Jumaat, 24 September 2010

IBADAH SUNAT BULAN SYAWAL

ini aja lah yang aku makan masa berbuka, mehun b***h yang sedap ngan telor pindang. banyak ni aja tau aku makan , jaga badan , mamamiraki jangan jelous, aku dh kurus
hidangan wajib - ulam2

asparagus goreng


ikan masak kicap



kari telor




Nak crita pasal apa ye, lama dah tak n3 blog, nanti bersawang lak. crita apa2 aja lah ya asalkan update blog. ni nak crita pasal puasa 6. Orang lain diluar sana mungkin dah ramai yang selesai buat puasa 6, alhandulillah... Aku baru mula minggu ni agak dah terlewat tapi belum terlambat.... crita pasal puasa ni mesti adaq bab berbuka kan. puasa sorang2 ni masak biasa aja la. Kebetulan minggu aku berpuasa ni cuaca elok aja redup kadang2 ujan, so tak de la terasa letih atau dahaga....





Kebetulan hari jumaat ni ujan aja dari pagi sampai tengahari, malas lak aku nak keluar beli lauk, nak masak apa ye. Aku geledah aja peti ais tngok baki2 lauk yang ada. Ahhhh belasah ja la jnji masak,nak tau apa aku masak.... Cuma masak kari telor+bender+ terong, ikan masak kicap, goreng asparagus, ulam2 n sambal belacan. Bila aku hidang kat meja rasa cam tak selera aja aku tengok nak makan.... Abis nak makan apa ye?... ya tak ya ada mehun aku goreng mihun aja lah, tapi tak de apa2 aksesori nak bubuh, tak cukup sifat, kira goreng mehun bodoh aja la.





Tapi kan walaupun mehun bodoh aku masak sedap tau, bukan nak puji sendiri, tapi kakak aku Datin S kata aku goreng mehun sedap... hihihi..... Tak caya datang rumah rasa....





Jadinya aku buka puasa petang tu makan mehun la, memang sedap tau.. tak makan nasi....






Khamis, 16 September 2010

SAMBUNG RAYA DI CAMERON

tempat penginapan kami di hotel Equatorial
kat sini la kita orang dinner 2 malam di cameron

Sasha ni kalau boleh sume makanan dia nak rasa


dinner makan stembot... sedap







hubby didepan gerai kraf tangan kek strowbery yang tersangat le sedapnya





makanan wajib kalau gi cameron, dulu makan kat sini ngan mamamiraki, makan wafles






sepanjang jalan di selaputi kabus







kabus tebal, sejuk sangat2 cam kat luar negeri...








tempat ni memang cantik, selama ni kalau gi cameron tak pernah nak kesini









Dihutan lipur Cameron, asik tengok pokok strowbery jemu la, baik tengok air terjun










cantiknya bunga2 ni...











besarnya pokok kaktus ni












sopannya cik kak duduk


Setelah 4 hari 4 malam beraya dikampung hubby, tiba lah masanya kami pulang. setelah puas berdepan cuaca panas , aku nak sejuk2kan badan pulak. kami memang dah plan balik dari kelantan nak singgah cameron. kami bertolak lebih kurang pukul 10 pagi, jalan clear, laluan gua musang ke cameron memang tak banyak kereta. masuk aja ke cameron aku dah terasa sejuk, sepanjang jalan di selaputi salji[ eh eh kabus daaa]. sampai dicameron terus tuju ke hotel, hubby dah booking dulu, jadi tak de la ambik masa lama. hubby booking untuk 2 malam puas sikit , kalau semalam sekejap sangat. Bila cuaca sejuk perut pun lapar aja, apa lagi cari tempat makan la, mak datuk ramainya orang, sampai tak de pilihan makanan. dah lapar makan aja la apa yang ada. Malam nya kami makan di restoren stembot, ramai gak orang. makanan kat sini memang sedap, jadi 2 malam berturut2 kami dinner kat sini.
Lagi satu kemestian makanan yang kena rasa kalau ke cameron ialah wafles , memang sedap. masa aku makan kat situ teringat mamamiraki, dulu masa pegi ngan dia kita orang pun makan kat sini. tak pe la nanti ada kesempatan kita pegi sama2 lagi ya mamamiraki.....








SENJA DI JETI TANGGA KRAI

mana lah bot ni tak sampai2 penat aku tunggu....
elok2 Sha nanti jatuh, sapa nak tolong

senja nan indah..


hubby n apis di jeti Tangga Krai



bersama biras aku Zie




senyuman dipagi syawal





bersama suami tercinta
Ni nak sambung n3 raya yang lepas, tak abis lagi tau.... masuk raya ke 3, aku tak de plan nak kemana2, duduk aja la kat rumah, lagi pun cuaca panas sangat malas nak kemana2..Lepas makan tengahari perut pun dah kekenyangan tapi nak tidur tak boleh sebab panas, rasa macam duduk dalam sauna lak. Petang tu hubby ajak round2 pekan kuala krai, sebenarnya pekan kuala krai tu tak ada pun lebih kurang macam pt sulung aja. Hubby bawak tengok sekolah dia dulu, pas tu ketempat dia lepak2 zaman2 kat kampung dulu [ tempat lepak ke tempat dating ?]. Last sekali hubby bawak aku ngan anak2 ke Tangga Krai tempat sukat banjir. Kat situ aja jeti yang dah uzur [ Mek kata bukan jeti, tapi jerambah], rasanya cantik lagi jerambah yang abah buat untuk tempat mandi zaman aku kecik2 dulu, kat parit... Dah jemu duduk kat jeti tu kita orang pegi makan le.... Layan le gambar2 yang ada..


