Selasa, 11 Oktober 2011

PESTA BUKU DITAPAK MAHA SERDANG

Ni n3 yang agak terlewat 2,3 hari je...hari ni baru ada kesempatan nak buat. N3 ni khas untuk peminat2 buku, ye la orang2 yang suka membaca buku atau orang panggil ulat buku [bukan ulat bulu ye]
Sekarang ni sedang berlangsung pesta buku di Serdang , so pada yang minat membaca dan belum berkesempatan untuk pegi kesana,masih ada waktu untuk pergi. kalau tak silap pesta buku ni akan berakhir pada hari Ahad 16hb ni.
Hari Isnin lepas aku pun berkesempatan untuk kepesta buku tu , ala ikut anak2 yang nak sangat memborong buku kat sana, anak2 aku ni dalam kategori suka membaca sejak dari kecil lagi walau pun lebih pada buku2 hiburan saperti komek ke novel ke disamping buku2 pengetahuan. Apa yang penting memang dia orang ni suka membaca...
Aku pergi hari Isnin , kira hari orang berkerja la, ingatkan tak ramai orang, tapi sampai sana ramai jugak orang. kebanyakanya pelajar2, tak kira lah kanak2 , remaja, dewasa, yang tua pun ramai gak [ tak termasuk aku ye... aku tak tua]...
Dia orang yang datang ni memang betul2 minat membaca la, kalau tak masakan sorang boleh beli sampai 2,3 kotak. lagipun harganya memang murah dari harga asal. ada satu buku tu aku tengok harganya rm108, dijual pada harga rm20 je...tak tau le samada buku2 ni dah tak laku ke apa sebab harga asal yang mahal2...
Oh ye hampir terlupa lak, buku2 yang dijual ni semuanya buku bahasa inggeris, satu pun tak de buku bahasa malaysia. Jadi kalau yang memang tak tau baca omputih tu tak yah pergi. Tapi apa salahnya kalau berminat nak baca, sambil baca sambil bukak kamus, janji ada kemahuan...

orang ramai sedang tekun memilih buku buku...

ni apa pulak pakai cermin mata...haa..ni lah cermin mata 3D khas
untuk baca buku, seronok le budak2 kalu dapat ni..

bukan budak2 je yang teruja nak cuba , mak budak pun teringin...

dah penuh kotak dengan buku ,letak kat tepi dulu, pas tu pergi pilih
buku2 yang lain pulak. budak ni tukang jaga buku le tu..

aku kepenatan, tak larat nak ikut dia orang pilih buku, lagi pun semua kan buku omputih
lebih baik aku duduk menyandar tepi dinding ni...hehehe...

nak sampai dewan pameran buku ni, terpaksa mendaki bukit dr tempat parking.
Apis mendera aku walhal disediakan bas dr tempat parking ke dewan.
disebabkan kepenatan aku duduk dulu la kat tangga ni..huhuhu...

sasha sebuk melayan si Aqil yang nak jugak mencuba cermin mata 3D...

Penat aku pilih buku, satu pun tak de yang berkenan la, so posing2 je la
kat buku2 tu

ni la dia semangat membaca yang wajib dicontohi..hehehe...

longgokkan buku2 berbagai jenis, sila abaikan amoi yang nampak b***ot tu

suka budak berdua ni aku belikan buku, walaupun lum pandai baca tengok gambar pun

hello daddy tolong bank in duit, cash money tak cukup ni nak bayar buku2...


senyum lebar sasha dapat buku2 yang dia suka, itu pun katanya tak cukup.
dia beli guna duit sendiri...

aduhhh,,, beratnya tolong bawakan buku aku ni....

Arash , muka tak puas hati buku sasha banyak dia punya
cuma satu je...

5 ulasan:

  1. bestla bebudak yg cik lah jaga tu. leh jalan-jalan..

    BalasPadam
  2. sasa tu beli buku banyak2 buku apa

    BalasPadam
  3. Ayu, memang untung bebudak tu, mana cik lah pegi kena bawak le, makan mcd, kfc, secret resepi, mcm2 le...
    Mek, buku2 yang sasha beli tu sume buku2 komek,novel, tah pape buku lagi, aku tau baca tajuk je..

    BalasPadam
  4. Terima kasih kak. sekarang jugak sy pergi :)

    BalasPadam
  5. Tanpa nama=ha elok la pergi,pilih buku2 yang sesuai dibaca untuk tambah pengetahuan, lagipun harganya mmemang murah..

    BalasPadam