Selasa, 1 November 2011

SEJUK MATA MEMANDANG

Sekarang ni musim hujan atau musim tengujuh, boleh katakan hari2 hujan kalau tak pagi petang la. Bagi surirumah sepenuh masa macam aku ni tak de la masaalah sangat, kalau panas sebelah pagi cepat2 la mesin kain dan jemur, sebab biasanya akan hujan sebelah petang.kalau pagi2 dah hujan basuh le sebelah petang, kalau petang pun hujan jemur le malam kot2 matahari terbit sebelah malam, macam kat Ampang ngan Bangi tu [ tak caya tanya mamamiraki n mummy gee] sebab tu dia orang jemur kain malam2....
Bila hujan kesian gak kan bagi wanita2 yang berkerja, yang memandu kereta sendiri selalu mengeluh dengan jem kat jalan, kadang2 sempat lelap dalam kereta, ye la kereta tak bergerak, sedar2 bas metro dah hon2, terkejut beruk dia...hehehe...[yang ni tak de kaitan dgn yg hidup atau yg dah mati] ye.
Bagi yang naik kenderaan awam lak, bila hujan kesian berhimpit2 kat bas stop dengan baju basah, mekup meleleh2[ hahaha], pas tu berebut naik bas... dalam bas aduhhh..macam2 bau adaaaa.....Sabar aja lah ya demi mencari rezeki....
Bagi aku pulak kalau lepas hujan tak kira la pagi ke petang paling suka tengok tanaman kat depan dan belakang rumah. Nampak segar, subur menghijau,kalau pagi2 lagi lah suka tengok daun yang basah2 sikit, kira cam air embun la. Orang kata..... renjis2kan air embun dari daun tu ketapak tangan, pas tu selawat n sapukan kat muka.... insyallah muka nampak segar je macam daun hijau tu...hehehe....
Jom tengok apa tanaman yang ada sekarang...




Ha .... yang ni spesis tanaman untuk di makan atau dibuat ulam. seronok tau ada tanaman sendiri, bila nak guna je bukak pagar dapur, ambik apa yang perlu. Tak de lah dah siap2 nak masak asam pedas ke kari ke tetiba daun kari atau daun kesum lupa beli, dah kena tukar menu lain lak...
Pokok kari pun boleh mengeluarkan buah, korang pernah tengok tak?..
kalau nak tengok datang le rumah aku ye...

Yang ni semua orang tau, pokok limau kasturi yang tak pernah berhenti
berbuah....

pokok tenggek burung, lepas dicantas banyak naik pucuk muda, yang ni sedap
wat ulam rasa kelat2 sikit, dulu2 zaman kat kg berlambak pokok tu, tapi
tak tau makan pun

Alahai buat pengubat rindu ... tak de biji ranti tengok buah cepokak
pun jadi la, aku tak makan tapi my hubby suka wat ulam..

Pokok kesum ni nak kena ambik selalu, kalau tak jadi cam tu la, tua daun dia.



Yang ini pulak spesis pokok herba, dah mananya pun herba dah tentu untuk ubat2an. pokok2 ni senang hidup, kalau hubby yang tanam le, kalau aku ...hehehe... Dalam gambar ni pokok2 yang aku tau nama dia je, yang tak tau nama malas nak ambik gambar...

Pokok GELENGGANG.... aku suka tengok bunga dia cantik.daun dia pulak bila petang
kuncup, kira nak tidur la tu kot..

Yang ni pokok MISAI KICING... bukan abang misai ye..tengok bunga dia memang
macam misai kucing pun. Boleh wat teh misai kucing. Ambik daun dia jemur, dah
kering ramas2 , rendam dalam air panas, boleh terus dimimun. Tak pun ambik je daun tu beberapa helai rebus, minum airnya...


Pokok MENGKUDU [jaworld kat Pace]. Daun dia selain dibuat ubat
boleh dijadikan ulam,tapi kena rebus dulu, bila direbus warna daun tu jadi hitam


Haaa... ni spesis pokok bunga la sebagai hiasan taman. Pokoknya berduri, tajam2 woi..
tapi aku suka tengok bunga dia, macam2 warna ada....cantik..tapi tak tau apa nama pokok bunga ni, nanti la aku bukak internet ge cari nama dia...

warna pink

merah menyala

warna cream, lembut je kaler dia

5 ulasan:

  1. x pernah tenguk buah pokok kari.kat rumah sana ada pokok kari dah besar gedabak tak berbuah pun..sama n aku kak Kay bukak je pintu belakang leh kutip serai, pucuk ubi dsb.Tak payah ler nak ketuk pintu rumah orang "KAK, NAK MINTAK DAUN KUNYIT SIKIT"

    BalasPadam
  2. kt umah aku pokok kari tu sentiasa berbuah....n bunganya wangi...tu menunjukan pokok tu dh tua.....cantas2 berbunga....cantas2 berbunga balik

    BalasPadam
  3. mmg inin dan suka tengok kehijauan keliling rumah tapi keadaan tak mengizinkan la...aku mmg suka tengok belakgn umah awak tu kak lah...

    BalasPadam
  4. Dah boleh buka NURSERI ni Kak Kay.

    BalasPadam
  5. Salam.kak,bole x sy nk beli daun mengkudu?

    BalasPadam