Isnin, 26 Disember 2011

SERONOKNYA BILA BALIK KAMPUNG

Lama sangat aku tak update blog, dah penuh sawang2, jenuh la aku nak bersihkan. Tapi alhamdulillah akhirnya bersih jugak dan boleh beroperasi semula.
Musim cuti sekolah dah nak berakhir, nampaknya cuti kali ini aku n family tak bercuti kemana2, tak cukup masa, ada je xtvt setiap weekend. So, minggu ni saperti yang dirancang bersama kaum kerabat yang lain kita orang akan bercuti ke kampung halaman., rasa seronok sangat bila dapat balik kekampung ramai2. Biarpun sekadar rumah pusaka tapi kami sume tetap rasa seronok bila balik, apa lagi balik kali ni kami merasmikan dapur baru, bertambah la seronok dan selesa. bila dah balik beramai2 macam2 xtvt ada , dari anak2, ibu bapa masing2 ada xtvt yang dibuat. pendekata tak de la yang sempat duk melangut je...

halaman rumah yang indah dan damai, biarpun rumah tinggal tapi tetap terjaga

xtvt wajib, berkumpul, bersembang , bergosip, dengan gaya dan aksi masing2

xtvt kaum ibu dah semestinya kat dapur, masak..masak..masak...

bahagian anak2 pulak menolong goreng ayam berempah untuk 53 orang makan,
agak2 korang berapa ekor ayam le yang terkorban ye...

xtvt goreng ayam ni diawasi oleh ipar aku si enal, bukan apa takut habis goreng ayam
tinggal minyak kat kuali je..hehehe

sebelah malamnya pulak ada lagi xtvt bakar nmembakar. macam2 le yang dibakar, ayam,
sosej, sotong, udang, kupang...aduhhhh tak habis2 ngan makan

Tukang sebuk, bukan nak tolong bakar tapi nak tumpang bergambar

Seronok budak2 sume dapat balik kampung, jumpa sepupu sepapat, dia orang sume memang rapat wpun jarang jumpa

3 ulasan:

  1. ko dah bersihkan rumah ko dr bersawang ye..aku bio dulu.cuti lama ni

    BalasPadam
  2. bagus Kak kay....aktif balik berblog ye

    BalasPadam
  3. Omahee wis gedi, apik tenan, seminggu sekali balik pun yo ora opo Mbakyu.

    BalasPadam