Sabtu, 8 Januari 2011

TAKDIR ATAU KEBETULAN ?...

pokok apa lak ni, ni lah batang bunga serai yg panjangnya lebih 2 meter
dihujung tu lah bunga dia...



pokok kantan w/pun dlm pasu tetap berbunga, dah 3 kuntun aku ambik utk masak asam
yang ni pokok misai kucing+ hempedu bumi, seakan2 pokok kesum jgn salah ambik

Ha..ha..ha.. korang mesti tak sabar nak baca n3 aku kali ni ye... Baca tajuk aja dah teruja nak tau isi kandungan n3 aku. Gelak dulu lah ye ha..ha..ha.., sebenarnya saja aja buat tajuk yang cam ni biar korang berminat nak baca n3 basi ni. Ala daripada blog aku bersawang baik le aku tulis apa2 yang patut.
Rasanya dah lama aku tak cerita pasal mini kebun aku tu lah, apa tanaman yang ada sekarang, epal ke, anggur ke, pokok kiwi ke [ bagi mamamiraki teruja sikit ]. spesis pokok2 tu sume tak de kalau pokok ciku, ada dah berbuah tapi sebiji aja itu pun kalau tak gugur... sebenarnya tak de apa pun tanaman baru yang lama2 aja. Yang baru2 hubby tanam dalam pasu cam pokok kesum, pokok misai kucing, hempedu bumi, pokok sabung nyawa, pokok bunga kantan pun hubby tanam dalam pasu, maklum lah pasu banyak...Lagi satu pokok serai kayu ada orang panggil pokok daun salam. pendek kata banyak jugak lah jenis2 pokok herba dan ulam2 yang hubby tanam...ha tengok gambar pokok2 kat bawah ni... Suspen aja,, apa ni karangan lari dari tajuk.... tunggu.....

ni pokok sabung nyawa utk ulam, bukan sabung ayam ye, daunnya lembut sedap....


ni korang mesti tau pokok kesum

Jeng... jeng....jeng.... ikuti kisah seterusnya... ha... yang ni baru ada kaitan dengan tajuk n3 aku. Ingat tak rasanya setahun yang lepas korang dah tau kesah serai berbunga belakang rumah aku. bila hubby cerita kat kekawan dia, ada lah kekawan dia yang tau pasal bomoh serai, so kawan dia pun panggil bomoh serai tu pi cabut rumpun serai tu yang menurut cerita[ dongeng ke apa tak tau le] kalau serai berbunga akan ada batu2 serai kat situ. Tak tau lah bomoh tipu ke betul tapi bila dicabut memang ada batu berwarna warni cam batu cincin yang aku tengok sendiri. Tapi masa bomoh tu jampi serapah kita tak nampak , tah2 dia ke yang tabur batu2 tu, tak pun dia berhubung ngan makhluk halus ke apa...mana kita tau dah namanya pun bomoh.... Wallahulam...
Alkesahnya sekarang ni rumpun serai belakang rumah ku berbunga lagi.... Nak nyanyi lah... Andai kata ... serai berbunga.... bla..bla.... Tapi itu lah kebetulannya rumpun serai tu dulu hubby tanam dari pokok serai yang dulu lah ada lah 2,3 batang hubby tanam balik kat tempat yang sama, sekarang dah berbunga, lagi serumpun serai tu tak lak mau berbunga. Dulu ada gak orang tu suruh tanam balik serai kat situ, hubby pun saja lah tanam, tak sangka lak berbunga lagi. Tapi kali ni tak de lah nak cabut2 cari batu2 cincin, batu2 yang dulu pun terperap aja tak jadi cincin sebab emas mahal....Ada korang berminat boleh aku jual rumpun serai tu.. mana tau ada jongkong emas ke, bijih timah ke.... hihihi....... kayo den....tak pun batu berlian ke batu delima.... Yang pastinya aku rasa batu kerikil..

ini lah rupa rumpun serai yang berbunga tu, yang panjang tinggi kelangit tu lah..

7 ulasan:

  1. cuba cabut...mana tau kota bawah pokok serai tu ada minyak masak pulak ker...heheheh kan sekarang minyak masak tak de dipasaran...kot dia menyorok bawah rumpun serai tu pulak..hehehehhe..

    p/s.kalau ada orang nak cabut rumpun serai tu calling2 aku yea...nak tengok gak ler..betul ker cerita2 dongeng selama ni....

    BalasPadam
  2. Nanti Mummy panggil uncleseekers cabut bunga serai tu yer... hehe

    BalasPadam
  3. mamamiraki= bawah pokok serai ada minyak serai ajalah..
    mummy Gee= aku tak nak le ada kaitan ngan uncleseekers takut di mandrem nya aku tetiba jatuh cinta kat dia.... kah kah kah...

    BalasPadam
  4. senang mcm2 ada.. tinggal petik jek..

    BalasPadam
  5. kak kay orang zaman dulu cakap kalau pokok serai ni berbunga ada batu permata ... cuba cari kat celah-celah rimbunan serai tu mana tau kot betul .. hehehehehe

    BalasPadam
  6. masaalahnya Ana kalau kita yang cabut jumpa batu kerikil aja tak pun cacing, kalau panggil bomoh serai baru jumpa batu2 tu..... tak tau le bomoh tipu ke betul....

    BalasPadam
  7. pokok kantan boleh berbunga ya kalau tanam dalam pasu.apa petuanya kak? rajin siram atau baja atau tabur pasir? saya baru hari ni nak tanam pokok kantan dalam pasu pemberian mak saya.tanah halaman rumah tak berapa luas

    BalasPadam