Sabtu, 19 Mac 2011

MARI MAKAN PULUT DURIAN...

pernah makan pulut?... pernah makan durian?.... hahaha..... tak tanya pun dah tau jawapannya kan.. sesaja aku tanya, sebab n3 kali ni ada sangkut paut dengan benda2 ni. sekarang ni nak kata musim durian tak jugak, sebab harganya mak aiii.... semalam hubby beli 1kg rm9, kalau berat isi aja tak pe lah ni berat kulit, Tapi nak makan punya pasal beli lah jugak.
Biasanya kalau korang beli durian makan gitu aja ke makan ngan pulut. zaman aku budak2 kat kampung dulu kalau arwah abah beli mesti wat bubur kacang hijau durian... nak tau kenapa?... sedih le nak cerita. Ya lah adik beradik kita orang sume 9 orang, kalau beli durian nak
makan gitu aja agaknya sorang seulas, wat taik gigi aja, so arwah mak buat bubur kacang le, dapat amik bau n rasa2 durian kat bubur kacang jadi le.
Tapi kan sejak kahwin ngan orang kelate ni, kena lah belajar makan pulut durian versi kelate. biasa yang kita tau orang makan pulut durian tu, duriannya dimasak ngan santan, ala2 jem durian le. Tapi versi kelate ni lain. kita kena tanak pulut tawar aja tau. santan pekat, gula n air garam. cara makannya pun unik tau..
Mula2 senduk le pulut kedalam pinggan. pas tu tuang air garam ikut citarasa sendiri nak masin ke apa,taburkan gula atas pulut tu, kemudian tuangkan santan pekat, gaul2 cam nak makan nasi, last sekali ambil 3,4 ulas durian bubuh dalam pinggan.... apa lagi makan laa... cubit isi durian tu bubuh kat pulut, ala macam makan nasi ngan lauk le.... mula2 dulu aku tak gak makan, cuba2 makan sedap jugak.....Apa kata sapa2 yang belum pernah cuba makan pulut durian versi kelate ni cuba....
pulut yang siap ditanak, dalam peruik aja malas nak bubuh dlm mangkuk
ulas2 durian yang siap untuk dimakan...

santan pekat bancuh ngan air panas

air garam, ada gak orang buat garam ni masuk sekali dlm santan

gula pasir, durian dah manis ,jangan bubuh gula banyak2 tau

bagini lah rupanya pulut durian versi kelate siap untuk dimakan






Khamis, 10 Mac 2011

MENGIMBAU KENANGAN LALU

Setelah membaca blog mama janet yang menyentuh perasaan semalam aku terpanggil untuk menambah lagi apa2 kenangan yang boleh dikongsi bersama kaum kerabtku. mudah2an ianya tetap tersemat kukuh di hati masing2...biarpun mak n abah dah lama pergi tapi segala tunjuk ajar, pesanan yang baik2 tetap kami sume ingati. alhamdulillah diantara kami adik beradik seramai 9 orang tidak pernah berlaku perbalahan atau pergaduhan yang boleh menyebabkan perpecahan keluarga. hubungan kami adik beradik sentiasa baik. bagitu juga dengan ipar duai, dimanapun kami berjumpa pasti ceria dan gempak dibuatnya. itu lah sikap jenerasi Hj Omar n Hjh Amanah yang kami warisi
biarpun kami sume tak tinggal dikampung dan hanya sesekali balik namun hubungan dengan orang 2 kampung tetap terjalin erat. jika ada apa2 majlis yang kami adakan tetap mendapat kerjasama dari orang2 kampung, kami tak pernah rasa dipulaukan. terima kasih orang2 kampung
pondok pusaka yang sentiasa kelihatan ceria , dulu bila petang2 arwah mak suka duk sini

bukti orang kampung yang masih mengekalkan hubungan silatulrahim dengan kami sume.
apalah agaknya yang difikirkan dik budak ni... mungkin kah dia terkenangkan arwah atoknya atau fikirkan tentang lembu ni

cuba tenung betul2 rasa sayu sangat tengok surau lama kita, rasa2 cam abah ada kat depan surau tu kan. surau ni tinggal kenangan. dah diganti dengan yang baru
kat parit ni dulu kami sekeluarga mandi, cuci kain baju.. dan yang paling seronok kalau tengahari mak n abah tidur kami menyauk [jaworld] ikan n udang, pas tu dimasaknya guna tin susu, yang peliknya lalu lak kami makan udang yang setakad direbus tu... nostalgia betul..
.

