Khamis, 12 Ogos 2010

JUS SEGAR ROSELLE DARI LADANG

Ha ni nak n3 pasal 'mini kebun' belakang rumah. macam2 ada maklum lah hubby suka berkebun macam2 dia tanam, pokok ulam2 spt tenggek burung, ulam raja, kesum, kari. pokok2 herba pun ada termasuk misai kucing, serai kayu, poko ubat darah tinggi , kencung manis sume ada la.... tapi yang aku nak ceta ni pasal pokok roselle yang lebat buahnya, petang semalam hubby petik buah2 roselle tu, banyak gak lah dapat dalam 2 kg walaupun cuma 3 pokok aja, pagi ni tugas aku la nak buat jus. mula2 kena buang bijinya dulu, basuh bersih2 lepas tu rebus sampai lembik buahnya, airnya jadi merah menyala. masa rebus aku tak bubuh gula, jadi bila nak minum nanti bancuh la air gula ikut cita rasa manisnya. jus aku buat ni dijamin bersih tanpa bahan pengawet. sapa teringin nak rasa sila lah datang rumah.

3 ulasan:

  1. Belajar2lah masukkan gambar. Best sikit blog tuuu.

    BalasPadam
  2. ntah..kalau tak de gambar dah macam baca surat khabar jer...hehehhee

    BalasPadam