Jumaat, 6 April 2012

BILA RAJINKU DATANG.....

Lama aku tak n3 blog aku....tak de ceta dan malas la. Ari ni aku rajin so aku wat le ceta , ceta syok sendiri...hehehe..
Kita biasa dengar orang kata penyakit M yang selalu menyerang ..bila M nya tu dah terlampau besar satu benda pun tak menjadi. Tapi kan ari ni aku tetiba diserang penyakit R...[rajin ]. Rajin yang hampir ke tahap maksima. Ye la dah duk rumah sepanjang hari, kerja rumah suma dah beres, masak memasak dah settle, makan je belum ye...
Dalam duk melangut pandang kiri pandang kanan ternampak pulak la barang2 dalam dua buah almari yang dah berhabuk, lama gak aku tak lap mengelap barang2 dalam tu. Daripada duk melangut baik aku lap @ gosok..sampai berkilat, tak la sakit mata memandangkan..
Siap kerjakan barang dalam almari tu dan dah berkilat memancar2 aku kerjakan pulak habuk2 kat barang2 atas almari dlm bilik. Kira terrror lagi la aku boleh panjat2 kerusi lagi, ye la almari tu kan tinggi. Hampir 2jam jugak lah aku mengerjakannya, walaupun penat dan keringetnya GOBYOS, tapi aku puas hati.. pendek kata kalau korang datang kerumah aku hari ni...HABUK PUN TARAKKKK....hahaha


tengok betul2 tak de habuk kan...hehehe

satu persatu aku lap sampai berkilat....sendiri puji daaa...


bukan wat keja tipu2 ye, buktinya cermin tu memang dah berkilat
sebab tu nampak gambar aku dari cermin tu...hehehe

alamak ..gobok aku tumbang la, sapa nak tolong angkat ni, kasi tegak...


set cawan2 ni tak de jual kat kedai tau...kenangan hubby dapat anugerah cemerlang
1999..lama dah kan, dah kira barang antik [mummy gee tak berminat nak beli ke]


fuyoo..punya la berkilat sampai nampak bercahaya..sehingga menciutkan. [tak yah
guna sunlight]

kalau korang de keja kosong..lap mengelap tu boleh berurusan ngan aku,
dijamin keja memuaskan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan