Isnin, 31 Januari 2011

HUJAN OH HUJAN

Hujan oh kenapa engkau turun..... macam mana aku tak turun katak panggil aku..... ye ke katak panggil, tak pernah dengar pun suara katak kat tempat aku. Ah... tipu lah, lagu ni dah expired sekarang tak leh nyanyi lagi lagu tu.
Sekarang ni dah musim hujan kan, hari2 hujan dah 4 hari hujan tak berhenti kat tempat aku, walaupun tak lebat tapi berterusan, siang ke malam , malam ke siang. Tapi tu lah bila hujan ada masaalah lain kalau panas pulak masaalah lain. lumrahnya manusia kan ....
Sekarang ni pun ada tempat2 yang dah di landa banjir, kalau yang tak sampai tahap banjir pun persekitaran rumah tak selesa, becak @ ceberik [ jaworld le]. So, petang semalam balik dari PD [ percutian yg kurang seronok sebab hujan aja] hubby terus operasi bersihkan depan rumah, aku operasi dalam rumah, kira clear lah luar dalam...
Tapi yang jadi masaalahnya kain baju yang tak kering2 walaupun dah 1,2 hari jemur. Sampai hari ni aku naik pening kepala tak tau nak jemur kat mana lagi nak bagi kering cepat. Depan n belakang penuh kain baju yang tak kering, ditambah dengan kain baju yang basuh hari ni [ baju kotor dari PD le]. Aduh rimas aku dibuatnya.....Tak cukup jemur depan n belakang rumah, dalam rumah pun aku jemur, pasang kipas kuat2 biar cepat kering.....
nak wat cam ne kan, nak tunggu kering sendiri lambat, kain baju dalam mesin menunggu untuk dijemur, sedangkan sang matahari tak jugak menampakkan wajah.....Apa2 pun kita kena redha dan bersabarkan, hujan ke , panas ke tu semua urusan Tuhan.... ada hikmah disebaliknya.
Hujan2 ni aku tak perlu siram pokok2 depan n belakang rumah, kalau tak 2 kali sehari aku kena siram, ha ini lah salah satu hikmahnya....
Walaupun hujan tapi belum lagi lah tempat aku ni dilanda banjir, sekadar air longkang melimpah tu ada lah. Tapi kan hujan2 ni nak kena ada setok makanan kat rumah sebab perut asyik lapar aja. stok makanan aku tak de lah macam stok mama janet tu, tu macam persiapan menghadapi banjir aja... aku berbelanja stok untuk sebulan aja, habis bulan depan belanja lagi, tak de lah stok untuk 2,3 bulan sekali.....budgetnya pun cukup untuk keperluan sebulan aja...hihihi....


pokok segar subur bila hujan, ini lah hikmahnya
semua ni tak perlu disiram bila hujanxtvt berbasikal anak2 aku pun x berjalan, kena lah kunci aja basikal tu

jemuran dlm rumah, kat buai baby pun boleh gantung baju
ni kat belakang rumah, dah rupa rumah kongsi bangla aja
ni bukan jual baju, jemur depan rumah, kenakan kipas
ni lagi kreatif meja makan pun jd tempat jemur kain, yg kat bakul tu baju2 kecik
tak de ampai payung , bakul pun jadi
pagar dapur pun jadi mangsa tempat jemuran
stok makanan emergency
ha ni bukan nak lawan mama janet, tapi stok wajib
bekalan makanan untuk sebulan, tak cukup beli lagi

Khamis, 20 Januari 2011

BUKAN BERYANI GUM......


