Khamis, 24 Februari 2011

KALAU TAK TIPU TAK KAYA KE?..

lama aku tak update blog aku ni, bukan malas tapi tak de ceta lah.. tak kan asik2 nak wat ceta masak2, makan2, jemu lak orang baca nanti [ ada ke orang baca, selain kaum kerabat ku ]. perasan tul la aku ni... tak pe lah sendiri buat sendiri baca la. ok tak?...
ni aku nak ceta pasal orang berniaga la, tak kira lah peniaga besar ke kecik ke, soalnya kalau tak menipu tak boleh ke. aku rasa lah dalam perniagaaan ni lebih 95% ada unsur penipuan..... yang aku nak ceta ni bukan lah peniaga besar2 yang memang penuh penipuan, ni peniaga kecik2 setakad kat tepi jalan, pasar malam pun nak menipu gak ke.patut la korang tak kaya2 makan duit haram aja...bukan nak menuduh tapi kalau dah nampak sendiri dan terkena sendiri baru lah berani nak cakap, bukan apa sekadar untuk peringatan...
biar le aku senaraikan sedikit [sikit aja tau] penipuan peniaga kecil2an:
1)kat pasar malan peniaga yang setakad bukak meja kecil jual sayur2 kg, spt daun ubi[ bukan pucuk ubi], pucuk paku, serai , kunyit, pun nak menipu. seikat pucuk paku dijual rm1, kita tengok ikatnya agak besar beli satu cukup la kan, bila sampai rumah nak masak ya Allah tergamak sungguh peniaga tu ye, kat ikatan luar aja yg pucuk paku, yg dalam bagi kambing pun belum tentu nak makan. cuba la berniaga dengan jujur biar ikatan tu kecik tapi boleh dimasak sume, kita pun kalau tau sikit kita beli la lebih. yang sedihnya peniaga tu pak cik pakai kupiah, tak kan tak tau halal haram
2) ha ni bab tanda harga, memang tak beretika punya peniaga. pernah ke orang tanya ...berapa harga buah ni 1/2 kilo?... orang tanya mesti brapa harga sekilo. tapi peniaga ni punya bijak[ bijak menipu] dia letak hagra 1/2 kilo, masaalahnya tulisan 1 tu bukan main besar, yang tulis 2 tu kecik aja, dah la kecik ditutup lak ngan buah2 tu, orang nampak harga 1kg aja , bukan 1/2 kg.
3) penjual air, korang ingat la dia wat air tu ngan air paip ke air masak atau air bertapis?.. kalau kita tanya tau dah jawapan dia , ehhhh air masak ni kak..... tapi kan sekali tu aku pernah nampak musim panas le katakan, air tu dah tinggal sikit, dia suruh rakan sepeniaga tu amik air kat paip gerai depan, elok aja orang tu sampai terus tuang dlm bekas jual air tu...
Tak yah lah bagi contoh banyak2 ye... takut kut2 ada nanti yang terasa hati ke membacanya, mana la tau dia termasuk dalam kategori peniaga cam tu. gambar2 kat bawah ni sekadar hiasan aja.. tak best lak cerita tanpa gambar kan..... sekadar gambar hiasan, tak ada kaitan dgn yg hidup atau yg mati...

agaknya apa yang difikirkan dengan si penjual kuih ni?...
agak2 dia jual air ni dengan air masak ke air paip aja ye, sian org yg beli ni kan...



Isnin, 14 Februari 2011

MANDI MANDA DI SG CONGKAK

ni kira n3 dah basi lah, tapi tak pe lah. aku tengah rajin dan banyak masa, so wat aja lah n3 ni. ari tu memang tak sempat dan tak de masa nak buat, lama tersimpan, ha malam ni baru boleh buat. Ala ari tu aku pergi sg congkak dengan adik ipar aku dari Melaka. nak pergi tempat jauh2 banyak lak ongkosnya, pergi tempat dekat2 jadi lah , yang pentingnya seronok dan santai. memang seronok mandi2 kat tempat cam ni daripada mandi laut, apa lagi chalet yang kita orang sewa betul2 tepi sungai, malam2 pun dia orang mandi....
Macam biasa lah kalau pergi berkelah ni yang paling penting bekalan makanan, aku siap2 masak dari rumah, selain makanan2 yang lain untuk isi perut selama 2hari 1 malam. malamnya buat bbq kecil2an , dapur gas pun aku bawak[ bukan le dapur gas besar]. macam main masak2 la, bawak periuk belanga...
Gambar kat bawah ni satu pun tak de gambar aku mandi tau, tak diluluskan penyiarannya.tak memenuhi piawaian jabatan agama islam... hihihi.... Ini lah chalet yang kita orang sewa
BBQ kecil2an aja udang, ayam, sosej
Apis n sepupunya Syira, wei... banyaknya makan

