Sabtu, 28 Mei 2011

LIHAT LA KEBUNKU [MACAM2 ADA]

Ni tengah rajin mengupload blog le, walaupun n3 tah pape aja. Ala korang dah lama tak jengah kebun sekangkang kera aku dibelakang rumah kan. So, apa kata hari ni kau bawak korang melawat apa yang ada kat kebun aku. Mana tau aku dah tanam pokok epal ke, anggur ke, strowbery ke , tak pun aku dah tanam pokok jati ke... ha 5 tahun lagi jadi orang kaya la aku dah boleh jual pokok jati. kalau tak pecaya tengok gambar2 ni...


Ni buah limau purut, walaupun kecik lagi pokoknya tapi dah berbuah.
daunnya sume orang tau leh wat tomyam, paprek, tapi buahnya buat minyak
urut

Aku nak tanam pokok ranti tak de benih, jadi aku tanam le pokok yang
buahnya seakan2 biji ranti, pokok CEPOKAK. tapi sayang rasanya tak macam biji ranti

Haa.. ni rumpun serai yang berbunga lagi. ada sapa2 berminat nak beli rumpun serai ni
banyak batu2 permata kat bawahnya tu....


Pokok ciku ni mula2 berbuah 2biji di petiknya si Aqil, pas tu berbuah lagi
1 biji, hari2 aku tengok dah masak ke belum nak rasa, alih2 hilang jugak
tak tau sapa yg amik..huhuhu..

Ni la pokok limau purut aku, kecik lagi tapi dah berbuah,
kat bawahnya tu pokok sabung untuk ulam

Pemandangan kebun belakang rumah aku, petang2 aku rajin gak
duduk kat bangku yang hubby buat tu, hubby memang kreratif orangnya

Pokok pisang serendah benih dari rumah mama janet dulu, kalau berbuah tak termakan, bagi kat jiran2 aja

Pokok mangga ... bila kau nak berbuah ye
sempat ke aku merasa

Aduh penatnya lepas berkebun, duk berehat dulu la.
Penat lepas kutip buah limau kasturi yang tak pernah berhenti berbuah

Pokok limau kasturi yang sentiasa berbuah, bila dengar mamamiraki beli limau ni kat pasar
rasa nak suruh dia datang kutip aja kat pokok ni

8 ulasan:

  1. sonoknyer tengok kebun neh... tapi saya xpandai berkebun ler...

    BalasPadam
  2. ala ko cangkul2 aja tanah pas tu tanam lepape ko nak, jadi le kebun..hehehe...

    BalasPadam
  3. aku tiap minggu beli limau kasturi dalam Rm4 - RM 5. mahal tau limau kasturi ni......nanti aku gi rumah ko.aku petik sekilo yea..

    BalasPadam
  4. hai..cik mama miraki...sungguhpun free limau kasturi tu...tak reti-reti nak kontra ngan sanquick..haha..

    BalasPadam
  5. Ada satu yang kak KAY tak tanam DI SINI...pokok JARAK

    Apapun TAHNIAH kerana memanfaatkan sepenuhnya ruang tanah yang ada

    BalasPadam
  6. Pokok jarak pokok apa ya, pandai je sebut tp x kenal pokoknya. Dulu2 mak slalu suka cakap Kembang jarak kembang jagong, berani bawak berani tangung, tp mse tu x terfikir lak nk tanya!

    BalasPadam
  7. kak kay..sampai kucing bertanduk pun buah ciku tu tak akan masak kt pokok kalau tak dipetik n diperam.

    BalasPadam