Hari ni cuti sambutan thaipusam, tapi hubby kena kerja pulak. Aku pun kena bangun awal lah nak siapkan sarapan. Lepas hubby pergi kerja aku berkemas apa yang patut, ye lah dah itu rutin harian aku hari cuti ke tak cuti sama aja, cuma hari ni relax lah tak jaga budak2.
Aku masak sempoi aja tengahari ni, masak kari nangka, kicap daging, goreng ikan, sambal belacan n ulam2....Siap masak ajak Apis gi beli barang kat K4 nak beli barang sikit. Sampai K4 rasa lapar pulak, sebenarnya dah lama aku teringin nak makan kat LAKSA SHAKE kat K4 tu. Ari tu pergi ngan Apis gak tapi tutup. Ari ni kononnya aku nak makan kat situ lah , tengok menunya macam2 semuanya mengoda, yang aku cam teringin sangat tengok menu nasi beryani ayam penyet. Tapi alangkah hampanya bila tengok restoren tu tutup jugak, agaknya memang dah tutup lah..... Bukan rezeki aku nak makan kat situ kut.....
Perut lapar, kat bawah ada lah kedai mamak, alah jemu lah asik mamak aja.... Tengah aku melilau mata duk pikir nak makan kat mana terpandang pulak restoren FUZA"S BERYANI. tengok2 gambar menu kat luar resroren tu cam sedap gak. Last2 masuk aja lah cuba makan kat sini, rasanya restoren ni baru bukak, orang pun tak ramai sangat lengang aja...
Tempatnya selesa, bersih, ya lah restore baru kan.... Aku oder nasi beryani ayam kampung n ais lemon tea, apis beryani kambing n nescafe ais. Rasanya ok lah nak kata sedap sangat pun tak, kalau ada beryani gum md shah [ Bt Pahat] kat K4 , sepuluh kali aku pilih beryani gum batu pahat, sedap..... bila lah aku nak dapat makan beryani gum batu pahat lagi ye.......
Sementara nak tunggu dapat makan nasi beryani gum batu pahat dapat makan Fuza"s Beryani pun jadi lah.....


First time makan kat restoran ni

ni lah yang aku makan set beryani ayam kampung, ais lemon tea
closeup sikit nasinya panjang2, sekali pandang cam saiz ulat sampah
habis licin aku makan, yang berlonggok tu tulang n kulit ayam
Apis makan beryani kambing n nescafe ais pun habis licin

SUSAHNYA BERJIRAN DENGAN..........

N3 kali ni nak cerita pasal sikap hidup berjiran dan amalan kebersihan. Bila kita duduk berjiran ni berkongsi dinding rumah, kongsi pagar, jangan lah kita hidup buat cara kita aja, kena jugak fikirkan selesa ke jiran kita dengan cara kita ni. suka atau tidak kita kena fikirkan itu semua.
Apa yang aku nak cerita ni pasal jiran aku lah, aku ni bukan lah pembersih sangat pun tapi tak de lah selekeh dan pengotor. kesahnya dah 2, 3 hari aku bau taik kucing sampai masuk dalam rumah sungguh tak selesa. Aku cari, tinjau depan rumah kut2 ada kucing yang tumpang melepas kat depan rumah aku sebab baunya rasa dekat sangat, tapi tak jumpa pun. Aku syak mesti kucing melepas bawah kreta hubby ni, rasanya cam kat situ aja, aku tinjau2 tak nampak.
Kebetulan hari ni hubby kena kerja , aku suruh hubby bawak kereta sebab aku nak operasi bawah kereta. Tak tahan dah baunya, malu kalau orang datang.... Kereta dah tak de aku tak nampak pun taik kucingnya , baunya tetap ada. aku sapu keliling sambil tinjau2 gak tak puas hati tak jumpa.....Bila aku dekat dengan pagar yang memisahkan rumah aku ngan jiran baru aku nampak ....rupanya betul2 kat tepi pagar, tapi dalam kawasan rumah jiran, kalau kawasan rumah aku senang aku operasi. patut lah 2,3 hari dah baunya dah nak kering pun.... Yang aku pelik bin heran macamana jiran aku boleh tak bau, tak kan satu keluarga sumbat hidung. ok lah aku boleh terima kalau semuanya tengah sumbat hidung, tapi masaalahnya taik tu dekat dengan kereta sedangkan kereta tu digunakan takkan tak nampak.
Ok lah jugak mungkin memang dia orang tak nampak, tapi baru kejap tadi aku nampak jiran aku jemur kain kat pagar betul2 atas taik kucing tu, takkan tak bau dan tak nampak jugak kut, siap lalat hurung lagi.... aduhhhh..... masakan aku lak nak tolong basuh.... Kalau korang dapat jiran yang cam ni nak buat cam mana ye...... jangan kata... buat bodoh aja lah......[ sorry lah aku tak sampai hati nak letak gambar taik kucing tu walaupun aku dah amik gambarnya ]