Rabu, 15 September 2010

SELAMAT HARI RAYA















Alamak mak ni kira n3 terlambat lah bukan apa baru balik dari kampung. tapi tak pe la ye, sekadar buat suka2. Tahun ni aku beraya di kampung hubby kat Kelantan. Malam raya hanya 3 family aja yang ada SIL dari Melaka dan SIL dari Rompin, selalunya memang kami 3 family aja yang ada. menu pagi raya tu nasi kerabu, ketupat palas, nasi impit, rendang, kuah kacang, ayam goreng, tapai dan sedikit biskut2 raya. lepas dah kenyang makan kami pegi beraya 2,3 rumah aja. cuaca panas terik teramat sangat tu yang malas nak berjalan. Apa2 pun selamat hari raya pada semua yang mengenali aku. maaf zahir batin....

Selasa, 7 September 2010

DARI BUKA SAMPAI KE SAHUR













Lepas berbuka ngan family mamamiraki kat DOLL TOMYAM , kita orang sambung lepak kat rumah aku, ye la hubby kalau dah jumpa hubby mamamiraki banyak cerita. aku ngan mamamiraki pun banyak kut benda nak gosip2, budak2 apa lagi sampai rumah terus dengan xtvt masing, ada yang main game, baca komek, mamamiraki terus ngadap komputer nak n3 blog. dah duduk2 tu aku buat le air hidang kuih raya. eh eh... dah raya ke ye..... sebenarnya kita orang ada projek nak sahur kat luar sama, ala kedai dekat2 aja... Dalam pukul 1 lebih lak kita orang keluar, sebenarnya perut kenyang lagi, tapi disebabkan malas nak masak sahur baik le sahur terus. nak tau makan apa?... dia orang sume makan roti nan ayam tandhori, aku maggie goreng, ika nasi goreng, mamamiraki roti telor. Lepas makan dah kekenyangan apa lagi mata macam kena gam le, kita pun balik lla dalam hujan renyai2...Lepas raya kita sambung xtvt ngeteh lak ye....


Ahad, 5 September 2010

PERSIAPAN AKHIR MENJELANG RAYA
















Selagi tak raya tak abis ceta raya, ni pun nak ceta pasal raya lagi. Tinggal beberapa hari aja kita nak sambut raya, pastinya sume tengah sebuk buat persiapan terakhir nak sambut raya, Yang nak balik kg tentunya dah siap pack kuih2, baju raya yang nak dibawak, tu belum lagi bantal, toto, selimut, maklum la bila balik ramai2 mana cukup bantal yang ada kat kg, jadi bawak le sendiri. Berapa bag sume korang bawak, jangan la banyak sangat macam nak duk sebulan kat kg, tak muat bonet kreta nanti. Dalam keghairahan korang sume nak balik kg , jangan lupa pada rumah yang akan korang tinggalkan. Pastikan keselamatan dan kebersihan rumah diutamakan sebelum balik kg. Untuk keselesaan kita jugak bila balik dari kg nanti.... Jadi apa yang perlu kita lakukan sebelum balik kg?.... Ha... ikuti apa yang aku lakukan sebelum tinggalkan rumah....





1)Pastikan dapur kemas dan bersih, jangan biarkan atas kabinet penuh dengan barang2, takut nanti kita balik kg, cik Ti**s tolong kemaskan. kosongkan tong sampah, kalau tak alamat balik sok satu rumah berbauk busuk, tak pun penuh ulat sampah kat lantai dapur.





2)Lap meja makan , jangan ada kesan tumpahan makanan atau air, takut nanti penuh ngan semut atas meja.





3)Kemaskan bilik tidur, tukar cadar yang baru biar nampak selesa, tujuannya bila balik nanti badan letih, lengoh2 satu badan, senang le nak NGOLOR2 geger. maklum lah kat kg kan ramai penat buat keja tak sempat nak ngolor2....





4)Jika korang ada bela ikan ke kucing ke, pastikan beri makanan secukupnya selama ditinggalkan, kalau tak balik nanti dah jadi bangkai le mati kebulur





5)Kemaskan ruang tamu, kalau boleh isi balang kuih sekali, takut nanti kita baru aja balik rumah, dah ada budak2 bagi salam nak beraya.





6) Offkan sume suis ke plug tv, komputer, kipas, mc basuh, peti ais tak yah le. nyalakan satu lampu aja biar tak gelap gelita. kalau ada motor ke basikal elok masukan dalam rumah takut orang curi, kalau kreta tak yah le, mana muat pintu rumah....





7) Kunci sume tingkap , pintu, kalau ada tingkap yang senang diumpil [ cam umah aku le] ikat dengan dawai dari dalam, kat gril pintu tu guna mangga....





Insyaallah kalau sume tu kita lakukan, kita akan rasa tenang tinggalkan rumah. Ketika melangkag keluar dari pintu rumah jangan lupa baca doa keluar rumah. malaikat akan jaga rumah kita dan melindungi perjalanan kita. SELAMAT PULANG KEKAMPUNG, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.... Ha... layan aja la gambar2 yang aku upload tu.....