Rabu, 28 Disember 2011

CERIA DIWAJAH, CERIA DIHATI...

Tajuk n3 kali ni macam esklusif je bunyinya. Ceria diwajah ceria dihati.... semua keceriaan itu kami tambahkan dengan warna yang ceria pulak. Sempena majlis pertunangan anak aku, aku telah memilih thema warna merah n putih. Maaf la ye kalau ada sapa2 yang sakit mata atau silau melihatnya.
Bila suasana ceria , hati ceria diwajah lagi la nampak keceriaannya. Tengok aja lah gambar2 kat bawah ni mana ada yang muka monyok..... Dimana2 pun berada tak sudah2 nak berposing je...
Layan je la apa2 yang ada kat bawah ni, malas nak ceta daaaa....

Ha yang ni kakak aku Datin S...bersemangat tu nak borong kerepek kat IKS...

wajah ceria 2 mak budak ni memang ada dimana2....

Ini la satu2nya adik lelaki aku yang bersize.......tapi ensem wooo...

wanita umno ke puteri umno ni ye.....

lawan tokey dah... anak aku lebih tinggi dari aku ni.....

sapa lak sms aku ni.....aku dok sebuk ni..

hasil sentuhan mummy gee....kreatif sungguh adik aku sorang ni....

penunggu barang2 hantaran yang setia.....

merah.....merah....merah....

tak jemu2 kita orang ni berposing walau dimana....korang tengok boring tak?

cantik2 nya.....barang hantaran tu ye bukan orangnya....[tapi orangnya pun cantik2 kan]

antara wajah2 adik beradik aku yang suka sangat2 bergambar.....

kat mana ye agak2nya ada jual bunga duit cam ni.....

keletihan..... sampai tertidur kat situ.....

orang kuat disebalik kerja2 membuat barang hantaran...merah la mak ngah....

samapi nak terlelap mummy gee buat keja sorang2....

MAJLIS PERTUNANGAN APIS - SYERA

Sebenarnya aku malas dah nak buat n3 yang ini, tapi buat la jugak. Aku buat sehabis rengkas sebab kalau nak baca dan tengok cerita penuh berserta gambar2 yang tersusun bukak lah blog mamamiraki or mummy gee. dia orang berdua ni memang rajin sangat2 update blog sampai cam cerita bersiri.
Aku cuma upload sedikit gambar majlis pertunangan anak bujang aku HAFEEZ n SYERA, buat tatapan bila2 teringin nak tengok. Apa2 pun sebagai ibu bapanya kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka.

Sampai dah kerumah yang dituju... di kg Sahari, spg renggam...

Antara yang turut serta dalam rombongan cik kiah , meriah lagi ceria gitu...

Baik2 bawak bunga telor tu ye Ija, cantik bunga telor tu macam Ija jugak

ahli rombongan cik kiah bersama barang2 hantaran...macam nak gi persidangan UMNO
lak rasanya ye..hehehe

ambik gambar ....jangan tak ambik yin...

Suasana dalam rumah... rasanya jumlah rombongan kami lebih ramai dari
sedara mara tuan rumah.....

Ni la wajah anak bujang aku Hafeez, kalau orang dulu2 patutnya dia ni tak leh ikut,
kalau ikut pun duk diam2 dlm keta....

masing2 relax menanti majlis bermula.....

Fuyoooo....wakil pehak pompuan siap bawak pen n kertas, kira2nya ni
nak catit minit mesyuarat ke apa ye....


bakal besan dah bertemu dah tu, agak2 apa yang dia orang bualkan ye..

wakil dari pehak lelaki... hubby mamamiraki memulakan bicara....

Ini la dia bakal menantu ...hehehe... sapa lebih glamour ye....

Kenapa muka masing2 nampak cam sedih je ha....

Akhirnya selesai jugak urusan majlis pertunangan anak aku....alhamdulillah..

