Khamis, 24 Februari 2011

KALAU TAK TIPU TAK KAYA KE?..

lama aku tak update blog aku ni, bukan malas tapi tak de ceta lah.. tak kan asik2 nak wat ceta masak2, makan2, jemu lak orang baca nanti [ ada ke orang baca, selain kaum kerabat ku ]. perasan tul la aku ni... tak pe lah sendiri buat sendiri baca la. ok tak?...
ni aku nak ceta pasal orang berniaga la, tak kira lah peniaga besar ke kecik ke, soalnya kalau tak menipu tak boleh ke. aku rasa lah dalam perniagaaan ni lebih 95% ada unsur penipuan..... yang aku nak ceta ni bukan lah peniaga besar2 yang memang penuh penipuan, ni peniaga kecik2 setakad kat tepi jalan, pasar malam pun nak menipu gak ke.patut la korang tak kaya2 makan duit haram aja...bukan nak menuduh tapi kalau dah nampak sendiri dan terkena sendiri baru lah berani nak cakap, bukan apa sekadar untuk peringatan...
biar le aku senaraikan sedikit [sikit aja tau] penipuan peniaga kecil2an:
1)kat pasar malan peniaga yang setakad bukak meja kecil jual sayur2 kg, spt daun ubi[ bukan pucuk ubi], pucuk paku, serai , kunyit, pun nak menipu. seikat pucuk paku dijual rm1, kita tengok ikatnya agak besar beli satu cukup la kan, bila sampai rumah nak masak ya Allah tergamak sungguh peniaga tu ye, kat ikatan luar aja yg pucuk paku, yg dalam bagi kambing pun belum tentu nak makan. cuba la berniaga dengan jujur biar ikatan tu kecik tapi boleh dimasak sume, kita pun kalau tau sikit kita beli la lebih. yang sedihnya peniaga tu pak cik pakai kupiah, tak kan tak tau halal haram
2) ha ni bab tanda harga, memang tak beretika punya peniaga. pernah ke orang tanya ...berapa harga buah ni 1/2 kilo?... orang tanya mesti brapa harga sekilo. tapi peniaga ni punya bijak[ bijak menipu] dia letak hagra 1/2 kilo, masaalahnya tulisan 1 tu bukan main besar, yang tulis 2 tu kecik aja, dah la kecik ditutup lak ngan buah2 tu, orang nampak harga 1kg aja , bukan 1/2 kg.
3) penjual air, korang ingat la dia wat air tu ngan air paip ke air masak atau air bertapis?.. kalau kita tanya tau dah jawapan dia , ehhhh air masak ni kak..... tapi kan sekali tu aku pernah nampak musim panas le katakan, air tu dah tinggal sikit, dia suruh rakan sepeniaga tu amik air kat paip gerai depan, elok aja orang tu sampai terus tuang dlm bekas jual air tu...
Tak yah lah bagi contoh banyak2 ye... takut kut2 ada nanti yang terasa hati ke membacanya, mana la tau dia termasuk dalam kategori peniaga cam tu. gambar2 kat bawah ni sekadar hiasan aja.. tak best lak cerita tanpa gambar kan..... sekadar gambar hiasan, tak ada kaitan dgn yg hidup atau yg mati...

agaknya apa yang difikirkan dengan si penjual kuih ni?...
agak2 dia jual air ni dengan air masak ke air paip aja ye, sian org yg beli ni kan...



3 ulasan:

  1. bukan peniaga kecik jer menipu..pasaraya besar pun menipu gak...tag harga lain bila scan harga lain.bila tanya..jawapan standard " sy cashier jer kak...ini dah masuk abr code..kalau nak komplen gi kat custumer service"

    lagi penipuan yg aku tak suka:
    1. kata jual "Mee Bandung Muar" sekali rasa..pehhh cam mee curah sos tomato jer
    2. kata jual "Nasi Ambeng" tapi bila beli dan makan rasa "kembang" jer tekak ntah apa-apa
    3.kata jual "Soto" tapi kuah dia pakai sup daging atau tulang...tak tau ke kalau nama soto tu mesti pakai ayam..hehehhe ( sebab aku tak makan daging)
    4.kata jual "air kelapa" tapi bila minum..cam air kosong bubuh gula jer.
    5.kata jual "Nasi Kukus ayam kg dara" tapi sebenarnya nasi biasa yang ditanak jer bukan nasi kukus pun..dan ayam pulak bukannya ayam kampung pun...wahhhh tipah tertipu
    6.kata boleh jual poduk kuruskan badan...tapi napa aku tak kurus-kurus...wahhhhhh..hehehehehehhehe

    BalasPadam
  2. mamamiraki= kalau nak disenaraikan memang bnyk lg. bab product kurus tu memang sah2 menipu, makan ubat tu tapi kena kontrol makan, kalau cam tu tak yah mkn product kurus tak pe asalkan leh kontrol makan. tak tau lah hidup penuh penipuan...

    BalasPadam
  3. Dulu aku pernah beli buah anggur kat Padang Besar.Satu baldi cuma Rm5.Aku tenguk cam bnyk sebab sampai terjuntai2 dr baldi.Rupa2nya bila dituang sikit je buah tu.Bawahnya dialas dgn kertas tebal2.tu yg nampak macam penuh satu baldi.

    BalasPadam