indahnya suasana kampungku, kalau masa boleh diputar kembali aku ingin menikmati suasana saperti ini, saperti dalam gambar ini....
sejauh mana kita pergi, asal usul tempat kelahiran kita, tempat kita dibesarkan bersama ayah ibu dan adik beradik tetap menjadi satu memori yang paling indah, walaupun tak dapat dipamerkan namun dihati ianya menjadi yang terindah untuk dikenang...Mak, abah terima kasih atas segalanya, Ya Allah... tempatkan mak n abah bersama2 orang2 yg terpuji disisiMu...semoga mereka tenang dan bahagia sebagaimana mereka membahagiakan kami sume semasa hayatnya... Amin...

Sabtu, 5 Mac 2011

KEMANA MALAM MINGGU YE..

lama tak update blog aku, haaa.. ni baru nak update le. kemana korang malam minggu ha, duk umah aja menonton tv atau gi makan2, bersiar2, karaoke, dangdut, gi masji dengar ceramah?... ikut lah selera masing2 kan. malam tadi aku rasa boring lak, ceta kat tv tah apa2 malas nak tengok. ingatkan nak gi ngeteh dekat umah aja ,tapi hubby gi ngan kawan dia lak, malas la nak join. lepas hubby pegi tu aku bodek anak aku Apis ajak kuar ronda2, tengok jam baru kul11malam, malam masih muda...Apis kata ok aku pun siap2 le. KL ke Putrajaya?.... itu pertanyaan Apis.. cepat aja aku jawab putrajaya, kalau KL kadang2 malam cam ni jalan jem tak best la, lagi pun baru minggu lepas ronda2 KL lepak kat Tasik Titi Wangsa, so putrajaya aja la, gi sana jalan clear.sebenarnya aku memang suka naik kreta malam2 tak kira lah gi mana , saja ukur jalan pun tak pe. sampai putrajaya ramainya orang lepak2, bawak anak2, agaknya dia orang ni malam ngan siang dah tak boleh bezakan la. Aku tengok ada yang berjogging, kayuh basikal, main badminton, kasut roda, selebihnya saja duk santai2....aku bayangkan kalau kat kampung dah dekat kul12 mlm ni nak kuar rumah pun tak berani.... tapi kat bandar lain ye.. budak umor 3,4 tahun berani lagi main walaupun dah kul 12mlm.... Meredah malam keputrajaya, jalan clear
tah bangunan apa yag aku amik gambo ni....
balik dari ronda2 putrajaya anak2 nak makan kat McD lak, so apis pun pusing2 cari McD yang bukak 24 jam, ya la tengok jam dah kul 12.55. hei... orang lain dah ngorok ke mimpi 2,3 kali ,kita orang masih nak mengisi perut. cari punya cari last pegi kat McD taman Tun Hussin On dekat ngan rumah aku dah... aku ingatkan tak de orang la, rupanya penuh orang... intai2 dari luar ada meja kosong, masuk aja la... heran la tengok dia orang ni tak tau nak tidur ke dah tengah malam, aku tak pe lah bukan selalu pun sesekali aja.... hihihi....dah masuk sini mana leh tengok2 aja mesti makan.....bukan sikit2 punya makan... betul2 punya makan, mana lah badan tak gebu2 sume.....layan aja lah pick yang sempat aku amik ni, malu la orang tengok sebuk nak klik2 gambo...isi perut kat McD sebelum balik umah
heiii.. mak cik ni ngantuk balik la.. tdo....
bubur nasi ... aku punya ni...
cam ne lak kurus mlm2 pun makan cam ni
mentang2 cili sos free ikut suka aja amik..
yang ni sasha mesti beli stiap kali g McD, tah pe yang sedapnya
apis n sasha cam dah tak sabar nak makan, sapa la ajar dia org mkn mlm2 ni...
tengok aku tak makan minum air aja.....
dulu musang yg suka makan ayam mlm2, la ni dh org lak tak kita waktu nak maka
habis licin kentang goreng 3 pack.. aku tk makan ye...