biasanya aku suka ke econsave, tapi sebab dah malam gi aja lah yang dekat. Kat Giant ni kalau tak de offer barang2 agak mahal berbanding econsave. Kebetulan ada offer, so aku ajak hubby gi giant aja la. Disebabkan dah malam aku rembat aja lah mana2 yang perlu dulu, yang tak sempat esok lusa boleh gi lahi, aku kan memang suka bab merayap2 kat pasaraya ni.hehehe... Tengok le apa2 barang yang sempat aku beli...


Gula ni barang wajib, biasa aku beli 5 ke 6 kg kali ni kurangkan 4kg aja.
kurangkan manis dalam minuman lebihkan manis dalam senyuman

Nugget marina ni harga biasa 13.99, dah offer ni cuma 10.99, so aku beli lah 2 peket
Ha ni pun barang wajib. kalau nak jimat sikit cam aku ni, belilah teh uncang yg cam ni, tak yah yg ada tali susah nk kacau berbelit2 kat sudu, lagi pun mahal sikit. nescafe pun beli aja cam ni tak yah dlm botol.Milo pun sama , sebenarnya serupa aja rasanya cuma dlm paket cam ni murah le





SORY LA LAMA TAK BUAT BLOG LUPA LA, TONGGANG TERBALIK JADINYA



Sabtu, 7 Mei 2011

NASI AYAM MOTHER' DAY

Selamat hari ibu, pada semua para ibu2.... semoga menjadi ibu yang terbaik buat anak2. Dan pada anak2 sayangi lah dan hormati la ibu2 kamu, jangan sesekali menyakiti atau menyinggung perasaan mereka...
Pada yang sudah tidak mempunyai ibu lagi doa2kan mereka selalu semoga mereka sentiasa bahagia dan mendapat tempat yang terpuji disisi Allah. Ya Allah bahagiakan lah kedua ibu bapa ku disana sebagai mana mereka membahagiakan aku sewaktu hayatnya... Amin...
Sempena hari ibu ni macam2 orang lakukan ye, ada setengah2 anak2 yang membawa ibu nya shoping ke, makan2 ke, jalan2....Paling tidak pun si ibu lah yang buat sesuatu untuk suami n anak2..Tak kira macamana pun yang penting kebahagiaan.
Hari ni aku tanya anak2 nak makan apa, dia kata nasi ayam mama buat bukan beli. so pagi aku ajak anak bujang aku pergi pasar, beli bahan2 nak wat nasi ayam, sambil tu beli sekali lauk pauk untuk seminggu.Oh ye hari ayam murah le sekilo 6.50 aja, kenapa semalam mamamiraki beli kat pasar sampai rm8 lebih, kena tipu tu kot. aku beli sekor besar gak 2kg lebih bari rm17 aja.
Macam2 cara orang buat nasi ayam, ikut versi aku, tumiskan bawang, halia, kayu manis , bunga lawang dengan planta. masukan beras yang dah dicuci, gaul2 pas tu masukan air rebusan ayam[kuah sup ayam tu le]. bubuh daun pandan.
Untuk ayamnya dah rebus tu toskan. tumbuk halia , bawang putih, masukan madu, sos tiram, kicap, perap dlm 15 minit baru goreng.
Ini lah hasilnya nasi ayam aku yang sedia untuk dimakan
sambal dia pulak aku buat, mesin cili api+ cili merah, bwg puith, tomato
cili sos, perah air limau,pas tu aku tumiskan dengan minyak sikit sampai masak.
ada gak yang buat sambal mentah aja, aku tak suka bau maung cilinya
sup dia biasa lah, masukan tulang2 ke kaki ayam ke, masa nk hidang tabur bawang goreng n daun sup/daun bawang

Minuman yang paling sesuai ais oren le, tak yah fresh oren, oren sunquick aja
Ni la rupa hidangan nasi ayam mother's day aku
Alamak cicir lauk ayam ni, siap berhiaskan, bak kata mama janet aku ni kan suka menghias
ayam tu bukan hangus, tapi sebab bubuh madu dia jadi gelap sikit, yang penting sodap...

APAM.....APAMMM

Apam bermacam apam.... ada apam, balik,apam beras, apam salju,apam gandum..... berapa banyak apam daaa.... Disebabkan ada banyak jenis apam ,so korang suka makan yang mana. kalau pilih yang paling senang buatnya apam gandum le... tapi dalam senang pun kekadang terbantat gak...
Alkesahnya malam tadi bukak blog mummy gee, dia buat apam, tetiba lak hati aku melonjak2 sangat nak buat apam gak, lama dah tak buat..kebetulan bahan2 yang diperlukan semua ada. Dengan gigihnya aku bangun pukul 5.30 pagi terus kedapur bancuh apam. dah siap bancuh aku masukan dalam 2 loyang, sebab dulu aku pernah buat masuk dalam satu loyang , bila mengembang melimpah keluar loyang.

Haa... ni la apam yang yang comel2 , jangan marah mummy
gee, aku buat dalam cawan sama cam mummy gee punya
Ni la rupa apam yang aku buat bila dah dikeluarkan dari cawan, nampak gebuzzz gak kan
Ni lah dia bila mengembang hampir melimpah dari loyang, kalau aku masuk satu
loyang dah tentu melimpah kelantai. yang ni belum dikukus lagi.



\

Jumaat, 6 Mei 2011

JOM MAKAN

Askum.... lama korang tak baca cerita dari blog Kak Kay ye... macam tu le nampaknya bila penyakit M sering menyerang kebelakangan ni, ditambah pulak dengan ketiadaan cerita nak di tulis. Ari tu nak tulis cerita Sg Congkak malas lak, lagi pun korang semua dah baca dari blog mummy gee n mamamiraki kan.
Ari ni ada pulak rasa rajin sikit nak tulis kat blog ni, bukan apa takut bersawang,lagi le malas nak membersihkanya. tapi kan korang jangan le boring lak dengan cerita ni, ya la tak habis2 cerita makan...nak wat cam cerita tu aja yang aku ada untuk ditulis. Ala kalau korang tak nak baca pun tak pe.... DE KU KESAH... hehehe....
Korang masak apa ha tengahari ni, mesti lauk yang sedap2 kan. haa... jom le layan n tengok apa aku masak tengahari ni.Ari ni aku masak sup campur, ayam paprik,acar kobis, ulam=sambal belacan, ikan goreng[sory tiada dlm gambar]
Ha... menu ni wajib ada, tak kira hidangan lunch atau dinner, kalau tak de cam kureng aja
yang ni bukan lauk tau, tapi pencuci mulut special. cuba tengok apa yang ada..
buah jambu batu, mangga n durian belanda, bukan durian musang king...

yang ni pulak sup camppur, kentang, carrot, soon, pucuk, bunga kobis, sesuai makan masa panas2 cam ni
ni pulak acar kobis+ bunga kantan, resepi mamamiraki. sedap tau bila makan rasa masam2 manis, wangi bunga kantan, bubuh bawang lebih2 sikit, rasa rangup bila mak


ayam masak paprik febret anak2, aku pun suka gak. aku masak paprik ni goreng dulu ayam tu, ala layu2 aja. campur bunga kobis kacang panjang, bawang besar, yang penting daun limau purut