damai aja duk kat beranda ni sambil tengok orang mandi

sasha n hubby beria2 tiup pelampung

ha.. dah jadi dah pelampungnya, sapa nak naik dulu tu

bestnya mandi....nyaman, sejuk, segar....

ramai lagi orang mandi walaupun dah petang

Ahad, 13 Februari 2011

MAJLIS MAKAN2 DI BANGI

sebenarnya aku ni mengantuk sangat, tapi atas permintaan mamamiraki suruh aku upload blog terpaksa lah aku celik2kan mata ni.ari ni aku kerumah mummy Gee ada majlis makan2 sempena kenduri doa selamat [ mummy Gee n hubby dia nk gi umrah ] dan sambutan hari jadi anak2 mummy Gee. aku sampai paling last diantara diantara adik beradik yang lain, tapi tak la lewat , sampai rumah mummy Gee orang tengah baca yasin. aku datang ngan Apis n Sasha, hubby tak pergi.
macam2 menu terhidang kat meja, tapi sayangnya aku tak sempat nak klik2 menu tu, bukan apa takut korang tengok nanti terliur lak, tak baik kan... aku sampai , mama janet lah yang sambut aku, tuan rumah sebuk. dah jumpa mama janet terus klik2 gambar la apa lagi. Pas tu baru aku masuk kerumah, jumpa lah kak Nor, kak Mah, Som n mummy gee, seronok sesekali jumpa adik beradik, kalau tak de hal2 cam ni memang susah nak jumpa melainkan raya itu pun 2 tahun sekali .
Ramai tetamu mummy Gee, penuh la rumah, selain saudara mara, ramai jiran tetangga yang datang dan orang2 surau. sebelah petang dalam kul 3 ptg majlis harijadi anak2 mummy Gee, kanak2 lah yang paling tak sabar2 tunggu potong kek.tengok anak2 gembira kita pun turut seronok.
Kul 4.30 som balik diikuti Mama janet, pas tu kak mah. kaka nor dan anak2 balik dalam kul 5.30, dan saperti biasa tamu yang lewat balik dah tentu aku n mamamiraki....mata dah ngantuk alah layan aja la gambar kat bawah ni, malas nak buat karangan panjang2..

Mummy Gee bersama anak2
orang2 surau bersama2 tetamu sedang membaca yasin n doa selamat
Mama janet ni la yang sambut aku kat sebelah tu Ayien

kak Kay bersama puan Som dari JB
haaa... gambar ni yg membuat mamamiraki suruh aku upload blog cepat

apa lah yang di gosipkan mereka berdua ni
eh.. eh...mengaminkan doa pun boleh senyum
merpati dua sejoli, honey moon kat Bali ke...
makan.. makan... jangan pandang2 nanti tersedak
kanak2 yang jadi model sume nak posing ngan dia....budak comel la katakan...
saat yang dinanti oleh anak2 kek harijadi....
kenapa Dafy nangis tu, kawan2 dah tunggu nak potong kek


