Ahad, 17 April 2011

TUKAR MEKUP DAPUR

Ni aku tengah rajin nak menulis blog, takut kalau tinggal lama2 jadi blog pusaka. lagipun nak test camera hp baru le.... Tapi aku cuma buat cerita dalam rumah aja le sebab tak de projek kat luar.Suri rumah sepenuh masa macam aku ni, yang kerjanya 24 jam duduk kat rumah kena lah sentiasa rajin merubah wajah dalam rumah tu , bukan apa tak la de bosan dengan suasana yang sama aja. Bukan ke orang kata RUMAHKU SYURGAKU.... tak kira lah rumah tu banglo ke, teres ke, rumah kampung ke, rumah setinggan ke, asalkan kita rajin dan pandai mekup kan pasti cantik. Rumah banglo pun kalau tak kena gaya macam tempat kucing beranak ke tikus berkejaran ke, rimas gak kan....[ sebenonya sebab aku tk de banglo..hehehe..]. Apa2 pun ikut lah keselesaan sendiri.... Hari ni aku tukar mekup dapur aku sikit.. ye la hari2 masak kat dapur pandang benda yang sama jemu rasanya, lain le orang yang seminggu sekali baru masuk dapur. Kebetulan hari ni set pinggan yang dah 2,3 bulan kat rumah kawan aku baru di hantar. Apa lagi terus aku punggah dari kotak, basuh2 , aku susun untuk kegunaan harian. Pinggan yang lama simpan le, dah jemu sok tukar balik. ada setengah orang suka beli barang2 tapi perap aja dlm kotak duk bawah katil atau ceruk dapur. Aku ni lain kalau beli apa2 terus nak guna, dah jemu baru simpan. ye la masing2 punya citarasa. Tapi bagi aku le baik gunakan daripada kita pandang aja hari2, nak guna sayang....
Ha tengok aja lah cam ne aku tukar mekup dapur aku hari ni, hubby tak pergi kursus, so aku operasi la... bab ekuarium ni aku tak campur, tu tugas hubby, eh..eh bila lah hubby bela ular ha..
hias lah kat dinding dapur ni ngan bunga sikit nampak serinya
kalau nak tampal sticker kat peti ais tu, patut2 le, jgn sampai org tak perasan tu peti ais
penapis air ni dh jadi satu kemestian setiap rumah, sbb kualiti air yang kurang bersih
susun bekas2 keperluan memasak, senang bila nak guna
kalau ada tupperware tu gunakan buang sume tipuware
nak senang gunakan plus air ni tak yah susah2 nak masak air
jeng..jeng..jeng.. ini lah set pinggan baru aku
close up sikit corak bunga warna purple, pinggan 4 segi
penggantung cwn sementara, nak cari rak yg utk set cawan baru cantik
mug2 sume aku dh simpan, kalau nk minum ais guna glass berkaki ni
ha.. tuan dia dh guna dulu, walaupun cuma air sirap tp nampak cam sedap ajakan

5 ulasan:

  1. wahhhh itu air sirap tu...mau leboh sedap...ko potong limau nipis & sangkutkan kat tepi gelas tu...pas tu gi beli payung comel tu..huh minum depan rumah..best tu....ok nanti kalai aku dtg hidang ngan gelas ni yea...aku tak mau dah ko hidangngan mug PDRM jer...hehehehe

    BalasPadam
  2. mamamiraki, kan aku dah kata semua mug2 dah simpan, kalau ko datang pasti aku hidangkan guna gelas ni,limau banyak belakang rumah, payung kecik2 tu nanti aku cari kat kedai dua ringgit ye....kalau tak de guna payung beso aja le, leh payung ngan orang2nya sekali...

    BalasPadam
  3. air sirap ke air asam boi...kat gelas tu.ni kalau ros maad dtg umah ko mesti dia ckp "wuallah, lawa banget piringe.wedek aku arek mangan engko pecah" hahaha

    BalasPadam
  4. mama janet=aku suka kalau ko dah speaking jaworld, pekat, manis ,lemak berkrim bunyinya, sebiji cam Ros cakap...

    BalasPadam