Selasa, 28 Februari 2012

KARNIVAL WOW PUTRAJAYA

Sambung n3 yang lepas, dah sampai putrajaya tu kebetulan ada karnival wow last day, aku pun singgah le, jengah 2 apa yang ada. biasa le sama gak cam lain2 karnival ada macam2 jualan, makanan, pakaian, macam2 le. ada pertunjukan silap mata, tarian, pertandingan melukis, menyanyi, masakan... Dalam pertandingan nyanyian tu pengadilannya salah sorang penyanyi kecil molek Mila AF...Ingatkan nak amik gambar ngan dia, tapi dia duk sebuk jadi pengadilkan, tak jadi le... tak dapat gambar ngan Mila aku bergambar le ngan patung2 yang ada je...
Haa..layang je la gambar2 ni..

bergambar ngan patung abang bomba, tengok patung awek tu, menjeling cam
marah je kat aku...

Pentas upin ipin...nak gambo ngan upin ipin malu, gambao ngan sasha je la....hehehe

bergambo ngan dia orang ni tak pe..dia orang sentiasa bersedia...

korang rasa kat belakang aku tu patung ke orang?..mula2 aku ingatkan patung, bila aku pandang muka dia eiii dia senyum lak.. orang rupanya. kalau korang sanggup tak jadi cam dia orang ni..berdiri lama cam patung..


Dah cuba macam2 jenis kek lapis kat sini tak beli malu lak, terpaksa le beli gak...

eh..eh...tingginya aku nak sama tinggi dah ngan orang tinggi ni....

tarian arab.....malu la nak tengok....

tah berapa la dia orang bayar kat pak we 2 org ni ye, dah le satu badan dikaler cam tu, berdiri kat panas lak tu....kesian..

pasukan berkuda yang segak2...aku tengok yg naik kuda tu sume kurus2...
kalau saiz aku yang naik mau pitam kuda tu.....

slow n steady je dia naik kuda....sekali kuda tu naik minyak mau tercampak dlm
tasik org tu...

Ni kira n3 dah terlewat le, sebab 2,3 hari internet ke komputer ke yang problem, boring giler. internet slow ngalahkan kura2 bunting 10 bulan.....
Sebenarnya tak de n3 yang menarik pun , saja2 daripada blog aku bersawang [mmg dh bersawang pun]. Hari ahad lepas aku ikut anak2 aku ke putrajaya, ajak hubby dia tak nak pulak, so aku pergi bertiga le. Lepas masak dan siap2 hidang kat meja [tuk hubby makan], aku pun bersiap . Bertolak dalam pukul 1.30 thari. oh ye aku ni kan dalam kategori isteri mithali [perasan], jadi sebelum tinggalkan hubby kat rumah sorang2 aku dah siapkan hidangan thari kat meja...ko de buat..hehehe......
Dalam kereta lagi dah terasa dahaga sangat sebab cuaca yang memang panas terik, apa lagi thari. Dalam kepala otak ni terbayang macam2 jenis air aku nak minum, air kelapa, air tebu, abc, cendol.....
Sebenarnya kat putrajaya ni banyak tempat2 yang menarik dan indah untuk dilawati, tapi dik kerana kaki yang dah tak larat nak jalan jauh2, tengok2 je la dari dalam keta....


Apis, merangkap pak supir yang sedia membawa aku jalan2....


Haaa...ni le gaya mem beso duduk belakang...memang beso pun..

Kalau korang ke putrajaya jangan lupa singgah minum kat Taman Warisan.
macam2 de jual, sambil tu boleh le jalan2 tengok2 berbagai2 tanaman kat situ

Gerai2 di Taman Warisan......

acara wajib sebelum oder minuman ialah...posing..

Aduhhhh...leganya dapat minum abc....sasha minum cendol...

heiiii...si Apis ni bawak2 le duduk dulu, sebuk je ngan hp dia...

ABC yang sangat sedap[tak buh susu aku suh buh santan] je....roti john ni pun sedap



Dah hilang dahaga kena teruskan perjalanan..nak kemana lagi ye....Apis bawak pusing2 putrajaya. sampai kat jeti [ ye ke jeti], tengok orang tak berapa ramai boleh le naik cruise. aku pun belum pernah naik lagi. sampai tempat teket dia kata cruise baru je berlepas, kena tunggu sejam, aduh lamanya. Last2 kita orang naik sampan dondang. hari ni teket sume less 50%. naik cruise rm15, sampan dondang rm10. Dondang pun dondang la, janji dapat naik, kalau tak tah bila lagi...sampan dondang ni leh naik 6 orang.

nak naik sampan dondang sambil berdendang dalam tasik ...
jangan aku yang kendang dlm tasik dah le


Jadi le tak dapat naik cruise naik sampan je la.....

