Sabtu, 17 September 2011

RAYA SANA SINI

Walaupun raya dah lebih setengah bulan, tapi di KL ni sambutannya semakin rancak dan meriah, sana sini orang buat open house, sampaikan ada sesetengah orang tu sampai gantung periuk setiap weekend. Ye la buat apa nak masak kalau sehari ada yang sampai 2,3 buah rumah jemputan open house, angkut aja le anak beranak gi makan... rezeki jangan ditolak..hehehe..
Masaalahnya ni bila weekend je jalan sesak@jem gilerssss...cuaca lak kebelakangan ni hujan je, menambahkan keJEMan dijalan raya. Pendekata kalau tak de hal tak payah le keluar rumah,buat penat dan stress je kat jalan. tapi kan kalau ada jemputan open house tu redah je lah segala kesesakan kat jalan , yang pentingnya seronok nak beraya...
Aku ni tak de banyak jemputan open house macan orang lain, tapi orang datang beraya kerumah tu alhamdulillah ramai jugak... seronok orang datang kerumah walaupun penat.
Malam tadi kawan2 anak aku Hafeez datang beraya kerumah. Yang ni group beraya malam2 ,pukul 10 mlm baru dia orang datang. Tapi aku dah siap masak2 lebih awal, ala jamuan lebih kurang je...Nasi dagang, nasi impit, gulai ikan, kari ayam, sambal kacang, ketupat palas n kuih2 aja disamping biskut2 raya..


Kawan2 Apis yang datang beraya malam tadi ,ada la dalam 12 orang,
kat gambar tu tak cukup ada yang dh balik..

Tak muat duk kat dalam ada yang duduk kat luar, lagi santai kan..

Yang datang ni semua kawan2 dia masa kat UM, walaupun masing2 dah
kerja tapi dia orang masih selalu jumpa dan selalu gak dia orang dtg rumah


Gambar tuan punya blog mesti le ada, penyeri blog kan. Yang aku dukung ni anak
kawan Apis, maknya tengah makan aku tolong dukung le...

Makan ye jangan malu2, tambah bagi habis senagn makcik nak basuh
pinggan mangkuk tu....




Petang sabtu tu aku ke open house rumah kakak aku kat gombak, Datin S. Kalau open house rumah dia memang orang tunggu2, tak boleh kalau tak buat. open house class punya.Pendekata bermacam2 menu ada terhidang , sampai tak tau nak makan mana satu.. Kalau tak silap aku menu dia, nasi beryani set, nasi impit n eksesorinya, mehun sup, laksa, sate, kuih saperti karipap, kuih lapis, bingka yang sangat sedap, kek [ bukan kek kedai nyonya punya....kek secret resepi] ,macam2 lagi la....Tetamu punya ramai macam jemputan kawin gamaknya. Petang dalam pukul 6 tu buat BBQ pulak.... ish..ish...ish...Kalau yang muka tak malu le boleh duduk dari makan tengahari, minum petang sambung makan malam...makanan memang banyak...
Ada gak yang sampai tak balik, tidur situ nak sambung sarapan esok pagi. sapa orang tu ye...hehehe...

Masa aku sampai dalam pukul5 ptg, orang dah berkurangan.Tengok siap kemah tenda biru
lagi, class gitu..

Muka yang wajib ada untuk menghiasi setiap blog ..kan aku dah
kata tak berseri kalau tak ada wajah ni...hahaha...

Wajahmu dimana mana.... Ini lah wajah2 yang sentiasa ada disetiap
majlis anjuran zon tengah. Kalau jumpa setiap minggu pun tak pe..
Mamamiraki dah round keberapa tu....


Ha ni cucu omma yang bam..bam...Si Ayna



Hari jumaat lepas aku ke open house rumah mama Aqil [ budak yang aku jaga] . Aku keluar rumah pukul 3.30 ptg, ingatkan dah lambat le, rupanya aku orang yang awal sampai. Dia buat majlis memang sebelah petang ,lepas orang solat jumaat. Mama Aqil jamu laksa, nasi impit, rendang, sambal kacang, lodeh, kuih2....

Diantara tetamu yang datang kerumah Mama Aqil.

Ni la wajah mama Aqil, nama dia Junaidah.....


Anissa, jiran Ju yang banyak tolong masak2. Dia ni peramah jugak
aku kenal dia sebab Ju pernah bawak datang rumah aku...

Laksa , sedap jugak Ju buat laksa, kebetulan lama aku tak makan laksa

Anak sulung Ju , Aqilla bersama Sasha

3 ulasan:

  1. makan2 jangan tak makan.undangan orang jangan dihampakan

    BalasPadam
  2. Seronoknya KL... kita kat sini (now kt kg lg), kemeriahan raya tu dah takde dah Kak Kay..

    BalasPadam
  3. Bila nak ajak ktorg beraya umah cik lah ni? malam pun xpe ktorg on jek..

    BalasPadam