Khamis, 20 Januari 2011

SUSAHNYA BERJIRAN DENGAN..........

N3 kali ni nak cerita pasal sikap hidup berjiran dan amalan kebersihan. Bila kita duduk berjiran ni berkongsi dinding rumah, kongsi pagar, jangan lah kita hidup buat cara kita aja, kena jugak fikirkan selesa ke jiran kita dengan cara kita ni. suka atau tidak kita kena fikirkan itu semua.
Apa yang aku nak cerita ni pasal jiran aku lah, aku ni bukan lah pembersih sangat pun tapi tak de lah selekeh dan pengotor. kesahnya dah 2, 3 hari aku bau taik kucing sampai masuk dalam rumah sungguh tak selesa. Aku cari, tinjau depan rumah kut2 ada kucing yang tumpang melepas kat depan rumah aku sebab baunya rasa dekat sangat, tapi tak jumpa pun. Aku syak mesti kucing melepas bawah kreta hubby ni, rasanya cam kat situ aja, aku tinjau2 tak nampak.
Kebetulan hari ni hubby kena kerja , aku suruh hubby bawak kereta sebab aku nak operasi bawah kereta. Tak tahan dah baunya, malu kalau orang datang.... Kereta dah tak de aku tak nampak pun taik kucingnya , baunya tetap ada. aku sapu keliling sambil tinjau2 gak tak puas hati tak jumpa.....Bila aku dekat dengan pagar yang memisahkan rumah aku ngan jiran baru aku nampak ....rupanya betul2 kat tepi pagar, tapi dalam kawasan rumah jiran, kalau kawasan rumah aku senang aku operasi. patut lah 2,3 hari dah baunya dah nak kering pun.... Yang aku pelik bin heran macamana jiran aku boleh tak bau, tak kan satu keluarga sumbat hidung. ok lah aku boleh terima kalau semuanya tengah sumbat hidung, tapi masaalahnya taik tu dekat dengan kereta sedangkan kereta tu digunakan takkan tak nampak.
Ok lah jugak mungkin memang dia orang tak nampak, tapi baru kejap tadi aku nampak jiran aku jemur kain kat pagar betul2 atas taik kucing tu, takkan tak bau dan tak nampak jugak kut, siap lalat hurung lagi.... aduhhhh..... masakan aku lak nak tolong basuh.... Kalau korang dapat jiran yang cam ni nak buat cam mana ye...... jangan kata... buat bodoh aja lah......[ sorry lah aku tak sampai hati nak letak gambar taik kucing tu walaupun aku dah amik gambarnya ]

2 ulasan:

  1. jiran belah kanan ke kiri tu...hehehehehe...

    BalasPadam
  2. takkan ko tak tau, belah mana kut.....

    BalasPadam