amboi aliya ngan amir bukan main lagi

Rabu, 2 Februari 2011

TUKAR SELERA DINNER

n3 kali ni nak cerita pasal makan aja lah, ujan2 ni nak cerita apa lagi.....Petang semalam anak aku si Apis balik keja tanya aku... ma masak tak?.. Aku jawab.. masak, tapi lauk tak sedap... ye ke tak sedap? aku masak apa ye?... aku cuma masak lemak putih petola +tauhu kering+soon, sotong kicap, goreng ikan n sambal belacan. Apis kat makan kat luar lah malam ni....
Aku bab makan kat luar laju aja, walaupun kat rumah ada nasi. Ya lah tengahari aku dah makan lauk tu, malam nak makan lauk yang sama boring lah. kalau lunch masak lain dinner masak lain malas lak... So, aku pun ok aja lah, hubby tak balik lagi, aku pun calling2 hubby bagi tau Apis ajak dinner kat luar. hubby kata ok kejap lagi dia balik. sementara tunggu hubby sampai aku siap2 le, ala bukan nak gi makan jauh pun kat Cheras gak.
Dalam kul 9 mlm kita orang keluar, kedai biasa aja, selalu kalau dinner kat luar mesti menu siam, tapi kali ni tukar lah yang tu pun dah selalu sangat. malam ni menu kat kedai tu cuma nasi lemak ayam goreng panas n Penang char kew tiaw aja, menu lain tak de. mesti sedap ni sebab 2 jenis menu aja. Ramai orang makan kat kedai tu, penuh gak lah...
Aku ngan Sasha makan nasi lemak telor mata+ ayam goreng panas, hubby n Apis char kew tiaw. lama gak tunggu sebab ramai orang, bau ayam gorengnya mengoda. makanan sampai terus ngap, tak cukup lah nak oder lagi malu. Apis kata kebanyakan orang oder nasi lemak tambah, kalau tak sikit. char kew tiaw pun sama ada yang biasa n besar. walau pun nasi cam sikit dah pekena ngan air satu gelas kenyang jugak. nasi lemak dia memang sedap terutama sambal dia, char kew tiaw pun sedap. harga dia sama cam kedai2 lain... lain kali kalau makan kat situ kena oder nasi lemak tambah le.., kalau char kew tiaw yang besar baru kenyang...
sign board kedai tu tumbang le, sebab ujan kut, bukan aku salah amik pic ye..


sasha , tenang menunggu makanan sampai
posing dulu nak pujuk perut yang dah tak sabar nak makan ni
Penang char kew tiaw yang memang sedap, tapi sikit kan
fresh oren sasha punya, water malon aku n apis, carrot susu hubby
nasi lemaknya memang sedap, tapi tu lah sikit
makan paling lamabt habis , sasha le
ha ni kau punya ... jom makan
dasyatnya si Apis sampai bersusun pinggan
ni pinggan aku yang dah licin

Isnin, 31 Januari 2011

HUJAN OH HUJAN

Hujan oh kenapa engkau turun..... macam mana aku tak turun katak panggil aku..... ye ke katak panggil, tak pernah dengar pun suara katak kat tempat aku. Ah... tipu lah, lagu ni dah expired sekarang tak leh nyanyi lagi lagu tu.
Sekarang ni dah musim hujan kan, hari2 hujan dah 4 hari hujan tak berhenti kat tempat aku, walaupun tak lebat tapi berterusan, siang ke malam , malam ke siang. Tapi tu lah bila hujan ada masaalah lain kalau panas pulak masaalah lain. lumrahnya manusia kan ....
Sekarang ni pun ada tempat2 yang dah di landa banjir, kalau yang tak sampai tahap banjir pun persekitaran rumah tak selesa, becak @ ceberik [ jaworld le]. So, petang semalam balik dari PD [ percutian yg kurang seronok sebab hujan aja] hubby terus operasi bersihkan depan rumah, aku operasi dalam rumah, kira clear lah luar dalam...
Tapi yang jadi masaalahnya kain baju yang tak kering2 walaupun dah 1,2 hari jemur. Sampai hari ni aku naik pening kepala tak tau nak jemur kat mana lagi nak bagi kering cepat. Depan n belakang penuh kain baju yang tak kering, ditambah dengan kain baju yang basuh hari ni [ baju kotor dari PD le]. Aduh rimas aku dibuatnya.....Tak cukup jemur depan n belakang rumah, dalam rumah pun aku jemur, pasang kipas kuat2 biar cepat kering.....
nak wat cam ne kan, nak tunggu kering sendiri lambat, kain baju dalam mesin menunggu untuk dijemur, sedangkan sang matahari tak jugak menampakkan wajah.....Apa2 pun kita kena redha dan bersabarkan, hujan ke , panas ke tu semua urusan Tuhan.... ada hikmah disebaliknya.
Hujan2 ni aku tak perlu siram pokok2 depan n belakang rumah, kalau tak 2 kali sehari aku kena siram, ha ini lah salah satu hikmahnya....
Walaupun hujan tapi belum lagi lah tempat aku ni dilanda banjir, sekadar air longkang melimpah tu ada lah. Tapi kan hujan2 ni nak kena ada setok makanan kat rumah sebab perut asyik lapar aja. stok makanan aku tak de lah macam stok mama janet tu, tu macam persiapan menghadapi banjir aja... aku berbelanja stok untuk sebulan aja, habis bulan depan belanja lagi, tak de lah stok untuk 2,3 bulan sekali.....budgetnya pun cukup untuk keperluan sebulan aja...hihihi....


