Sabtu, 16 Julai 2011

HARI SABTU YANG RAJIN...


Ni nak ceta pasal kerajinan aku la, orang kata masuk bakul angkat sendiri, masuk lift tekan sendiri... tak kesah la pape pun, yang pastinya memang aku rajin hari ni... Hari Sabtu tau.... Selalu pun rajin gak, tapi hari ni lebih sikit tahap kerajinannya.
Biasanya hujung2 minggu ni orang nak relax, santai selepas penat seminggu bekerja. Aku pulak hari sabtu ni nursery tutup, tak kecoh ngan hero dua orang tu, boleh la buat macam2 kalau rajin. Lepas bangun pagi siapkan semua rutin harian, aku teringin nak buat nasi lemak pulak. Bukan susah pun buat nasi lemak, bahan2 semua dah ada. Daun pandan ambik belakang rumah, santan, tuang aja dari kotak, tak payah nak kait2 buah kelapa, nak parut. Telor keluarkan aja dari peti ais bukan susah2 nak ambik dari reban ayam pun. Cili untuk buat sambal memang sedia ada cili mesin . Jadi semuanya tersedia, rasanya tak de sebab untuk berkata malas nak buat....
So.. kira sarapan nasi lemak la pagi ni. Dah kenyang perut duk berkira2 lak nak buat apa lagi ye, 2,3 hari ni kat rumah aku dah tukar perfium, hilang bau haruman potpori english garden, dah tukar haruman durian garden. Kalau bukak peti ais lagi kuat bau durian. Tak boleh simpan lama2, habis satu peti ais bau durian, nak makan dah puas rasanya.
Aku cadang nak buat bubur kacang durian, tapi kacang hijau lak tak de, malas nak pergi kedai. Agaknya memang dah rezeki nak buat, ari ni lori sayur ada bawak lak kacang hijau, kelapa parut, aku tak ambik santan sebab tengok lain macam aja, cam bubuh tepung beras macam yang mamamiraki beli. kalau buat bubur mesti tak sedap, baik aku beli kelapa parut.
Nak buat bubur ni aku rendam dulu kacang dia, bagi lembut sikit tak la lama sangat masa masak nanti, jimat gas la.Sementara tunggu kacang kembang sikit, aku buat lak agar2 santan gula merah, lama dah tak buat. Agar2 minggu lepas lagi aku dah beli, nak buat aja tak jadi2. Akhirnya hari sabtu yang rajin ni semua nya menjadi. Bubur kacang durian yang sangat sedap sebab pekat n durian banyak. Bubur dan agar2 siap...
Ada lagi ni nak buat.... tadi beli pisang abu kat lori tu sesikat, so petang ni nak goreng la buat minum petang. Kalau jenis orang yang tak pemakan ni takut tengok benda2 yang aku masak untuk dimakan ni kan. Tapi bagi aku dan kaum kerabat aku dah jadi perkara biasa menyediakan pelbagai menu cam ni, bukan tak nak cuba kurangkan, tapi susah hati la kalau tengok hubby n anak2 duk saja tak benda nak dimakan. Kalau dia orang tak de lain la , memang malas nak buat pun...





Seperiuk besar bubur kacang yang tengah mendidih. kalau tak habis[ memang tak abis pun]
esok aku buat aiskerim bubur kacang macam mama janet

Agar2 santan gula merah yang dah dah habis suku tapperware,
sasha yang makan tu....

Pisang ni akan ku goreng kejap lagi.... sabo ye pisang

3 ulasan:

  1. dah lama tak buat agar2 santan.kalau santan dicampur n telor yg dh dipukul santan dia nampak tinggi.cantik

    BalasPadam
  2. aku wat agar2 santan memang bubuh telor, kalcau sekali ngan santan, masa nak bubuh dlm agar2 tapis la , memang nampak cantik....

    BalasPadam