Wajah ceria Syera

aku n dia [ bakal menantu le]

Selasa, 27 Disember 2011

GENG PARANG

Ingat tak dulu aku pernah buat n3 pasal hobi my hubby mengumpul parang. Tak kira lah parang panjang ke, pendek ke, pisau, golok, sabit apa2 lah yang sewaktu dengan nya sume ada. Kalau berjalan atau balik kelantan dia akan cari kedai jual parang.
Kat taman tempat aku hubby dah ada beberapa orang geng parang, pendekata kalau jumpa isunya tentang parang. Tanya lah besi cam ne yang elok ke tajam untuk dibuat parang hubby tau. kira pakar la kot, pencen sok leh buat kedai parang. Hobi hubby ni menguntungkan aku jugak sebab pisau2 yang aku gunakan kat dapur tu sentiasa tajam.
Tu kesah geng parang kat tempat aku. Alkesahnya bila balik kampung ni hubby pun pergi pasar pt. sulong cari kedai parang jugak, jumpa pulak tu. aku sendiri tak tau ada kedai parang kat parit sulong, tau2 balik dari pt,sulong hubby dah beli parang.
Dia pun promosi la kat ipar2 aku sume pasal parang tu. dia orang sume dah tergoda, esoknya lepas sarapan dia orang sume pergi ke kedai parang kat pt. sulong tu. bila balik masing2 bawak 2,3 bilah parang. Bila dah ada parang mesti la nak uji ketajamannya. Hasilnya bersih lah keliling rumah, pokok2 dicantas, bukan setakad tu aja, pokok kelapa pun ditebangnya, bukan sepokok aja, 2 pokok sekali tebang....hebat betul dia orang bila dapat parang...


Ha ni si Enal apa lak yang nak ditebangnya?...

kalau ye pun nak menguji ketajaman parang tu, jangan le sampai
nak potong leher sendiri..

asah.... jangan tak asah. bukan setakad parang je yang dibeli siap batu asah sekali

hubby mamamiraki pun tak nak ketinggalan mengasah pisau gak...

apa yang tak puas ati tu, sama je la parang tu....

sabar Emi, si Faiz tu berkemban tuala je, ko tunjuk parang nanti
terlondeh lak tuala dia... Faiz, seksi la ko berkemban....hahaha

tajam la parang tu en. Razwan oiiii....jangan ko tebang pokok bunga tu sudah

tak cukup satu, sampai dua, tiga batu asahnya

tolonggg....jangan tebang pokok bunga kertas tu....

Isnin, 26 Disember 2011

SERONOKNYA BILA BALIK KAMPUNG

Lama sangat aku tak update blog, dah penuh sawang2, jenuh la aku nak bersihkan. Tapi alhamdulillah akhirnya bersih jugak dan boleh beroperasi semula.
Musim cuti sekolah dah nak berakhir, nampaknya cuti kali ini aku n family tak bercuti kemana2, tak cukup masa, ada je xtvt setiap weekend. So, minggu ni saperti yang dirancang bersama kaum kerabat yang lain kita orang akan bercuti ke kampung halaman., rasa seronok sangat bila dapat balik kekampung ramai2. Biarpun sekadar rumah pusaka tapi kami sume tetap rasa seronok bila balik, apa lagi balik kali ni kami merasmikan dapur baru, bertambah la seronok dan selesa. bila dah balik beramai2 macam2 xtvt ada , dari anak2, ibu bapa masing2 ada xtvt yang dibuat. pendekata tak de la yang sempat duk melangut je...

halaman rumah yang indah dan damai, biarpun rumah tinggal tapi tetap terjaga

xtvt wajib, berkumpul, bersembang , bergosip, dengan gaya dan aksi masing2

xtvt kaum ibu dah semestinya kat dapur, masak..masak..masak...

bahagian anak2 pulak menolong goreng ayam berempah untuk 53 orang makan,
agak2 korang berapa ekor ayam le yang terkorban ye...

xtvt goreng ayam ni diawasi oleh ipar aku si enal, bukan apa takut habis goreng ayam
tinggal minyak kat kuali je..hehehe

sebelah malamnya pulak ada lagi xtvt bakar nmembakar. macam2 le yang dibakar, ayam,
sosej, sotong, udang, kupang...aduhhhh tak habis2 ngan makan

Tukang sebuk, bukan nak tolong bakar tapi nak tumpang bergambar

Seronok budak2 sume dapat balik kampung, jumpa sepupu sepapat, dia orang sume memang rapat wpun jarang jumpa