Khamis, 9 Jun 2011

JALAN2 N RONDA2

Apa nak wat tajuk n3 kali ni ye?.... He..he..he..nanti2 lah pasal tajuk tu, ni nak cerita, semalam hari berjalan2 buat aku, tapi sebenarnya bukan jalan pun naik kereta la.. Kebetulan semalan anak aku Hafeez cuti, apa lagi , aku pun mempergunakan kesempatan itu untuk memdera dia le. Bukan dera apa pun nak ajak dia bawak aku jalan2, bawak mana kau nak pergi....
Dalam pukil 11.30 aku keluar rumah , hantar anak aku dulu Sasha pergi outing ngan kekawan dia kat The Mines. Dari The Mines terus ke Jusco, jalan2 cuci mata, wei... kat jusco ada sales le... sebenarnya teman Apis nak cari barang, sementara dia cari barang dia aku pun ronda2 la, singgah kat kedai bata tengok2 kasut... 4, 5 pasang aku cuba kasut2 kat situ, nak cari yang selesa dipakai, akhirnya jumpa la biar pun mungkin tak cantik tapi yang penting aku rasa selesa. Harganya pun cuma 49.99 aja. Nak masauk kekedai 2 kasut lain yang berjenama takut lak aku, tengok rupa cam selipar jepun pun harganya mak aiiii.....so beli aja la bata....
Keluar dari jusco terus menuju ke Ampang Saujana rumah mamamiraki, nak antar jajan dari Kelantan dan ambik kiriman jajan dari kg ari tu. Tak lama kat rumah mamamiraki sebab dia pun keja cuma anak2 n bibik aja yang ada.
Balik dari rumah mamamiraki menuju lak ke Taman Sri Gombak rumah kekandaku Datin S, nak antar jajan gak le. Kat sana pun tak lama tapi sempat gak makan nasi le. Rumah dia tengah renovate.... Dalam pukul 3.15 ptg balik dari rumah Datin S terus menuju ke KLCC pulak , Apis nak beli barang.. agak3 apa lah barang yang nak dibelinya sampai kat KLCC ni, aku ikut aja memang suka bab jalan2 ni.... Penat le nak cerita panjang2 tengok aja lah apa yang ada kat bawah ni...

Ni le barang yang dibelinya kat KLCC. huh.. kalau beli baju aku boleh
gaya sakan

Benda ni kalau belikan handbag bonia, ke sambonia ke, bosnia ke
boleh melaram masa raya...

Hasil rembatan jajan dari rumah kekanda ku Datin S, coklat yang paling aku suka
kena gi Langkawi baru dapat

Hihihi... ni rupa kasut aku, jadi le kan...

Udang kering jajan dari Yin yang bercuti ke Sabah, brooch dah
simpan tak sempat ambik gambar.... tima kasih ye

Ikan masin talang pangkur jajan dari mama janet yang dah siap
aku potong2...tima kasih ye

dah penat berjalan malas nak masak, balik senggah kedai beli nasi kerabu
aja untuk makan malam..

Ni lak jajan dari mamamiraki, kerepek pisang tanduk, inang2 n emping belinja
tima kasih le semuanya

3 ulasan:

  1. patut tajuk n3 ni " Hari Mengumpul Jajan"..ok tak...hehehe

    BalasPadam
  2. Semua sayang Kak Kay kita nampaknyerrr

    BalasPadam
  3. mamamiraki, tak kira lah apa tajuk pun, ynag penting nya kita saling bertukar jajan kan...
    MS,kita orang ni adik beradik memang semuanya saling menyayangi dan mengingati selalu....

    BalasPadam