Isnin, 28 November 2011

PERCUTIAN TAK DIRANCANG...PEE DEE

lamanya aku tak update blog , kebelakangan ni memang kemalasan tahap maksima, nak kata sebuk tak jugak cam biasa je..tapi tu la kalau penyakit 'M' dah menyerang ni le jadinya...
Disebabkan lama tak wat n3 baru sampai ada yang rindu dan ternanti2 n3 terbaru aku.....Ha hari ni ada kelapangan dan kerajinan sikit aku wat le n3...
Sekarang ni musim cuti sekolah, agak sebuk nagan xtvt menghadiri jemputan kenduri kendara. Macam2 kenduri le, kenduri kawin, sunat, katam quran, potong jambul, pendekata semua kenduri dia orang nak buat masa cuti sekolah... tak cuti sekolah tak boleh ke ye, bukannya sume yang buat kenduri tu cikgu cikgi pun...Bukan apa kadang2 masa cuti sekolah ni lah dia orang nak bawak family bercuti... ala2 cuti2 malaysia. Jadi bila dah ada jemputan tu agaknya serba salah lak dia orang kalau tak pergi. Bila banyak jemputan ada gak orang yang suka sebab dia orang kata boleh gantung periuk....hehehe..
Alkesahnya hari sabtu yang lepas ni tanpa dirancang aku pun mendapat undangan dari mamamiraki untuk bercuti kat PD, dia call pun dah petang. Aku pun tanya hubby dia kata ok ,apa lagi kemas baju le, seronok nak jenjalan... Kami bertolak kul 6ptg sampai sana dalam kul 8mlm.
Sebenarnya percutian ni biras mamamiraki plan untuk family day nursery dia, tapi disebabkan tak de respon dari parent bebudak nursery tu jadi la percutian keluarga. semua ada 5 keluarga. Dia orang sewa 1 banglo 2 tingkat siap kolam renang dan yang satu lagi rumah setingkat....
Korang dah baca kan blog mamamiraki , so malas le nak wat karangan panjang2 , tengok gambar je la...

Kat rumah ni la family aku n mamamiraki bermalam. ada 3 bilik, yang sebilik tu
ika n sasha....selesa la tidur..

lanscape depan rumah..simple je, tapi sejuk mata memandang

Jalan nak masuk ke banglo,suasana kampung, tenang je....




Bangun pagi aku n mamamiraki terus kebanglo yang dia orang duduk, sebab kat sana semua xtvt dijalankan. xtvt masak memasak untuk sarapan pagi la. Biras mamamiraki ni memang jenis yang suka masak2 la, aku n mamamiraki datang makan je. dia orang buat nasi lemak, sambal udang, ayam masak merah, nasi goreng, kuih muih, macam2 la, kalah sarapan kat hotel 5star.Tengok la antara menu sarapan yang sempat aku klik2...jangan korang tengok terliur dah le...


tersangat la sedapnya kek batik ni, tak sempat nak mintak resepi dari biras mamamiraki

Dua jenis kuih ni pun sedap karipap n lepat pisang..yang ni beli...

pencuci mulut... rasanya ada yang tak gosok gigi pagi tu, so cuci je la
ngan buah betik yang manis gilers ni..

Nasi goreng kampung..tengok rupa pun tau sedapkan...



Lepas sarapan pagi apa lagi jom le terjun kolam. bebudak dari celik mata dah berendam kat kolam...ish3 dia orang ni tak jemu2 kalau dapat mandi kolam, tak kira malam ke siang kalau boleh nak tidur dalam kolam kot. Tapi kan korang sume perasan tak bebudak ni kalau kat rumah disuruh mandi punya la liat.... kalau cam ni kena sediakan kolam gak biar dia orang tak payah disuruh2 mandi.



Agak2 korang melimpah ke air kolam ni masa kita orang terjun....

Hubby tak mandi kolam, kolam2 ni dia kureng, so dia menjamu sarapan pagi la

Sasha n Ika, muka bangun tidur, tengah fikir nak mandi dulu ke sarapan agaknya

nak terjun, terjun aja la mamamiraki, jangan malu2, nanti kita orang
tolong ceduk air tu bagi kurang biar tak melimpah..hehehe

Yang ni makcik penjaga kolam..stand by takut mamamiraki lemas so dia
boleh terjun sama...

cantik landscape banglo ni, banyak pokok2 ada gazebo, selesa la..

bayangkan kalau kita ada rumah cam ni....siap swiming pool..