pokok segar subur bila hujan, ini lah hikmahnya
semua ni tak perlu disiram bila hujanxtvt berbasikal anak2 aku pun x berjalan, kena lah kunci aja basikal tu

jemuran dlm rumah, kat buai baby pun boleh gantung baju
ni kat belakang rumah, dah rupa rumah kongsi bangla aja
ni bukan jual baju, jemur depan rumah, kenakan kipas
ni lagi kreatif meja makan pun jd tempat jemur kain, yg kat bakul tu baju2 kecik
tak de ampai payung , bakul pun jadi
pagar dapur pun jadi mangsa tempat jemuran
stok makanan emergency
ha ni bukan nak lawan mama janet, tapi stok wajib
bekalan makanan untuk sebulan, tak cukup beli lagi

Khamis, 20 Januari 2011

BUKAN BERYANI GUM......


Hari ni cuti sambutan thaipusam, tapi hubby kena kerja pulak. Aku pun kena bangun awal lah nak siapkan sarapan. Lepas hubby pergi kerja aku berkemas apa yang patut, ye lah dah itu rutin harian aku hari cuti ke tak cuti sama aja, cuma hari ni relax lah tak jaga budak2.
Aku masak sempoi aja tengahari ni, masak kari nangka, kicap daging, goreng ikan, sambal belacan n ulam2....Siap masak ajak Apis gi beli barang kat K4 nak beli barang sikit. Sampai K4 rasa lapar pulak, sebenarnya dah lama aku teringin nak makan kat LAKSA SHAKE kat K4 tu. Ari tu pergi ngan Apis gak tapi tutup. Ari ni kononnya aku nak makan kat situ lah , tengok menunya macam2 semuanya mengoda, yang aku cam teringin sangat tengok menu nasi beryani ayam penyet. Tapi alangkah hampanya bila tengok restoren tu tutup jugak, agaknya memang dah tutup lah..... Bukan rezeki aku nak makan kat situ kut.....
Perut lapar, kat bawah ada lah kedai mamak, alah jemu lah asik mamak aja.... Tengah aku melilau mata duk pikir nak makan kat mana terpandang pulak restoren FUZA"S BERYANI. tengok2 gambar menu kat luar resroren tu cam sedap gak. Last2 masuk aja lah cuba makan kat sini, rasanya restoren ni baru bukak, orang pun tak ramai sangat lengang aja...
Tempatnya selesa, bersih, ya lah restore baru kan.... Aku oder nasi beryani ayam kampung n ais lemon tea, apis beryani kambing n nescafe ais. Rasanya ok lah nak kata sedap sangat pun tak, kalau ada beryani gum md shah [ Bt Pahat] kat K4 , sepuluh kali aku pilih beryani gum batu pahat, sedap..... bila lah aku nak dapat makan beryani gum batu pahat lagi ye.......
Sementara nak tunggu dapat makan nasi beryani gum batu pahat dapat makan Fuza"s Beryani pun jadi lah.....


First time makan kat restoran ni

ni lah yang aku makan set beryani ayam kampung, ais lemon tea
closeup sikit nasinya panjang2, sekali pandang cam saiz ulat sampah
habis licin aku makan, yang berlonggok tu tulang n kulit ayam
Apis makan beryani kambing n nescafe ais pun habis licin