Jumaat, 8 Julai 2011

UDANG KARI MASALA

Atas permintaan sesaorang aku terpaksa lah wat n3 ni. Dia orang terluir tengok lauk dalam pinggan tu, so mintak le resepi nak cuba masak lauk tu. Setakad mintak resepi tak de
masaalah, kalau mintak aku masakan tu masaalah le sikit.
Ye puan2 saya tuliskan resepinya kat bawah ni

Bahan2
1/2 kilo udang yang beso2 [udang kertas sedap]
3sudu makan bwg merah+ bwg putih yg tlah dimesin
4sudu makan cili kering kisar
3sudu makan rempah kari [tk yah bancuh]
2biji limau kasturi[ambil airnya] klu tk de asam jawa pun boleh
2 tangkai daun kari [ diramas2]
1 biji bawang besar di hiris
2 sudu makan kerisik
1/2 cwn santan pekat, sedikit air
garam, gula, aji [ikut citarasa sendiri]
minyak untuk menumis

Cara
1) panaskan minyak, masukan daun kari
2) masukan bawang n cili yang telah dimesin, tumis sampai nampak kering sikit
3)masukan rempah kari [jng bancuh], kacau sampai naik bau
4) masukan santan pekat, pelankan api, masak sampai naik minyak, campurkan sedikit air.
bila dah naik minyak dan bau harum , masukan kerisik, kacau sebati
5) perahkan limau kasturi
6)masukan garam, gula n aji, biar cukup rasa, kalau rasa dh ok, masukan udang
7) tutup periuk ,biar kuah tu sebati ngan udang. masukan hirisan bawang. masakan ni kering ye
bukan berkuah cam masak kari biasa..

SELAMAT MENCUBA....


2 ulasan:

  1. tadi surf resepi masala ni kebanyakkanya resepi letak jintan putih, jintan manis dan ketumbar sikit...

    BalasPadam
  2. Ala kan ikut citarasa masing2, kalau suka boleh letak, setengah orang tak suka rempah ratus tu, aku mmg tak de benda2 tu...hehehe....

    BalasPadam