Dah puas mandi kolam kita orang semua pergi kepantai pulak, dah namanya gi PD tak kan tak pijak pantai kan. banglo tu agak jauh sikit dari pantai, kita orang gi naik keta la, kat pantai blue lagoon, ramai orang weiii... biasanya kat blue lagoon tu tak ramai orang. sampai pantai ada yang terjun laut[bebudak la] yang lainnya sekadar lepak2 kat tepi pantai. angin sepoi2 bahasa...

orang ramai yang mandi manda dipantai, tak kurang yang sekadar lepak2 je

wajah 3 mak dara.....

sasha n kak eda , walaupun baru kenal tapi dah mesra...

Aksi2 ditepi pantai....

sebuk la si ika ni ngan camera dia tu....

Sabtu, 12 November 2011

MEE BANDUNG D'MUAR

N3 saja2. tak de ceta la, tapi tangan ni gatal lak nak n3 blog. semalam aku rasa cukup boring seharian duk kat rumah sesorang je. Sasha gi outing ngan kawan2nya kat The Mines, Apis gi jemputan kawin rumah kawan dia n hubby gi workshop tengok keta. Dan aku duk rumah je la, penat melangut, aku bukak le fb kut2 ada sapa2 on9....
Petang baru dia orang sume balik . Lepas solat maghrib hubby ajak kuar gi amik keta kat workshop dah siap, kuar ngan keta apis. Apis hantar je sampai workshop sebab dia ada projek nak kuar ngan kekawannya. So saperti biasa kalau kita orang kuar mesti gi makan la walaupun perut tak la lapar sangat. kita orang gi makan ke arah Kajang sebab dah dekat....
Pusing2 cari kedai makan akhirnya gi ke D'Muar, ramai lak orang, tengok2 ada meja kosong lagi.....Ah, boleh la makan kat sini...macam2 menu ada kat sini western, sate, menu siam, menu jawa, macam2 la, tapi kebanyakan orang yang makan kat sini aku tengok oder mee bandung muar, termasuk lah aku....

sory la gambar tak jelas amik dari jauh, malu la orang ramai...

gerai biasa maklum la kat area kg, camera hp lak cikai, so gambar like that la..

ni le rupa mee bandung muar dia, kira sedap gak la
daripada mee bandung siam...

Sasha makan mushroom sup je...

hubby makan nasi , sup ekor n sambal belacan ....

disebabkab cuaca agak sejuk aku oder air epal panas n sasha jus tembikai,
hubby biasa la teh tarikkk....

menu tambahan sate..10 cucuk je...

Khamis, 10 November 2011

PERCUTIAN KE BALI....

Sebenarnya aku nak buat n3 pasal raya haji, tapi rasa cam dah basi je....so tak yah la. Ha aku nak buat n3 percutian aku yang korang sume tak tau.....nak tau aku bercuti ke mana selain ke Kuala Krai Kelantan....Jeng..jeng..jeng....
Aku bercuti ke Bali daaaa..... sory la tak ajak korang sume, percutian mengejut , ye la duk terperap je kat Kuala Krai jemu gak, jadinya tanpa dirancang aku n family bercuit ke Bali. Melihat keindahan pantai sambil mendengar deruan ombak..... Aku ni kadang2 rasa fobia tengok ombak n lautan yang luas , terbayang kalau tiba2 tsunami melanda, sempat aku ke berlari......
Sampai ke Bali pun dah agak petang , memang bercadang nak menginap kat situ,dah sampai tu tinjau2 la mana chalet yang murah2 je, chalet ayam pun tak pe gak, bukan nak tidur sangat pun ..tidur2 ayam je...sesuai le kalau menginap kat chalet ayam je...hahaha.....
Tak sangka kan aku boleh sampai ke Bali..... naik apa ye belon, ke bot ke sampan.... Tak kira la naik apa yang pentingnya aku dah sampai ke Bali.....



Tak caya aku gi Bali, tengok tu DeBali, resort & spa.... sebagai bukti percutian

Dah sampai pun ke Bali, cari parking le Apis...

Pak...saya mau nginep di sini berapa sewanya pak. mau yang murah aja pak...

pemandagan di chalet DeBali..ok la....

kalau aku pilih menginap chalet yang ala2 banglo tu, mampu ke ...

Mau booking chalet tunggu di sini ye bapak2 n ibu2....

Pehal ni Apis tayar pancit ke, jangan wat hal...tak balik nanti.

antara chalet2 yang terdapat di DeBali resort...

dari chalet nampak bot2 nelayan ke apa tah...

Ha.. ni le kapal yang kita orang naik sampai ke Bali.. kena parking tepi jalan je tau..

mana satu chalet aku duduk ye...hahaha...tiada dalam gambar......

Keindahan pantai Bali diwaktu petang...ombak kuat....takut...

