Sabtu, 6 Ogos 2011

SOLAT TERAWIH

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 7 kita semua umat islam berpuasa. Syukur kepada semua yang menjalani ibadah puasa, kalau ada yang belum lagi berpuasa walaupun telah diwajibkan keatas kamu berpuasa, masih ada kesempatan untuk berpuasa, mudah2an Allah membukakan pintu hati mereka untuk merasa nikmatnya berpuasa.
Mungkin bagi orang yang tidak pernah berpuasa ,mereka memang tak tahu nikmatnya berpuasa, Bagi mereka puasa ni cuma menyiksa mereka, dah la tak boleh makan minum, apa ke benda nikmatnya....
Bagi golongan mereka yang berfikiran bagini, sama2 lah kita berdoa agar Allah membukakan pintu taubat, kasihan mereka.....
Alamak sory la bulan ramadhan ni dah jadi ustazah lak nak bagi ceramah.....Siapa lah aku, hanya hamba Allah yang hina, yang imannya masih senipis kulit bawang. Tapi tak salah kita saling ingat mengingati, tegur menegur...
Ramadhan tahun ini aku bersyukur kerana masih diberikan tubuh badan yang sihat, kudrat dan kekuatan untuk sama2 kemasjid menunaikan solat terawih. Biarpun hanya solat sunat bukan fardu, namun alhamdulillah masjid sentiasa penuh dengan para muslimin dan muslimah. Sebenarnya solat terawih ni bukan semestinya buat kat masjid atau surau, tapi boleh dilakukan dirumah. Nabi Muhamad SAW dulu pun melakukan solat terawih dirumah. Solat terawih dimasjid2 ni dilakukan dizaman Abu Bakar Al-siddiq. Jadi dimana2 pun boleh kita solat terawih, bezanya kalau dimasjid tu kita berjemaah dan terasa suasana ramadhan....
Bagi masjid2 ditempat aku ni selepas solat terawih ada tazkirah, dia orang jemput le ustaz2 atau penceramah untuk bagi tazkirah, tak lama dalam 40 minit, orang kata sebagai halua telinga disamping menambahkan ilmu pengetahuan. Bagi mereka yang mungkin ada urusan lain habis terawih terus balik, yang ada kelapangan tu duduk le dengar ceramah. Kadang2 kesian gak aku tengok, bila lama duduk mula lah kejap2 tukar cara duduk 'semuten' le. ada gak yang berlunjur, maklum le kebanyakan dah baya2 aku kan.. kalau dapat duk belakang sekali ok la dapat sandar kat dinding, setakad ni aku belum dapat lagi sandar kat dinding sambil berlunjur kaki... cam kat rumah aja....hehehe....
Apa2 pun aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa, selamat bersolat terawih [ solat yang fardu jgn tinggal lak]. mudah2an Tuhan sentiasa memberkati hidup kita dan kita sentiasa mendapat yang terbaika dariNya.....Amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan