Khamis, 27 Oktober 2011

MACAM MACAM ADA....

Bukan astro je macam2 ada, chow kit pun macam2 ada...tak caya nanti layan gambar2 kat bawah ni.
Malam tadi dalam hujan renyai2 aku anak beranak gi makan kat Restoren Yati Ayak Percik kat tasik permaisuri. Kira sedap la masakan kat situ. Lepas makan, drever lajakkan kereta sampai ke chow kit, suka nya aku sebab dah lama tak melawat chow kit. Suka tengok orang jual macam2 benda ada... Aku tuju ke tempat orang jual sayur2 borong la, dah banyak2 tu tak tau lak nak beli apa. Yang pastinya bila nampak durian kita orang singgah dulu beli durian , makan kat situ. ala 3 biji je, sesaja, sebeno nya perut pun kenyang lagi, tapi teringinkan... Tak tau lah durian yang aku makan tu durian musang king ke, raja kunyit ke, udang merah ke, yang pastinya isi sodap giler....
Aku beli gak sayur2 sikit, yang rasa2 susah nak dapat kat kedai tempat aku biasa beli sayur...

Ni dia buah sukun, lama dah teringin, petang esok boleh goreng
wat minum petang


musim ujan ni cantik dan segar cendawan gerigit ni, biasa kalau beli pun dah hampir kering.
tapi yang ni memang nampak segar dan baru. harga dia sekilo rm30. aku beli rm10 je.

daun labu, banyak seikat ni boleh 2x masak. harga dian rm2 je

Wahai mama janet, kebelakangan ni ko asik tunjuk nangka je
buat aku kemelecer. Akhirnya dapat gak aku nangka madu yang manissss.
harga dia 2paket rm9...

petai oh petai... besar2 mata dia, kalau lah ada biji ranti alangkah sedapnya.
2 ikat ni rm8. yang lain tak yag tunjuk la, ceper, tempe,cili..hehehe...

4 ulasan:

  1. Ala ciannya ko nk mkn benda2 camt kena g chow kiu klu kt pasar tmpt aku bersepah org jual, smpai yg pelik2 pun org ada jual....daun tangki, maman,cemperai,pache minjo,turi,kadok,bebuas,jambu gajus,solor,kocai, klueh,buah putat,sampaikan buah pina.ranti je yg x de jualng pun ada org jual......"geragas" betul org pandamaran kan......sume d makan b

    BalasPadam
  2. wah tinggi betul market jamur geriget tu ye.dulu2 jamur tu banyak tumbuh kat pokok getah tumbang kita buat pijiak b***k je..roda berputar cepat ye

    BalasPadam
  3. Kat Solong pun dah susah nak cari jamur tu Mbakyu.
    Pokok getah pun dah mahal macam kayu jati.

    BalasPadam
  4. MS- tu lah kdg2 orang yang duk kampung pun susah nak jumpa, tapi kalau rajin ke chow kit tu, apa yang kita cari insyaallah ada...
    kayu getah pun dah jadi perabut, kalau dulu lepas tebang biarkan reput je, tak pun wat kayu api

    BalasPadam