Rabu, 28 Disember 2011

CERIA DIWAJAH, CERIA DIHATI...

Tajuk n3 kali ni macam esklusif je bunyinya. Ceria diwajah ceria dihati.... semua keceriaan itu kami tambahkan dengan warna yang ceria pulak. Sempena majlis pertunangan anak aku, aku telah memilih thema warna merah n putih. Maaf la ye kalau ada sapa2 yang sakit mata atau silau melihatnya.
Bila suasana ceria , hati ceria diwajah lagi la nampak keceriaannya. Tengok aja lah gambar2 kat bawah ni mana ada yang muka monyok..... Dimana2 pun berada tak sudah2 nak berposing je...
Layan je la apa2 yang ada kat bawah ni, malas nak ceta daaaa....

Ha yang ni kakak aku Datin S...bersemangat tu nak borong kerepek kat IKS...

wajah ceria 2 mak budak ni memang ada dimana2....

Ini la satu2nya adik lelaki aku yang bersize.......tapi ensem wooo...

wanita umno ke puteri umno ni ye.....

lawan tokey dah... anak aku lebih tinggi dari aku ni.....

sapa lak sms aku ni.....aku dok sebuk ni..

hasil sentuhan mummy gee....kreatif sungguh adik aku sorang ni....

penunggu barang2 hantaran yang setia.....

merah.....merah....merah....

tak jemu2 kita orang ni berposing walau dimana....korang tengok boring tak?

cantik2 nya.....barang hantaran tu ye bukan orangnya....[tapi orangnya pun cantik2 kan]

antara wajah2 adik beradik aku yang suka sangat2 bergambar.....

kat mana ye agak2nya ada jual bunga duit cam ni.....

keletihan..... sampai tertidur kat situ.....

orang kuat disebalik kerja2 membuat barang hantaran...merah la mak ngah....

samapi nak terlelap mummy gee buat keja sorang2....

MAJLIS PERTUNANGAN APIS - SYERA

Sebenarnya aku malas dah nak buat n3 yang ini, tapi buat la jugak. Aku buat sehabis rengkas sebab kalau nak baca dan tengok cerita penuh berserta gambar2 yang tersusun bukak lah blog mamamiraki or mummy gee. dia orang berdua ni memang rajin sangat2 update blog sampai cam cerita bersiri.
Aku cuma upload sedikit gambar majlis pertunangan anak bujang aku HAFEEZ n SYERA, buat tatapan bila2 teringin nak tengok. Apa2 pun sebagai ibu bapanya kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka.

Sampai dah kerumah yang dituju... di kg Sahari, spg renggam...

Antara yang turut serta dalam rombongan cik kiah , meriah lagi ceria gitu...

Baik2 bawak bunga telor tu ye Ija, cantik bunga telor tu macam Ija jugak

ahli rombongan cik kiah bersama barang2 hantaran...macam nak gi persidangan UMNO
lak rasanya ye..hehehe

ambik gambar ....jangan tak ambik yin...

Suasana dalam rumah... rasanya jumlah rombongan kami lebih ramai dari
sedara mara tuan rumah.....

Ni la wajah anak bujang aku Hafeez, kalau orang dulu2 patutnya dia ni tak leh ikut,
kalau ikut pun duk diam2 dlm keta....

masing2 relax menanti majlis bermula.....

Fuyoooo....wakil pehak pompuan siap bawak pen n kertas, kira2nya ni
nak catit minit mesyuarat ke apa ye....


bakal besan dah bertemu dah tu, agak2 apa yang dia orang bualkan ye..

wakil dari pehak lelaki... hubby mamamiraki memulakan bicara....

Ini la dia bakal menantu ...hehehe... sapa lebih glamour ye....

Kenapa muka masing2 nampak cam sedih je ha....

Akhirnya selesai jugak urusan majlis pertunangan anak aku....alhamdulillah..

