Isnin, 31 Oktober 2011

SANTAI SEBENTAR DI SG CONGKAK

Sory lah ye aku gi sg congkak senyap2, tak ajak korang semua...hehehe....Alah bukan aku pergi berkelah pun cuma singgah sebentar menghirup udara segar.... Kebetulan semalam pergi jemputan kawin anak kawan hubby kat ulu langat. Rupanya rumah dia dah dekat sangat ngan simpang masuk ke sg congkak dalam 3km lebih kurang.
Lepas jemputan tak de projek kemana2, jadi aku pun ajak hubby singgah sg congkak sebab dah dekat. ok lah baru kul3.30 ptg boleh lagi gi santai2, nak mandi tak bawak baju, tak kan nak terjun ngan baju kurung pulak. Sekadar duduk2 tengok orang mandi jadi la, tapi kan tengok air yang jernih n sejuk rasa nak mandi je, namun apakan daya rendam2 kaki aja la...

hubby meninjau kawasan mana agak2 banyak ikan ke, udang ke...hehehe

Haaa..tengok banyak hubby dapat ikan, udang, ketam....seminggu aku tak beli lauk.

Tengok sasha dak kepenatan tolong hubby tangkap hidupan sungai.
tak pe balik nanti mama tolong masakan..hahaha...

posing kejap...

bayangkan kalau aku terjun ngan baju kurung ni...
cam ne haa...

dah le tu dah banyak dah... tak abis makan nanti...


[AGAK2 KORANG APA YANG HUBBY AKU KUTIP TU]

Khamis, 27 Oktober 2011

MACAM MACAM ADA....

Bukan astro je macam2 ada, chow kit pun macam2 ada...tak caya nanti layan gambar2 kat bawah ni.
Malam tadi dalam hujan renyai2 aku anak beranak gi makan kat Restoren Yati Ayak Percik kat tasik permaisuri. Kira sedap la masakan kat situ. Lepas makan, drever lajakkan kereta sampai ke chow kit, suka nya aku sebab dah lama tak melawat chow kit. Suka tengok orang jual macam2 benda ada... Aku tuju ke tempat orang jual sayur2 borong la, dah banyak2 tu tak tau lak nak beli apa. Yang pastinya bila nampak durian kita orang singgah dulu beli durian , makan kat situ. ala 3 biji je, sesaja, sebeno nya perut pun kenyang lagi, tapi teringinkan... Tak tau lah durian yang aku makan tu durian musang king ke, raja kunyit ke, udang merah ke, yang pastinya isi sodap giler....
Aku beli gak sayur2 sikit, yang rasa2 susah nak dapat kat kedai tempat aku biasa beli sayur...

Ni dia buah sukun, lama dah teringin, petang esok boleh goreng
wat minum petang


musim ujan ni cantik dan segar cendawan gerigit ni, biasa kalau beli pun dah hampir kering.
tapi yang ni memang nampak segar dan baru. harga dia sekilo rm30. aku beli rm10 je.

daun labu, banyak seikat ni boleh 2x masak. harga dian rm2 je

Wahai mama janet, kebelakangan ni ko asik tunjuk nangka je
buat aku kemelecer. Akhirnya dapat gak aku nangka madu yang manissss.
harga dia 2paket rm9...

petai oh petai... besar2 mata dia, kalau lah ada biji ranti alangkah sedapnya.
2 ikat ni rm8. yang lain tak yag tunjuk la, ceper, tempe,cili..hehehe...

Sabtu, 15 Oktober 2011

JOM KITA MAKAN

Hai kawan2 dah makan tengahari ke?.. atau tengah sebuk memasak.... Agak2 lauk apa ye korang masak hari ni , boleh share tak?.... Mesti lauk sedap2 kan, ye la kan hari minggu semua ahli keluarga ada kat rumah....
Aku pun nak share lauk2 simple je yang aku masak tengahari ni, ala lauk2 kampung......Jom la layan gambar2 kat bawah ni , nak join lunch pun boleh..hehehe...

Yang ni ikan sambal, ikan kucing je....

Haaa... kangkung goreng belacan yang pedasnya setengah maut,
cam tak bagi orang makan je kan, masak pedas2....

