Jumaat, 10 Februari 2012

JOM KITA MELEPAT....[Wat lepat le]

Jom kita melepat pagi2 sabtu ni. Setelah beberapa hari asik tertangguh je disebabkan penyakit M yang sangat kronik, akhirnya pagi ni dengan semangat yang berkobar2 aku berjaya melepat.....hehehe, buat lepat pisang le, kan ari tu pisang belakang umah dah masak, asik wat cekodok je jemu lak.
pagi ni lepas solat subuh dalam remang2 subuh [ada ke remang2 subuh, biasa org sebut remang2 senja]..tak kesah le, aku kebelakang umah cantas 2 pelepah daun pisang tuk buat lepat pisang. rasanya cukup 2 pelepah tu, amik banyak2 kan tak habis buang membazir je walaupun pokok sendiri. dah siap lap2 daun tu aku terus lenyek pisang +gula. gaulkan ngan tepung sampai agak2 le pekatnya. kelapa parut gaul ngan garam sikit. buat lepat pisang ni kalau tak de inti kelapa aku kurang suka...

bila dah siap gaul2 bubuh atas daun pisang cam ni....
pas tu bubuh inti kelapa atasnya, lagi banyak bubuh inti lagi sedap


dah siap bungkus susun dalam pengukus. daun pisang ni aku tak layukan
tu nampak ada yg koyak..

dah siap sume tutup periuk pengukus n kukus la..tapi sedey le pengukus
aku cak cantik cam mummy gee punya....aku nk gak steamer cam gee punya.
agak2 bila gee jemu dan tak nak steamer tu ye, aku booking dulu...hehehe

haaaa dah masak pun.. testing2....ok sedap...kelassss ko maria...

3 ulasan:

  1. kalau yg guna tepung beras tu nagasari kan.sedap jugak tu.Pisangnya tak dilenyek2 tapi letak kt dalam je

    BalasPadam
  2. nagasari pun sedap, biasanya guna pisang tanduk kan.

    BalasPadam