Wajah ceria Syera

aku n dia [ bakal menantu le]

Selasa, 27 Disember 2011

GENG PARANG

Ingat tak dulu aku pernah buat n3 pasal hobi my hubby mengumpul parang. Tak kira lah parang panjang ke, pendek ke, pisau, golok, sabit apa2 lah yang sewaktu dengan nya sume ada. Kalau berjalan atau balik kelantan dia akan cari kedai jual parang.
Kat taman tempat aku hubby dah ada beberapa orang geng parang, pendekata kalau jumpa isunya tentang parang. Tanya lah besi cam ne yang elok ke tajam untuk dibuat parang hubby tau. kira pakar la kot, pencen sok leh buat kedai parang. Hobi hubby ni menguntungkan aku jugak sebab pisau2 yang aku gunakan kat dapur tu sentiasa tajam.
Tu kesah geng parang kat tempat aku. Alkesahnya bila balik kampung ni hubby pun pergi pasar pt. sulong cari kedai parang jugak, jumpa pulak tu. aku sendiri tak tau ada kedai parang kat parit sulong, tau2 balik dari pt,sulong hubby dah beli parang.
Dia pun promosi la kat ipar2 aku sume pasal parang tu. dia orang sume dah tergoda, esoknya lepas sarapan dia orang sume pergi ke kedai parang kat pt. sulong tu. bila balik masing2 bawak 2,3 bilah parang. Bila dah ada parang mesti la nak uji ketajamannya. Hasilnya bersih lah keliling rumah, pokok2 dicantas, bukan setakad tu aja, pokok kelapa pun ditebangnya, bukan sepokok aja, 2 pokok sekali tebang....hebat betul dia orang bila dapat parang...


Ha ni si Enal apa lak yang nak ditebangnya?...

kalau ye pun nak menguji ketajaman parang tu, jangan le sampai
nak potong leher sendiri..

asah.... jangan tak asah. bukan setakad parang je yang dibeli siap batu asah sekali

hubby mamamiraki pun tak nak ketinggalan mengasah pisau gak...

apa yang tak puas ati tu, sama je la parang tu....

sabar Emi, si Faiz tu berkemban tuala je, ko tunjuk parang nanti
terlondeh lak tuala dia... Faiz, seksi la ko berkemban....hahaha

tajam la parang tu en. Razwan oiiii....jangan ko tebang pokok bunga tu sudah

tak cukup satu, sampai dua, tiga batu asahnya

tolonggg....jangan tebang pokok bunga kertas tu....

Isnin, 26 Disember 2011

SERONOKNYA BILA BALIK KAMPUNG

Lama sangat aku tak update blog, dah penuh sawang2, jenuh la aku nak bersihkan. Tapi alhamdulillah akhirnya bersih jugak dan boleh beroperasi semula.
Musim cuti sekolah dah nak berakhir, nampaknya cuti kali ini aku n family tak bercuti kemana2, tak cukup masa, ada je xtvt setiap weekend. So, minggu ni saperti yang dirancang bersama kaum kerabat yang lain kita orang akan bercuti ke kampung halaman., rasa seronok sangat bila dapat balik kekampung ramai2. Biarpun sekadar rumah pusaka tapi kami sume tetap rasa seronok bila balik, apa lagi balik kali ni kami merasmikan dapur baru, bertambah la seronok dan selesa. bila dah balik beramai2 macam2 xtvt ada , dari anak2, ibu bapa masing2 ada xtvt yang dibuat. pendekata tak de la yang sempat duk melangut je...

halaman rumah yang indah dan damai, biarpun rumah tinggal tapi tetap terjaga

xtvt wajib, berkumpul, bersembang , bergosip, dengan gaya dan aksi masing2

xtvt kaum ibu dah semestinya kat dapur, masak..masak..masak...

bahagian anak2 pulak menolong goreng ayam berempah untuk 53 orang makan,
agak2 korang berapa ekor ayam le yang terkorban ye...

xtvt goreng ayam ni diawasi oleh ipar aku si enal, bukan apa takut habis goreng ayam
tinggal minyak kat kuali je..hehehe

sebelah malamnya pulak ada lagi xtvt bakar nmembakar. macam2 le yang dibakar, ayam,
sosej, sotong, udang, kupang...aduhhhh tak habis2 ngan makan

Tukang sebuk, bukan nak tolong bakar tapi nak tumpang bergambar

Seronok budak2 sume dapat balik kampung, jumpa sepupu sepapat, dia orang sume memang rapat wpun jarang jumpa

