Sabtu, 7 Mei 2011

NASI AYAM MOTHER' DAY

Selamat hari ibu, pada semua para ibu2.... semoga menjadi ibu yang terbaik buat anak2. Dan pada anak2 sayangi lah dan hormati la ibu2 kamu, jangan sesekali menyakiti atau menyinggung perasaan mereka...
Pada yang sudah tidak mempunyai ibu lagi doa2kan mereka selalu semoga mereka sentiasa bahagia dan mendapat tempat yang terpuji disisi Allah. Ya Allah bahagiakan lah kedua ibu bapa ku disana sebagai mana mereka membahagiakan aku sewaktu hayatnya... Amin...
Sempena hari ibu ni macam2 orang lakukan ye, ada setengah2 anak2 yang membawa ibu nya shoping ke, makan2 ke, jalan2....Paling tidak pun si ibu lah yang buat sesuatu untuk suami n anak2..Tak kira macamana pun yang penting kebahagiaan.
Hari ni aku tanya anak2 nak makan apa, dia kata nasi ayam mama buat bukan beli. so pagi aku ajak anak bujang aku pergi pasar, beli bahan2 nak wat nasi ayam, sambil tu beli sekali lauk pauk untuk seminggu.Oh ye hari ayam murah le sekilo 6.50 aja, kenapa semalam mamamiraki beli kat pasar sampai rm8 lebih, kena tipu tu kot. aku beli sekor besar gak 2kg lebih bari rm17 aja.
Macam2 cara orang buat nasi ayam, ikut versi aku, tumiskan bawang, halia, kayu manis , bunga lawang dengan planta. masukan beras yang dah dicuci, gaul2 pas tu masukan air rebusan ayam[kuah sup ayam tu le]. bubuh daun pandan.
Untuk ayamnya dah rebus tu toskan. tumbuk halia , bawang putih, masukan madu, sos tiram, kicap, perap dlm 15 minit baru goreng.
Ini lah hasilnya nasi ayam aku yang sedia untuk dimakan
sambal dia pulak aku buat, mesin cili api+ cili merah, bwg puith, tomato
cili sos, perah air limau,pas tu aku tumiskan dengan minyak sikit sampai masak.
ada gak yang buat sambal mentah aja, aku tak suka bau maung cilinya
sup dia biasa lah, masukan tulang2 ke kaki ayam ke, masa nk hidang tabur bawang goreng n daun sup/daun bawang

Minuman yang paling sesuai ais oren le, tak yah fresh oren, oren sunquick aja
Ni la rupa hidangan nasi ayam mother's day aku
Alamak cicir lauk ayam ni, siap berhiaskan, bak kata mama janet aku ni kan suka menghias
ayam tu bukan hangus, tapi sebab bubuh madu dia jadi gelap sikit, yang penting sodap...

3 ulasan:

  1. Selamat Hari ibu buat ibu terhebat, Kak Kay.

    BalasPadam
  2. emmmmmmmmmmmm nampak sedap sangat tu

    BalasPadam
  3. MS, terima kasih, doakan la semoga betul2 menjadi ibu terhebat
    Mama janet, bukan nak masuk bakul angkat sendiri, hakikatnya memang sedap.....

    BalasPadam