Khamis, 7 Oktober 2010

JOM TENGOK2 KEKEBUN

kebunku subur menghijau
cantikkan pokok bunga ni

ini lah aja sebatang pokok kelapa yang dapat hubby tanam, bukan kelapa sawit...


limau kasturi yang tak pernah putus berbuah



serai n pandan.. dulu kat sini la serai berbunga, ni tanam lagi sekali, kalau berbunga nanti aku panggik korang cabut ye....




yang ni pokok limau purut baru nak hidup





pokok tenggek burung, tengah naik tunas baru, sedap wat ulam tu muda2 pucuk dia






aku suka tengok pokok bunga ni, cam bunga sakura kat Jepun







Kali ni nak wat n3 apa ye, tengah rajin ni, cerita lak tak de. Haaaa lama dah rasanya korang tak tengok kebun belakang rumah aku, ala kebun sekangkang monyet, bukan kebun kelapa sawit pun...kalau pagi2 sambil tunggu mesin kain aku suka tengok2 pokok2 yang hubby tanam, kalau rajin tu aku cabut2 lah rumput2 tu... eksais tangan. La nampak terang lak kebun belakang rumah tu, ya lah pokok yang besar2 cam pokok tenggek burung, kari sume dah dicantas. kebelakangan ni pulak asik hujan, cepat la naik tunas2 baru terutama pokok tenggek burung. Wah pas ni banyak lah burung bertenggek sebab daun2 dah merimbun balik...








Sebenarnya seronok kalau kita tanam pokok2 keliling rumah kita , itu pun kalau rajin la kalau tak semak samun la, silap2 ular sawa pun... Tapi kan aku ni tangan tak serasi kut tanam2 pokok, susah nak hidup kalau hidup pun orang kata... hidup segan mati tak mau aja. Tapi kalau hubby yang tanam biasanya hidup subur punya la, lagi pun hubby rajin jaga, bubuh baja, siram tiap hari, mana pokok2 tu tak subur. kalau tak caya tengok gambar2 ni...

Rabu, 6 Oktober 2010

BERTAMBAH USIA KU...

HARI INI 7 OKTOBER 2010 GENAP USIA KU.....?. KIRANYA HARI INI HARI JADI AKU LA.... EPI BESDAY TO ME.... SENDIRI UCAP LA...SEINGAT AKU LAH SAMPAI USIA KU SEKARANG BELUM PERNAH AKU BUAT MAJLIS HARI JADI, APA LAH SANGAT DENGAN MAJLIS2 TU KAN, YANG PENTINGNYA RASA KESYUKURAN PADA YANG ESA KERANA MEMANJANGKAN USIA KU, MEMBERIKAN AKU TUBUH BADAN YANG MASIH SIHAT, MEMBERIKAN KEHIDUPAN YANG SELESA BIARPUN TAK KAYA HARTA, NAMUN AKU TETAP BERSYUKUR APA SEADANYA.....YA ALLAH JADIKAN LAH AKU DARI GOLONGAN HAMBAMU YANG SOLEHAH.... AMIN...

Sabtu, 2 Oktober 2010

OPEN HOUSE LAST 2010

Enab, tuan rumah dah ngantuk, balik laaa....




















amboi cerianya






Lama aku tak wat n3, malas betul, lagipun tak de cerita, asyik nak wat cerita raya aja nanti jemu lak orang baca [ ada ke orang nak baca ].. perasan lak...Tapi kan disebabkan ini cerita raya terakhir untuk 2010 aku buat jugak lah. Open house last ni kat rumah kakak aku Dato T n Datin S di Sri Gombak. Aku sampai dalam kul 3.15 ptg jalam jem lagi pun memang aku lewat bertolak dari rumah tunggu perut betul2 lapar....







Sampai sana dah ramai gak tetamu yang datang. YB bkt mutiara dan Mamamiraki dah ada sana tengah makan, tak tau la round ke berapa dia makan masa aku sampai.aku tengok tamu silih berganti, biasa la rumah kakak aku ni kalau buat open house punya ramai tetamu cam jemputan kawin. Menu pun macam2, set nasi beryani, lemang, laksa, menun sup, nasi impit ngan eksesorinya, sate, kuih2, kek , buah2... tah apa lagi la.Tapi kan aku tak snap gambar2 menu tu takut ada orang terliur bila tengok nanti.







Yang aku snap2 pastinya muka2 kita orang aja la,itu agenda wajib. Kebetulan adik aku YB bkt mutiara ada kan jadi puas lah dia paksa aku klik2 muka dia aja, dah tu suruh aku menguploadkan sume gambar2 dia kat blog aku lak. Kesiankan aku pun uploadkan lah sume gambar2 dia sebab dia tak de blog tapi dia bukan g**log tau....







Aku balik dari rumah Datin S dalam kul 11 lebih tak sampai kul 12 tau sekali ngan pasangan wajib aku family mamamiraki. Buat adik aku yang tersayang Puan Som tu layan la gambar2 ko ni....

Jumaat, 24 September 2010

IBADAH SUNAT BULAN SYAWAL

ini aja lah yang aku makan masa berbuka, mehun b***h yang sedap ngan telor pindang. banyak ni aja tau aku makan , jaga badan , mamamiraki jangan jelous, aku dh kurus
hidangan wajib - ulam2

asparagus goreng


ikan masak kicap



kari telor




Nak crita pasal apa ye, lama dah tak n3 blog, nanti bersawang lak. crita apa2 aja lah ya asalkan update blog. ni nak crita pasal puasa 6. Orang lain diluar sana mungkin dah ramai yang selesai buat puasa 6, alhandulillah... Aku baru mula minggu ni agak dah terlewat tapi belum terlambat.... crita pasal puasa ni mesti adaq bab berbuka kan. puasa sorang2 ni masak biasa aja la. Kebetulan minggu aku berpuasa ni cuaca elok aja redup kadang2 ujan, so tak de la terasa letih atau dahaga....





