Khamis, 23 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA 2012

Selamat hariraya pada semua kaum kerabat dan teman2 blogger [ kalau ada le]. rasanya belum terlambat nak wat cereta raya.....Tahun ni giliran aku beraya dikampung hubby di Kelantan, tapi disebabkan MIL tahun ni duk rumah adik ipar di Rompin, so kami beraya di Rompin aja la.
Cuma tiga keluarga je dari adik beradik hubby yang dapat berkumpul bersama, keluarga aku, adik ipar dari Melaka dan adik ipar yang di Rompin [ dirumah dia la kami beraya].Adik ipar bukan la dari kalangan orang berada bekerja kampung[sawah], rumah kampung sekadar yang ada....tapi yang pentingnya ada tanah bendang sendiri untuk diusahakan, ternak itik, ikan untuk dijual...semuanya merndatangkan hasil, berbanding ngan aku ni apa yang ada duduk pun rumah gomen, tanah????....
Apa yang aku suka raya kat sini semangat kejiranan dan hubungan silatulrahim dia orang kuat.saling kunjung mengunjungi, penat gak le aku tengok dia orang layan tetamu yang datang . Aku ni yang tak kenal dia orang ni pun sebuk ikut adik ipar beraya sakan....sampai malam yang aku nak balik pun dia org ajak datang rumah makan2......
Juadah pagi raya simple je, nasi impit, rendang ayam, rendang daging, ketupat palas, tapai pulut dan kuih muih....nak buat nasi kerabu tak jadi dah penat.....hehehe
layan je la gambar2 yang sempat aku amik, kalau kat kampung johor memang penat giler berposing ngana dik beradik.....



 hanya kami 3 family je yang beraya bersama MIL, dik beradik hubby yg 
lain masing2 raya kat Kelantan


 My family....raya tahun ni baju rojak tak sedondon....



bersama anak teruna aku...Hafeez

 dua orang permata hatiku Hafeez n Sasha

 bersama adik ipar dan anak2 buah.....

 menu utama dipagi raya selain nasi impit, rendang n kuah kacang...


 posing bersama biras aku yang duduk di melaka..zee

hubby bersama adiknya yang bongsu..[ dia la tuan rumah]

 wajah MIL dipagi raya..kurang ceria daripada 8 beradik cuma 3 orang je yang raya bersama

sasha dan sepupunya syeera

 tetamu yang mula datang lepas solat raya.....

 orang datang beraya makan juadah raya, tapi kita orang makan mangga ngan  pencicah
tak yah masuk rumah duk kat pangkin bawah pokok mangga je...

walau dimana jua selain HP benda ni le tak leh tinggal......