Ikan kembung bakar ngan pencicahnya....asam kicap

Yang ni wajib ada untuk setiap menu, ulam2 tak kira la
ulam apa2 pun janji ada ulam...

Ni je yang agak special untuk lunch hari ni, ketam masak lemak cili api.
aku tak de la suka sangat ketam ni tapi anak2 suka kena la masak...

Selasa, 11 Oktober 2011

PESTA BUKU DITAPAK MAHA SERDANG

Ni n3 yang agak terlewat 2,3 hari je...hari ni baru ada kesempatan nak buat. N3 ni khas untuk peminat2 buku, ye la orang2 yang suka membaca buku atau orang panggil ulat buku [bukan ulat bulu ye]
Sekarang ni sedang berlangsung pesta buku di Serdang , so pada yang minat membaca dan belum berkesempatan untuk pegi kesana,masih ada waktu untuk pergi. kalau tak silap pesta buku ni akan berakhir pada hari Ahad 16hb ni.
Hari Isnin lepas aku pun berkesempatan untuk kepesta buku tu , ala ikut anak2 yang nak sangat memborong buku kat sana, anak2 aku ni dalam kategori suka membaca sejak dari kecil lagi walau pun lebih pada buku2 hiburan saperti komek ke novel ke disamping buku2 pengetahuan. Apa yang penting memang dia orang ni suka membaca...
Aku pergi hari Isnin , kira hari orang berkerja la, ingatkan tak ramai orang, tapi sampai sana ramai jugak orang. kebanyakanya pelajar2, tak kira lah kanak2 , remaja, dewasa, yang tua pun ramai gak [ tak termasuk aku ye... aku tak tua]...
Dia orang yang datang ni memang betul2 minat membaca la, kalau tak masakan sorang boleh beli sampai 2,3 kotak. lagipun harganya memang murah dari harga asal. ada satu buku tu aku tengok harganya rm108, dijual pada harga rm20 je...tak tau le samada buku2 ni dah tak laku ke apa sebab harga asal yang mahal2...
Oh ye hampir terlupa lak, buku2 yang dijual ni semuanya buku bahasa inggeris, satu pun tak de buku bahasa malaysia. Jadi kalau yang memang tak tau baca omputih tu tak yah pergi. Tapi apa salahnya kalau berminat nak baca, sambil baca sambil bukak kamus, janji ada kemahuan...

orang ramai sedang tekun memilih buku buku...

ni apa pulak pakai cermin mata...haa..ni lah cermin mata 3D khas
untuk baca buku, seronok le budak2 kalu dapat ni..

bukan budak2 je yang teruja nak cuba , mak budak pun teringin...

dah penuh kotak dengan buku ,letak kat tepi dulu, pas tu pergi pilih
buku2 yang lain pulak. budak ni tukang jaga buku le tu..

aku kepenatan, tak larat nak ikut dia orang pilih buku, lagi pun semua kan buku omputih
lebih baik aku duduk menyandar tepi dinding ni...hehehe...

nak sampai dewan pameran buku ni, terpaksa mendaki bukit dr tempat parking.
Apis mendera aku walhal disediakan bas dr tempat parking ke dewan.
disebabkan kepenatan aku duduk dulu la kat tangga ni..huhuhu...

sasha sebuk melayan si Aqil yang nak jugak mencuba cermin mata 3D...

Penat aku pilih buku, satu pun tak de yang berkenan la, so posing2 je la
kat buku2 tu

ni la dia semangat membaca yang wajib dicontohi..hehehe...

longgokkan buku2 berbagai jenis, sila abaikan amoi yang nampak b***ot tu

suka budak berdua ni aku belikan buku, walaupun lum pandai baca tengok gambar pun

hello daddy tolong bank in duit, cash money tak cukup ni nak bayar buku2...


senyum lebar sasha dapat buku2 yang dia suka, itu pun katanya tak cukup.
dia beli guna duit sendiri...

aduhhh,,, beratnya tolong bawakan buku aku ni....

Arash , muka tak puas hati buku sasha banyak dia punya
cuma satu je...