Apis n Sasha melihat sampah sarap kesan tsunami dulu....hehehe...

suka Apis n Sasha dapat melancung ke Bali.....
Alamak... ombak kuat la, nak tsunami ke... lariiii... jangan tinggal dakuuuu....

huhuhu.....mana dia orang sume ni, kenapa tinggalkan aku sesorang kat tepi pantai ni..

[Aku tak tipu memang aku bercuti ke Bali...tapi bukan pulau Bali
kat Indon tu, cuma sekadar Pantai Tok Bali kat Kelantan je..hehehe...]

Selasa, 1 November 2011

SEJUK MATA MEMANDANG

Sekarang ni musim hujan atau musim tengujuh, boleh katakan hari2 hujan kalau tak pagi petang la. Bagi surirumah sepenuh masa macam aku ni tak de la masaalah sangat, kalau panas sebelah pagi cepat2 la mesin kain dan jemur, sebab biasanya akan hujan sebelah petang.kalau pagi2 dah hujan basuh le sebelah petang, kalau petang pun hujan jemur le malam kot2 matahari terbit sebelah malam, macam kat Ampang ngan Bangi tu [ tak caya tanya mamamiraki n mummy gee] sebab tu dia orang jemur kain malam2....
Bila hujan kesian gak kan bagi wanita2 yang berkerja, yang memandu kereta sendiri selalu mengeluh dengan jem kat jalan, kadang2 sempat lelap dalam kereta, ye la kereta tak bergerak, sedar2 bas metro dah hon2, terkejut beruk dia...hehehe...[yang ni tak de kaitan dgn yg hidup atau yg dah mati] ye.
Bagi yang naik kenderaan awam lak, bila hujan kesian berhimpit2 kat bas stop dengan baju basah, mekup meleleh2[ hahaha], pas tu berebut naik bas... dalam bas aduhhh..macam2 bau adaaaa.....Sabar aja lah ya demi mencari rezeki....
Bagi aku pulak kalau lepas hujan tak kira la pagi ke petang paling suka tengok tanaman kat depan dan belakang rumah. Nampak segar, subur menghijau,kalau pagi2 lagi lah suka tengok daun yang basah2 sikit, kira cam air embun la. Orang kata..... renjis2kan air embun dari daun tu ketapak tangan, pas tu selawat n sapukan kat muka.... insyallah muka nampak segar je macam daun hijau tu...hehehe....
Jom tengok apa tanaman yang ada sekarang...




Ha .... yang ni spesis tanaman untuk di makan atau dibuat ulam. seronok tau ada tanaman sendiri, bila nak guna je bukak pagar dapur, ambik apa yang perlu. Tak de lah dah siap2 nak masak asam pedas ke kari ke tetiba daun kari atau daun kesum lupa beli, dah kena tukar menu lain lak...
Pokok kari pun boleh mengeluarkan buah, korang pernah tengok tak?..
kalau nak tengok datang le rumah aku ye...

Yang ni semua orang tau, pokok limau kasturi yang tak pernah berhenti
berbuah....

pokok tenggek burung, lepas dicantas banyak naik pucuk muda, yang ni sedap
wat ulam rasa kelat2 sikit, dulu2 zaman kat kg berlambak pokok tu, tapi
tak tau makan pun

Alahai buat pengubat rindu ... tak de biji ranti tengok buah cepokak
pun jadi la, aku tak makan tapi my hubby suka wat ulam..

Pokok kesum ni nak kena ambik selalu, kalau tak jadi cam tu la, tua daun dia.



Yang ini pulak spesis pokok herba, dah mananya pun herba dah tentu untuk ubat2an. pokok2 ni senang hidup, kalau hubby yang tanam le, kalau aku ...hehehe... Dalam gambar ni pokok2 yang aku tau nama dia je, yang tak tau nama malas nak ambik gambar...

Pokok GELENGGANG.... aku suka tengok bunga dia cantik.daun dia pulak bila petang
kuncup, kira nak tidur la tu kot..

Yang ni pokok MISAI KICING... bukan abang misai ye..tengok bunga dia memang
macam misai kucing pun. Boleh wat teh misai kucing. Ambik daun dia jemur, dah
kering ramas2 , rendam dalam air panas, boleh terus dimimun. Tak pun ambik je daun tu beberapa helai rebus, minum airnya...


Pokok MENGKUDU [jaworld kat Pace]. Daun dia selain dibuat ubat
boleh dijadikan ulam,tapi kena rebus dulu, bila direbus warna daun tu jadi hitam


Haaa... ni spesis pokok bunga la sebagai hiasan taman. Pokoknya berduri, tajam2 woi..
tapi aku suka tengok bunga dia, macam2 warna ada....cantik..tapi tak tau apa nama pokok bunga ni, nanti la aku bukak internet ge cari nama dia...

warna pink

merah menyala

warna cream, lembut je kaler dia