Isnin, 30 Ogos 2010

PROJEK RE-CYCLE







Kali ni aku nak ajak korang sume buat projek re-cycle. Dah masuk hari ke 21 berpuasa ni aku dah simpan oven, dah tak de projek2 buat kuih. Dapur dah clear.. Untuk jimatkan kos atau belanja apa kata kalau kat rumah anda ada bunga2 hiasan tahun lepas jangan dibuang . Keluarkan bunga2 tu dari pasunya, masukan dalam baldi bubuh air dan sabun, rendam dalam 10 ke 15minit, pas tu pancut ngan air biar kuar abuk2 dia. bilas lagi ngan air bersih, gerenti macam bunga baru beli. Kalau kat kedai pun kebanyakannya stok bunga lama, pernah aku tengok pekerja Indon basuh bunga2 pas tu jual balik, orang yang beli ingat bunga baru walhal baru dibasuh. Haa.. lepas basuh jemur la bunga2 tu, sangkut kat pagar atau tenggek aja atas motor cam aku buat. seterusnya gubah lah balik bunga2 tu, kalau tahun lepas gubah Inggeris style, tahun ni tukar la Japan style ke, J aWORLD style ke, apa2 lah ikut citarasa anda. Kalau tak tau nak gubah senang aja jangan kuarkan bunga2 tu basuh ngan pasu2 sekali...Bagi aku la kurang berseri rumah kalau tak ada hiasan bunga, biar perabut semahal mana pun....[ itu pandangan aku]...

Jumaat, 27 Ogos 2010

DEMI TUGAS N TANGGUNGJAWAB

Hari ni aku cabut gigi, satu2 nya perkara yang sangat aku takuti, nak wat cam ne kan daripada sakit baik la aku kuatkan semangat untuk cabut. appoiment kul12,30 thari, hubby hantar aku. masuk kebilik doktor seram sejuk aku takut sakit. gigi aku ni dah berlubang, tapi doktor kata kuat lagi tak goyang, bagai nak rak aku rasa doktor tu kerjakan gigi aku. apa taknya akar dia yang 4 cabang tu tak leh cabut sekali,patut le lama aku rasa... aku harap2 lepas ni jangan la sampai aku kena cabut gigi lagi, mengerikan... Balik sampai rumah dekat kul 2 pm, makan ubat tahan sakit [ tak posa] pas tu tidur. Bangun tidur pikir nak masak apa lak, walaupun masih terasa sakit berdenyut demi tanggungjawab sebagai tukang masak [eh eh bukan tukang masak la surirumah] aku gagahkan masak jugak. ya la aku ni dalam kategori rajin masak jugak la [ bukan mamamiraki n mummy gee aja tau yang rajin masak]. Hasilnya siap lah jugak lauk untuk berbuka. aku masak lemak udang, hati ayam kicap, singgang ikan [ lauk hubby], goreng ikan masin, ulam2.... hati ayam masak kicap ikan masin & ulam-ulaman ikan singgang
masak lemak udang campur kacang panjang

Rabu, 25 Ogos 2010

MENU APA LAGI YE...


Puasa dah masuk hari yang ke 16, esok hari ke 17 [Nuzul Quran], eh ... eh... dah dekat nak raya la. kalau kat kampung dulu masa budak2, emak dah mula jemur tepung n gula. senag ati kalau tengok mak dah jemur tepung, maknanya mak nak buat kuih la. kuih yang mak selalu buat bahulu n kuih bakar[bangkit]. kuih2 modern mak tak makan. seronoknya masa tu..... Tapi la ni aku fenin, bukan pasal nak buat kuih raya, kuih raya tak de hal asal ada duitnya tunjuk2 aja siap la. yang aku fenin ni pasal menu berbuka n sahur. dah tak tau nak masak apa lagi, terutam menu untuk sahur. hubby n anak2 tak nak sahur nasi goreng ke nasi lemak ke, dia orang nak nasi putih, tak kira la lauk apa, telur ke sadin ke....aku lak tak kesah la ada gesek ngan sambal totok pun ok, bukan makan sangat pun. last2 pagi tadi aku wat menu cam dalam gambar ni...

