Isnin, 27 Jun 2011

APA HOBI ANDA

N3 kali ni nak cerita pasal hobi. Rasanya setiap orang mempunyai hobi yang berbeza2. Apa hobi korang haa.... Kalau tanya aku , apa hobi aku, aku sendiri tak tau nak jawab, sebabnya tak de hobi yang khusus, kalau ada pun hobi gitu2 aja. Klau yang dikatakan hobi tu contohnya macam mummy Gee mengumpul pinggan mangkuk antik, kalau mamamiraki hobinya soping rasanya...atau masak2.. Tak kira la apa pun hobi korang yang penting korang suka..
Aku ni nak cerita pasal hobi hubby sekarang, Dia buat koleksi segala jenis parang, pisau, golok dan apa2 lah yang sewaktu dengannya. Mula2 tu aku heran gak mana dapat benda2 tu semua. Kebanyakannya hubby beli ada gak yang orang bagi. Lagi satu hubby pandai buat parang, segala alat kelengkapan buat parang ada, mesin pemotong besi, mesin pengilat parang, batu asah yang berbagai2 semua ada lah.
Biasanya parang yang hubby beli tu tak de bentuk, sekadar besi panjang gitu aja la, tak cantik.Sampai rumah tugas hubby membentuk parang tu le, ikut bentuk yang dia suka, lukis kat besi tu dulu baru potong. Masa tu aku rasa belakang rumah aku dah jadi macam kilang besi, dengan bunyi mesin yang bising.
Bila hubby dah ada semua peralatan tu, ramai gak le kekawan yang mintak tolong kilatkan parang ke pisau yang dah berkarat. Balik kerja kat belakang rumah le tempat hubby mengerjakan benda2 tu semua. Dah minat dia cam tu biar aja la kan daripada balik kerja keluar tah kemana2, lebih baik ada depan mata....kadang2 suka gak aku tengok dia buat benda2 tu...

Pisau2 kegunaan aku kat dapur dari jenis besi yang berkualiti, pisau2 pasar malam tak
pakai dah. tajam nya ya ampun, kena berhati2 menggunakanya

Ni la dia mesin pengilat parang, kalu parang ke apa yang dah berkarat2, tu rasa nak buang
antar sini boleh tolong kilatkan, dijamin macam baru

Hubby tengah tekun buat kerja dia, mengilatkan parang yang asalnya berkarat2

Testing...... haaa ok la tu bersinar2 dah kalah pedang samurai

Antara parang2 yang siap dikilatkan dan diasah. ni prose keringkan bawah kipas aja.

Ni jugak pisau kegunaan kat dapur, yg besar tu wat potong tulang2 le, kalau guna pisau biasa jahanam mata pisau. yang kecik tu hubby buat dari lebihan besi parang.
walaupun kecik tajam woii...

Antara koleksi pisau2 tak berani bukak dari sarung.....

Berbagai jenis batu asah yang digunakan...

Dalam beg ni bukan isi senapang patah tau, tapi dalam tu penuh ngan parang.
kalau gegeran boleh le pinjam parang kat rumah aku. hehehe....

3 ulasan:

  1. wah ko dah sediakan parang sebelum perang ye...jgn perompak bs blok ko sudah.nnti dia dtg tak bwk senjata sebab dia tau kat rmh ko berbagai2 senjata adda

    BalasPadam
  2. Kak Kay..cakap ngan abg wan..buatkan aku piasu 3 bilah. piasu aku semuanya tumpul ler...setakat buat potong tahu n tempe oklah...buat yea...naktu weekend aku dtg ambik...tak pun aku ambik yg dah siap jer...

    BalasPadam
  3. Mama Miraki - tempah guna air liur tak akan dilayan... 50% deposit diperlukan

    BalasPadam