Cam ni le rupa sampan dondang yang aku naik....hehehe

naik sampan keliling tasik sudah...lepas ni nak kemana lagi ye...

kat rumput hijau bawah pokok tu kalau kita bentang tikar sambil makan2
best gak kan

korang tau tak jeket keselamatan tu ketat aku nak ikat tali kat perut...ishhh3x

Kalau tak salah ingatan aku nama pondok ni MENARA PANDANG JAUH...
nyaman je aku tengok kalau boleh panjat atas tu...


Dah namanya pun menara pandang jauh, aku yang tak larat nak panjat ni
,pandang dari jauh je la....

salah satu pemandangan yang indah kat putrajaya..Taman Wetworld. kat sini banyak bangau n burung2, macam2 spesis...

[banyak lagi gambar2 aku nak upload, tp internet slow..boring]

Khamis, 16 Februari 2012

PAGI NAN INDAH...

Indahnya alam ciptaan Tuhan...Beruntung kita masih diberi kesempatan melihat dan menikmati semua keindahan itu. Syukur alhamdulillah....
Aku ni kan paling suka tenguk suasana pagi hari sebelum panas terik...biasanya pagi2 mesti aku bukak pagar dapur, melihat alam sekeliling, tengok pokok2, tengok orang lalu lalang, tengok bdk2 pergi sekolah, dengar murid2 menyanyi lagu negaraku, nasyid asma alhusna, bacaan yasin, maklum le sekolah belakang umah je. kalau hari jumaat ada bacaan yasin ramai2, sumenya boleh aku dengar dari rumah .
Malam tadi hujan sekejap, jadi bila pagi cantik tengok daun2 kat pokok tu ada manik2 air, bila kena pancaran matahari berkilau cam mutiara....
pemandangan belakang rumah, pokok limau ni dah tinggi, sentiasa berbuah.

gazebo belakang rumah, walaupun tak secantik mana, tapi aku suka duk kat situ.
hubby dah pasang bidai, rumput kat kebun tu baru semalam org mesin

sidai2 baju cam ni aku suka, cam suasana kg sikit, tu ampai jiran aku, dia dah tak guna lagi,
aku tumpang le, cepat kering sidai kat sidai kain kat situ


pokok2 lepas mandi hujan malam tadi, siang cuaca panas terik, hari2 aku
kena siram...


Jumaat, 10 Februari 2012

JOM KITA MELEPAT....[Wat lepat le]

Jom kita melepat pagi2 sabtu ni. Setelah beberapa hari asik tertangguh je disebabkan penyakit M yang sangat kronik, akhirnya pagi ni dengan semangat yang berkobar2 aku berjaya melepat.....hehehe, buat lepat pisang le, kan ari tu pisang belakang umah dah masak, asik wat cekodok je jemu lak.
pagi ni lepas solat subuh dalam remang2 subuh [ada ke remang2 subuh, biasa org sebut remang2 senja]..tak kesah le, aku kebelakang umah cantas 2 pelepah daun pisang tuk buat lepat pisang. rasanya cukup 2 pelepah tu, amik banyak2 kan tak habis buang membazir je walaupun pokok sendiri. dah siap lap2 daun tu aku terus lenyek pisang +gula. gaulkan ngan tepung sampai agak2 le pekatnya. kelapa parut gaul ngan garam sikit. buat lepat pisang ni kalau tak de inti kelapa aku kurang suka...

bila dah siap gaul2 bubuh atas daun pisang cam ni....
pas tu bubuh inti kelapa atasnya, lagi banyak bubuh inti lagi sedap


dah siap bungkus susun dalam pengukus. daun pisang ni aku tak layukan
tu nampak ada yg koyak..

dah siap sume tutup periuk pengukus n kukus la..tapi sedey le pengukus
aku cak cantik cam mummy gee punya....aku nk gak steamer cam gee punya.
agak2 bila gee jemu dan tak nak steamer tu ye, aku booking dulu...hehehe

haaaa dah masak pun.. testing2....ok sedap...kelassss ko maria...