Selasa, 24 Ogos 2010

RAYA KIAN TERASA...

Lamanya aku tak bersihkan rumah aku ni, sekadar jengah2 gitu aja, dah bersawang rupanya. Raya dah dekat ni sapa nak tolong bersihkan ni, letih la malas betul.... tapi sebelum jadi semak samun baik la aku bersihkan. sebenarnya aku tak de ceta nak n3 ni. ala crita pasal puasa n raya aja la. tiap2 tahun kalau nak raya hubby mesti pasang lampu lip lap kat depan rumah. lampu tahun lepas dah rosak, hubby ajak aku gi k4, bukan nak soping nak beli lampu lip lap aja, tapi aku ni kan suka jalan2 cuci mata, so aku ikut aja la.tahun ni hubby pilih lampu lain sikit, lampu bunga dalamnya ada mentol, kira cantik la ...jiran aku kiri kanan tak de CECEK KEMEREDEK pun depan rumah gelap aja, jimat sangat letrik.... Bila dah pasang lampu lip lap ni terasa suasana raya. kalau dulu masa sasha budak2 lagi meriah gak dia main bunga api,mercun, la ni tak de sapa nak main bunga api yang bintang2 tu, lepas bakar sangkut kat pokok, seronoknya......
terasa raya bila ada lampu lip lap


Isnin, 16 Ogos 2010

TEH O AIS LIMAU

buah limau yang segar2.... banyak buah limau boleh jual lah

Lama tak buat n3 kat blog aku ni, dah bersawang. Nak buat ceta apa ya??... ha bulan2 posa ni dengan cuaca yang agak panas ni apa kata aku buat minuman yang pasti boleh melegakan tekak yang kehausan seharian berpuasa. kat belakang rumah aku kan banyak tanaman termasuklah pokok limau kasturi yang lebat buahnya. limau ni sedap buat air aja lah selain buat sambal belacan. kalau limau madu boleh lah makan gitu aja. pagi tadi aku petik limau tu, banyak gak la sebab dah masak2[ walaupun masak tapi masam gila gak]. aku memang suka teh o limau tak kira yang panas atau ais. kalau makan kat kedai mesti oder teh o limau panas2 [ sebab batuk] kalau tak mesti teh o ais limau. kat kedai segelas harganya rm1.40. itu pun kadang2 limau sebiji aja, punya la kedekut,lain kali aku aku bekal la limau sendiri....
buah limau yang segar2....

pisang dah berbuah...... ini lah buah rosalle....

Khamis, 12 Ogos 2010

JUS SEGAR ROSELLE DARI LADANG

Ha ni nak n3 pasal 'mini kebun' belakang rumah. macam2 ada maklum lah hubby suka berkebun macam2 dia tanam, pokok ulam2 spt tenggek burung, ulam raja, kesum, kari. pokok2 herba pun ada termasuk misai kucing, serai kayu, poko ubat darah tinggi , kencung manis sume ada la.... tapi yang aku nak ceta ni pasal pokok roselle yang lebat buahnya, petang semalam hubby petik buah2 roselle tu, banyak gak lah dapat dalam 2 kg walaupun cuma 3 pokok aja, pagi ni tugas aku la nak buat jus. mula2 kena buang bijinya dulu, basuh bersih2 lepas tu rebus sampai lembik buahnya, airnya jadi merah menyala. masa rebus aku tak bubuh gula, jadi bila nak minum nanti bancuh la air gula ikut cita rasa manisnya. jus aku buat ni dijamin bersih tanpa bahan pengawet. sapa teringin nak rasa sila lah datang rumah.