Isnin, 28 November 2011

PERCUTIAN TAK DIRANCANG...PEE DEE

lamanya aku tak update blog , kebelakangan ni memang kemalasan tahap maksima, nak kata sebuk tak jugak cam biasa je..tapi tu la kalau penyakit 'M' dah menyerang ni le jadinya...
Disebabkan lama tak wat n3 baru sampai ada yang rindu dan ternanti2 n3 terbaru aku.....Ha hari ni ada kelapangan dan kerajinan sikit aku wat le n3...
Sekarang ni musim cuti sekolah, agak sebuk nagan xtvt menghadiri jemputan kenduri kendara. Macam2 kenduri le, kenduri kawin, sunat, katam quran, potong jambul, pendekata semua kenduri dia orang nak buat masa cuti sekolah... tak cuti sekolah tak boleh ke ye, bukannya sume yang buat kenduri tu cikgu cikgi pun...Bukan apa kadang2 masa cuti sekolah ni lah dia orang nak bawak family bercuti... ala2 cuti2 malaysia. Jadi bila dah ada jemputan tu agaknya serba salah lak dia orang kalau tak pergi. Bila banyak jemputan ada gak orang yang suka sebab dia orang kata boleh gantung periuk....hehehe..
Alkesahnya hari sabtu yang lepas ni tanpa dirancang aku pun mendapat undangan dari mamamiraki untuk bercuti kat PD, dia call pun dah petang. Aku pun tanya hubby dia kata ok ,apa lagi kemas baju le, seronok nak jenjalan... Kami bertolak kul 6ptg sampai sana dalam kul 8mlm.
Sebenarnya percutian ni biras mamamiraki plan untuk family day nursery dia, tapi disebabkan tak de respon dari parent bebudak nursery tu jadi la percutian keluarga. semua ada 5 keluarga. Dia orang sewa 1 banglo 2 tingkat siap kolam renang dan yang satu lagi rumah setingkat....
Korang dah baca kan blog mamamiraki , so malas le nak wat karangan panjang2 , tengok gambar je la...

Kat rumah ni la family aku n mamamiraki bermalam. ada 3 bilik, yang sebilik tu
ika n sasha....selesa la tidur..

lanscape depan rumah..simple je, tapi sejuk mata memandang

Jalan nak masuk ke banglo,suasana kampung, tenang je....




Bangun pagi aku n mamamiraki terus kebanglo yang dia orang duduk, sebab kat sana semua xtvt dijalankan. xtvt masak memasak untuk sarapan pagi la. Biras mamamiraki ni memang jenis yang suka masak2 la, aku n mamamiraki datang makan je. dia orang buat nasi lemak, sambal udang, ayam masak merah, nasi goreng, kuih muih, macam2 la, kalah sarapan kat hotel 5star.Tengok la antara menu sarapan yang sempat aku klik2...jangan korang tengok terliur dah le...


tersangat la sedapnya kek batik ni, tak sempat nak mintak resepi dari biras mamamiraki

Dua jenis kuih ni pun sedap karipap n lepat pisang..yang ni beli...

pencuci mulut... rasanya ada yang tak gosok gigi pagi tu, so cuci je la
ngan buah betik yang manis gilers ni..

Nasi goreng kampung..tengok rupa pun tau sedapkan...



Lepas sarapan pagi apa lagi jom le terjun kolam. bebudak dari celik mata dah berendam kat kolam...ish3 dia orang ni tak jemu2 kalau dapat mandi kolam, tak kira malam ke siang kalau boleh nak tidur dalam kolam kot. Tapi kan korang sume perasan tak bebudak ni kalau kat rumah disuruh mandi punya la liat.... kalau cam ni kena sediakan kolam gak biar dia orang tak payah disuruh2 mandi.



Agak2 korang melimpah ke air kolam ni masa kita orang terjun....

Hubby tak mandi kolam, kolam2 ni dia kureng, so dia menjamu sarapan pagi la

Sasha n Ika, muka bangun tidur, tengah fikir nak mandi dulu ke sarapan agaknya

nak terjun, terjun aja la mamamiraki, jangan malu2, nanti kita orang
tolong ceduk air tu bagi kurang biar tak melimpah..hehehe

Yang ni makcik penjaga kolam..stand by takut mamamiraki lemas so dia
boleh terjun sama...

cantik landscape banglo ni, banyak pokok2 ada gazebo, selesa la..

bayangkan kalau kita ada rumah cam ni....siap swiming pool..



Dah puas mandi kolam kita orang semua pergi kepantai pulak, dah namanya gi PD tak kan tak pijak pantai kan. banglo tu agak jauh sikit dari pantai, kita orang gi naik keta la, kat pantai blue lagoon, ramai orang weiii... biasanya kat blue lagoon tu tak ramai orang. sampai pantai ada yang terjun laut[bebudak la] yang lainnya sekadar lepak2 kat tepi pantai. angin sepoi2 bahasa...

orang ramai yang mandi manda dipantai, tak kurang yang sekadar lepak2 je

wajah 3 mak dara.....

sasha n kak eda , walaupun baru kenal tapi dah mesra...

Aksi2 ditepi pantai....

sebuk la si ika ni ngan camera dia tu....