Sabtu, 25 Jun 2011

KE PASAR CHOW KIT

Hari ini seawal jam 7 pagi aku dah siap kemas rumah, mop lantai, menyapu, mengelap, sidai kain , lipat kain, semua beres.... Sebabnya semalam dah janji dengan jiran sebelah rumah aku ,Ani nak gi pasar Chow Kit pagi ni jam 7,30. Nasib baik aku siap awal kul 7.20 Ani dah panggil.
Ya la kita nak menumpang orang jangan la orang yang tunggu kita, biar kita yang tunggu dia. on the way ambik kawan Ani , so kita orang pergi bertiga. Disebabkan masih awal pagi dan hari cuti lak jalan clear, Ani leh pecut bawak kereta, pukul 8 dah sampai pasar Chow Kit. Dari Cheras ke Chow Kit cuma ambil masa dalam 30 minit aja.
Tapi kan walaupun sampai kul 8 , nak cari parking yang dekat pun susah gak, penuh, orang lain lagi awal sampai, ada yang dah balik pun. Pusing2, alhamdulillah dapat gak parking yang agak dekat. Kat pasar berpecah le . lain2 barang nak beli kan, janji sapa dulu tunggu kat kereta.
Lama betul aku tak gi pasar Chow Kit, dulu masa duduk Keramat selalu gak aku pergi naik bas. mula2 aku tuju tempat jual lauk dulu la, ikan , ayam, udang, ketam, sotong, macam2 la semua ada, harga lak kira murah berbanding aku selalu beli kat kedai. Baru beli lauk2 ngan sayur2 aja tangan aku dah sakit nak bawak barang2. Rasanya tak sampai suku daripada pasar tu aku gi, tak larat. Aku patah balik sebab nak beli buah2 lak. Aduh cam ne nak bawak ni. Kalau boleh semua buah yang ada aku nak beli, tapi apakan daya aku tak berdaya..... akhirnya yang aku beli buah epal, manggis, mangga, rambutan. Banyak lagi yang aku nak beli tapi tak dapat beli, bukan tak de duit tau , tapi tak larat nak bawak sampai ke kereta... Lain kali aku kena beli troli la senang sikit, boleh borang semua2 yang aku nak.... Heiii..... tamak betul le mak cik ni kan....
Habis lah dalam rm100, tapi 2 orang kawan aku tu cuma habis 30 aja, tak tau le apa dia orang beli. Balik tu aku belanja la dia orang sarapan , adat orang menumpangkan pandai2 le, nanti lain kali orang tak ajak lagi. Ha... tengok aja lah apa yang sempat aku beli...

udang putih @udang kertas ni cuma rm15 sekilo, biasanya mesti rm20 lebih,
aku beli 1/2 kilo aja

Tak banyak aku beli ikan sebab kat rumah ada lagi, aku cuma beli ikan kembung
1kg, ngan ikan tongkol 2 ekor. Ayam tu ambik dada 3 ketul aja

Antara sayur2 yang aku beli, sekarang ni aku kerap beli terong yang kecik2
cam tu , buat pajeri, dia orang kat rumah semua suka pajeri terong. petai agak mahal 4 papan rm4

Rambutan ni 2kg rm5 ringgit, manis giler,walaupun rupanya agak buruk. hehehe...

Ketam bagi aku murah le cuma rm15 sekilo, aku ambik 5 ekor baru rm18
ari tu tengok harga ketam rm22 tak jadi beli

Manggis, buah yang sasha teringin sangat, kat pasar malam ari tu tanya sekilo rm7
tak jadi beli. kat pasar tadi 3kg rm10. makan le puas2 anakku

Sekali pandang buah epal ni macam jambu bol, tak dapat rasa jambu bol makan epal aja la

Buah mangga paling banyak kat pasar, segala jenis mangga ada
mangga yang besar2 ni dengan biji yang leper 2kg rm5 aja.

Haa... ni sapa2 yang mulut laser, mari aku bagi cili percuma, sebab cili murah
kalau mahal sory nak bagi...hehehe....

Kalau dah jaworld benda ni mana leh tinggal, wajib beli
. tempe 3 keping rm2,

7 ulasan:

  1. Nape x bwak troli. klu x kan snang sumbat je dlm, agaknya klu ko g tmpt aku lagi suka, lagi murah dr Chow Kit, sayur2 kpr yg kita x prnah jumpa/mkn pun ada jual....daun tangki, buah putat,cmprai,maman,ubi, pisang, kladi,sukun, daun suh, biji ranti je x de sume murah2 .....kalah Pt. Sulong

    BalasPadam
  2. Tu le tak bawak troly pun habis 100, kalau bawak troli tak tau le. nak beli ubi kayu 3 kg rm5, dah pilih2 , pikir2 tak larat nak bawak, tak jadi beli....

    BalasPadam
  3. cam 3 dara pinggitan ye ko g pasar tani.kwn ko tu tak makan sangat , sebab tu cuma abis rm30 je..

    BalasPadam
  4. Kawan2 Kak Kay tu dapat peruntukan segitu je darpd suami masing2, nak buat macamana? Sekarg ni kena jimat. Tak lama lagi nak puasa. Nak raya.

    BalasPadam
  5. MS, dia orang tu memang banyak duit, tapi dia orang kata kalau beli pun tak de sapa nak makan, anak2 tak makan...[katanya]
    Tak macam kaum kerabat Kak Kay ni yang semuanya juara pasal makan...., tengok aja kalau kat blog tu cerita makan2 aja kan.... cam ne ya nak jadi orang yang tak minat makan...

    BalasPadam
  6. Msom...............walau jimat macamana sekali pun klu saya rm 30 memang x cukup tuk menmpung 4 rakyat tuk bli lauk pauk/sayur tuk smingu!

    BalasPadam
  7. Aku pelik bin takub binti hairan bila dngar slaluorg kata "alah bli itu/ini bukan mkn sgt/slalu trbuang/diorg x suka tp bila sesekali tengok kt jmputan kawen/mne yg ada aktiviti makan makkkkkkkkkk....ai kur smangat...pnuh satu pinggan, licin lak tu, mne dtngnya "SELERA" tu ya! Cakap jer ler syg nk kluar duit kan senang....sorry ye bukan sume camtu

    BalasPadam