Kebetulan hari jumaat ni ujan aja dari pagi sampai tengahari, malas lak aku nak keluar beli lauk, nak masak apa ye. Aku geledah aja peti ais tngok baki2 lauk yang ada. Ahhhh belasah ja la jnji masak,nak tau apa aku masak.... Cuma masak kari telor+bender+ terong, ikan masak kicap, goreng asparagus, ulam2 n sambal belacan. Bila aku hidang kat meja rasa cam tak selera aja aku tengok nak makan.... Abis nak makan apa ye?... ya tak ya ada mehun aku goreng mihun aja lah, tapi tak de apa2 aksesori nak bubuh, tak cukup sifat, kira goreng mehun bodoh aja la.





Tapi kan walaupun mehun bodoh aku masak sedap tau, bukan nak puji sendiri, tapi kakak aku Datin S kata aku goreng mehun sedap... hihihi..... Tak caya datang rumah rasa....





Jadinya aku buka puasa petang tu makan mehun la, memang sedap tau.. tak makan nasi....






Khamis, 16 September 2010

SAMBUNG RAYA DI CAMERON

tempat penginapan kami di hotel Equatorial
kat sini la kita orang dinner 2 malam di cameron

Sasha ni kalau boleh sume makanan dia nak rasa


dinner makan stembot... sedap







hubby didepan gerai kraf tangan kek strowbery yang tersangat le sedapnya





makanan wajib kalau gi cameron, dulu makan kat sini ngan mamamiraki, makan wafles






sepanjang jalan di selaputi kabus







kabus tebal, sejuk sangat2 cam kat luar negeri...








tempat ni memang cantik, selama ni kalau gi cameron tak pernah nak kesini









Dihutan lipur Cameron, asik tengok pokok strowbery jemu la, baik tengok air terjun










cantiknya bunga2 ni...











besarnya pokok kaktus ni












sopannya cik kak duduk


Setelah 4 hari 4 malam beraya dikampung hubby, tiba lah masanya kami pulang. setelah puas berdepan cuaca panas , aku nak sejuk2kan badan pulak. kami memang dah plan balik dari kelantan nak singgah cameron. kami bertolak lebih kurang pukul 10 pagi, jalan clear, laluan gua musang ke cameron memang tak banyak kereta. masuk aja ke cameron aku dah terasa sejuk, sepanjang jalan di selaputi salji[ eh eh kabus daaa]. sampai dicameron terus tuju ke hotel, hubby dah booking dulu, jadi tak de la ambik masa lama. hubby booking untuk 2 malam puas sikit , kalau semalam sekejap sangat. Bila cuaca sejuk perut pun lapar aja, apa lagi cari tempat makan la, mak datuk ramainya orang, sampai tak de pilihan makanan. dah lapar makan aja la apa yang ada. Malam nya kami makan di restoren stembot, ramai gak orang. makanan kat sini memang sedap, jadi 2 malam berturut2 kami dinner kat sini.
Lagi satu kemestian makanan yang kena rasa kalau ke cameron ialah wafles , memang sedap. masa aku makan kat situ teringat mamamiraki, dulu masa pegi ngan dia kita orang pun makan kat sini. tak pe la nanti ada kesempatan kita pegi sama2 lagi ya mamamiraki.....








SENJA DI JETI TANGGA KRAI

mana lah bot ni tak sampai2 penat aku tunggu....
elok2 Sha nanti jatuh, sapa nak tolong

senja nan indah..


hubby n apis di jeti Tangga Krai



bersama biras aku Zie




senyuman dipagi syawal





bersama suami tercinta
Ni nak sambung n3 raya yang lepas, tak abis lagi tau.... masuk raya ke 3, aku tak de plan nak kemana2, duduk aja la kat rumah, lagi pun cuaca panas sangat malas nak kemana2..Lepas makan tengahari perut pun dah kekenyangan tapi nak tidur tak boleh sebab panas, rasa macam duduk dalam sauna lak. Petang tu hubby ajak round2 pekan kuala krai, sebenarnya pekan kuala krai tu tak ada pun lebih kurang macam pt sulung aja. Hubby bawak tengok sekolah dia dulu, pas tu ketempat dia lepak2 zaman2 kat kampung dulu [ tempat lepak ke tempat dating ?]. Last sekali hubby bawak aku ngan anak2 ke Tangga Krai tempat sukat banjir. Kat situ aja jeti yang dah uzur [ Mek kata bukan jeti, tapi jerambah], rasanya cantik lagi jerambah yang abah buat untuk tempat mandi zaman aku kecik2 dulu, kat parit... Dah jemu duduk kat jeti tu kita orang pegi makan le.... Layan le gambar2 yang ada..


Rabu, 15 September 2010

SELAMAT HARI RAYA















Alamak mak ni kira n3 terlambat lah bukan apa baru balik dari kampung. tapi tak pe la ye, sekadar buat suka2. Tahun ni aku beraya di kampung hubby kat Kelantan. Malam raya hanya 3 family aja yang ada SIL dari Melaka dan SIL dari Rompin, selalunya memang kami 3 family aja yang ada. menu pagi raya tu nasi kerabu, ketupat palas, nasi impit, rendang, kuah kacang, ayam goreng, tapai dan sedikit biskut2 raya. lepas dah kenyang makan kami pegi beraya 2,3 rumah aja. cuaca panas terik teramat sangat tu yang malas nak berjalan. Apa2 pun selamat hari raya pada semua yang mengenali aku. maaf zahir batin....