Rabu, 11 Ogos 2010

RAMADHAN DATANG LAGI

Alamdulillah , syukur dipanjangkan umur aku sihat tubuh badan, dapat menikmati ramadhan tahun ini. hari pertama posa mencabar tul panas sangat2 ....kalau tak kuat godaan mau terminum la...tapi syukur la sampai kewaktu berbuka gak. menu buka pun simple2 aja, bukan nak makan sangat janji dapat air cukup, makan pun tak berbaloi dengan penatnya memasak. tapi kalau terlebih makan nanti susah lak nat solat terawih.hari pertama aku solat terawih kat masjid Al-Ikhwaniah ceras utama, ramai sungguh orang. kat masjid ni lambat sikit sikit lepas solat isyak bacaan tahlil pasa tu tazkirah baru solat terawih. sebelum tahlil punya le lama nak sebut nama2 arwah, itu aja amik masa dekat 20 minit. kebas2 kaki lama duduk.dalam 10.30 baru nak solat terawih. so hari ke dua aku pergi kemasjid Al-Mukhlisin dekat sikit ngan umah. kat sini aku amik saf betul2 bawah econ selesa la. kat sini bagus, lepas isyak terus terawih, pas tu tazkirah baru solat witir. bacaan tahlil last ada yang balik lepas solat terawih, sebab awal lagi aku dengar la tazkirah dan solat witir sekali.sampai rumah baru kul 10.40 sebab jalan kaki, hubby tinggal aku dia balik habis terawih... sian aku jalan sorang2

Selasa, 3 Ogos 2010

SAMPAI BILA NI....

Al kesahnya hp aku ni dah bisu hampir seminggu. sunyi sepi aja, ya lah dah bisu..nak kata bil tak bayar, rasanya abe we kita dah bayarkan. nak kata hp rosak ok aja. yang peliknya sume hp kat umah ni sama tak dak line. pehal DIGI ni dah bengkrap ke apa , kalau bengkrap kabo le awal2 leh tukar maxis ke apa2...talipun DIGI dia kat ada problem pemancar yang berhampiran tempat aku. pemancar tu di arah cabut oleh sapa tah sebabnya dia tanam kat tanah kubur islam. hai... kubur kan wat tanam orang mati,, yang dia gi tanam pemancar kat situ wat pe.. dah tentu la menganggu ahli2 kubur yang nak berehat, tak pun takut KOMPIUS antu kubur ngan antu DIGI kuning gemuk tu. sekarang ni kena tunggu kelulusan nak tanam pemancar yang lain , kat mana tak tau la, jangan kat kubur cina lak dah le nanti bergaduh ngan antu cina yang lompat2 tu lak. sampai bila tak tau le... boring ada hp cume wat perhiasan aja, pegang2 belek2..... Aduh.... gerem ni, wahai orang DIGI cepat le sattle problem ni....

Ahad, 1 Ogos 2010

BACA KAT BLOG AJA LE....

Pagi2 lagi aku dah mengadap komputer, tujuan nya satu nak baca blog dia orang la nak tau ceta dari kampung, bagitu la aku walaupun tak dapat bersama kat kampung, dapat ceta dari blog dia orang pun dah cukup happy. sambil baca tu aku bayangkan la aku ada bersama, tak kira diman kita berada berjauhan atau dekat, pautan jiwa dan ikatan silatulrahim kita tetap tersimpul erat. mula2 aku terjah blog mama janet... haa pehal korang ni bunyinya cam merajuk aja mama janet, korang tak tolong kemaskan bekas2 yang oder makanan ye, dia merajuk lain kali tak nak oder lagi, haa kena la masak sendiri. aku nak komen kat blog dia tak leh la. pas tu aku terjah blog mummy gee..... aduhhhhh terliur aku tengok menu2 yang dipamerkan, terngences gitu.....apa2 pun tima kasih le sebab n3 kat blog tu dapat le aku layannn.... mamamiraki tak sempat lagi nak update blog ke....