Jumaat, 6 Januari 2012

YANG NI AKU SUKA [n3 suka2..]

Ari tu baca blog mama janet ceta pasal benda2 yang dia suka dan tak suka buat. n3 kali ni saja aku nak ceta benda2 yang aku suka buat, walaupun kadang2 malas jugak....hehehe
Macam mama janet gak sebagai surirumah sepenuh masa yang tak de bibik nak disuruh2, apa2 pun kena buat sendiri la. Tu aku kata suka ke tak suka kena lah buat2 suka, lama2 kita jadi suka...betul tak?..
Aku ni kira dalam kategori suka berkemas kat rumah [ rumah sendiri le, rumah org maaf le]. Berkemas asal nampak kemas dimata sudah la. Rumah aku pun luas sekangkang kera je, bukan ada perabut2 mewah pun... Tapi tak kesah la dah itu adanya, janji kita rajin kemas nampak le cantik gak...[cantik ke?]. Maksudnya cantik dimata aku la.....kalau tak cantik dimata korang....ade ku kesah....hahaha..

pinggan2 kat rak cukup2 untuk aku sefamily je, tak suka letak banyak2,
kalau ada tetamu datang baru kuarkan dari kabinet. tak le dapur penuh ngan pinggan

meja makan pun cuma 4 kerusi je cukup kami ber4, kalau
korang datang duk le kat lantai je ye....hehehe

Ruang bilik anak dara aku, bilik tu kecik je, so tak leh letak bnyk barang
semak nanti...nasib baik dia rajin gak kemas bilik dia

tak de meja solek sekadar meja cam tu je la, yang
pentingnya nampak kemas...

Ni pun bukan katil cuma sofa bed je, 2 in 1 la, siang jadi kerusi
malam jadi katil, jimat ruang...

Pokok2 dihalaman rumah aku, dah tak berapa nak subur sbb
cuaca panas, jadi la ada gak pohon2 menghijau...

Bila boring duk dalam rumah kat sini la aku bersantai...
sambil tengok orang lalu lalang....

3 ulasan:

  1. ye ko n aku sama, tak suka letak pinggan banyak2 kat dapur dan kasut banyak2 depan pintu.Lagi satu letak pinggan yang dah basuh dlm singki.

    BalasPadam
  2. Kak Kay
    Kata petua, kalau pokok tu nak subur, pagi2 semasa siram pokok tu, ajaklah pokok tu berbual2, tapi jangan kuat2, takut jiran kata kita dah tiga suku.

    BalasPadam
  3. MS= betul jugak kot sebab kalau kak kay siram pokok2 belakang rumah atau nak amik buah atau pucuk wat ulam selalu gak bagi salam, pas tu saja ckp suruh dia hudup subur, berbuah bnyk2....sebab tu agaknya pokok2 yg blkng umah subur. tapi bila siram pokok bunga ni lupa nk sembang2...

    BalasPadam