Khamis, 10 Mac 2011

MENGIMBAU KENANGAN LALU

Setelah membaca blog mama janet yang menyentuh perasaan semalam aku terpanggil untuk menambah lagi apa2 kenangan yang boleh dikongsi bersama kaum kerabtku. mudah2an ianya tetap tersemat kukuh di hati masing2...biarpun mak n abah dah lama pergi tapi segala tunjuk ajar, pesanan yang baik2 tetap kami sume ingati. alhamdulillah diantara kami adik beradik seramai 9 orang tidak pernah berlaku perbalahan atau pergaduhan yang boleh menyebabkan perpecahan keluarga. hubungan kami adik beradik sentiasa baik. bagitu juga dengan ipar duai, dimanapun kami berjumpa pasti ceria dan gempak dibuatnya. itu lah sikap jenerasi Hj Omar n Hjh Amanah yang kami warisi
biarpun kami sume tak tinggal dikampung dan hanya sesekali balik namun hubungan dengan orang 2 kampung tetap terjalin erat. jika ada apa2 majlis yang kami adakan tetap mendapat kerjasama dari orang2 kampung, kami tak pernah rasa dipulaukan. terima kasih orang2 kampung
pondok pusaka yang sentiasa kelihatan ceria , dulu bila petang2 arwah mak suka duk sini

bukti orang kampung yang masih mengekalkan hubungan silatulrahim dengan kami sume.
apalah agaknya yang difikirkan dik budak ni... mungkin kah dia terkenangkan arwah atoknya atau fikirkan tentang lembu ni

cuba tenung betul2 rasa sayu sangat tengok surau lama kita, rasa2 cam abah ada kat depan surau tu kan. surau ni tinggal kenangan. dah diganti dengan yang baru
kat parit ni dulu kami sekeluarga mandi, cuci kain baju.. dan yang paling seronok kalau tengahari mak n abah tidur kami menyauk [jaworld] ikan n udang, pas tu dimasaknya guna tin susu, yang peliknya lalu lak kami makan udang yang setakad direbus tu... nostalgia betul..
.

indahnya suasana kampungku, kalau masa boleh diputar kembali aku ingin menikmati suasana saperti ini, saperti dalam gambar ini....
sejauh mana kita pergi, asal usul tempat kelahiran kita, tempat kita dibesarkan bersama ayah ibu dan adik beradik tetap menjadi satu memori yang paling indah, walaupun tak dapat dipamerkan namun dihati ianya menjadi yang terindah untuk dikenang...Mak, abah terima kasih atas segalanya, Ya Allah... tempatkan mak n abah bersama2 orang2 yg terpuji disisiMu...semoga mereka tenang dan bahagia sebagaimana mereka membahagiakan kami sume semasa hayatnya... Amin...

2 ulasan:

  1. Yg kat tepi parit bawah pokok pinang PET tu aku kenal sangat.Cakerok tu tempat aku 2ggu bas lian hoe kalau nk blk muo.gee n enab tolong tahankan bas....

    BalasPadam
  2. ko ni kenal aja kalau PET ye w/pun tak nampak muka. pondok tu bukan ko tunggu bas tapi tunggu teksi Likin le...

    BalasPadam