Jumaat, 14 Januari 2011

K'KAY NURSERY


Lama aku tak berkesempatan nak menulis kat blog aku ni, minggu ni memang sebuk, sebuk dengan tugas yang bertambah. Tugas apa ye..... menjadi pengasuh.. bukan bibik ye... Minggu ni ada sorang lagi budak yang aku jaga menjadikan semuanya 3 orang, semua HERO.... Umornya dalam setahun lebih comel dan putih gebu... Emaknya kerja di Maktab PDRM sama ngan hubby tapi dia kerani. ..
Tiga hari aku jaga hampir2 aku tak sanggup sebab budak tu nak duk dalam buai aja, lepas tu nak kita tunggu, apa kerja pun aku tak leh nak buat. Dalam hati aku berdoa kalau memang rezeki aku untuk menjaga budak tu, aku berdoa pada Tuhan agar dipermudahkan dan diserasikan aku dengan budak itu... dan kalau memang bukan rezeki aku , aku mohon agar dapat pengasuh lain yang boleh menjaga dia ....
Alhamdulillah ... masuk hari ke 4 budak tu dah mau main2 dengan Aqil n Arash, dah boleh aku tinggal2 kan untuk buat kerja aku. Sebenarnya Aqil n Arash tu memang nak sangat main dengan budak tu.... lega aku rasa tak lah aku penat sangat, siAqil tu pun dah boleh diharap untuk buai budak tu... Waktu yang paling sebuk bagi aku dalam kul 10.30 sampai kul 11.15 sebab masa tu budak2 datang mengaji, kebanyakan dia orang sekolah sesi petang sebab tu dia orang mengaji pagi.... Tapi bersyukur aku masih punya kudrat untuk kerja2 sebegitu.....
Sekarang ni rumah aku dah ala2 nursery, riuh dengan budak2 , tak lama lagi aku boleh bukak nursery n kelas mengaji betul2 kut..... kalau aku bagi nama K'KAY NURSERY ok tak...Ha..ha..ha... mungkin tidak dan pasti tidak..... usia tak mengizinkan.. Oh ye nama budak baru tu NAZHEEF ISKANDAR you... ha tengok lah gelagat hero2 ku ni ye....

saat paling lega bagi aku bila budak2 ni dah tidur
ini lah dia tiga hero aku dari kiri Arash, Azheef n Aqil
tengok lah si Aqil tu dia lak yang over, tapi boleh diharap gak
comel kan budak ni

Aqillll.... jangan usik dia tengok dah nangis....
siNazheef ni tak boleh tinggal napkin dia...
Peha aku yg gebu jadi mangsa ,, budak2 ni sume nka duduk kat riba aku

Sabtu, 8 Januari 2011

TAKDIR ATAU KEBETULAN ?...

pokok apa lak ni, ni lah batang bunga serai yg panjangnya lebih 2 meter
dihujung tu lah bunga dia...



pokok kantan w/pun dlm pasu tetap berbunga, dah 3 kuntun aku ambik utk masak asam
yang ni pokok misai kucing+ hempedu bumi, seakan2 pokok kesum jgn salah ambik

Ha..ha..ha.. korang mesti tak sabar nak baca n3 aku kali ni ye... Baca tajuk aja dah teruja nak tau isi kandungan n3 aku. Gelak dulu lah ye ha..ha..ha.., sebenarnya saja aja buat tajuk yang cam ni biar korang berminat nak baca n3 basi ni. Ala daripada blog aku bersawang baik le aku tulis apa2 yang patut.
Rasanya dah lama aku tak cerita pasal mini kebun aku tu lah, apa tanaman yang ada sekarang, epal ke, anggur ke, pokok kiwi ke [ bagi mamamiraki teruja sikit ]. spesis pokok2 tu sume tak de kalau pokok ciku, ada dah berbuah tapi sebiji aja itu pun kalau tak gugur... sebenarnya tak de apa pun tanaman baru yang lama2 aja. Yang baru2 hubby tanam dalam pasu cam pokok kesum, pokok misai kucing, hempedu bumi, pokok sabung nyawa, pokok bunga kantan pun hubby tanam dalam pasu, maklum lah pasu banyak...Lagi satu pokok serai kayu ada orang panggil pokok daun salam. pendek kata banyak jugak lah jenis2 pokok herba dan ulam2 yang hubby tanam...ha tengok gambar pokok2 kat bawah ni... Suspen aja,, apa ni karangan lari dari tajuk.... tunggu.....

ni pokok sabung nyawa utk ulam, bukan sabung ayam ye, daunnya lembut sedap....


ni korang mesti tau pokok kesum

Jeng... jeng....jeng.... ikuti kisah seterusnya... ha... yang ni baru ada kaitan dengan tajuk n3 aku. Ingat tak rasanya setahun yang lepas korang dah tau kesah serai berbunga belakang rumah aku. bila hubby cerita kat kekawan dia, ada lah kekawan dia yang tau pasal bomoh serai, so kawan dia pun panggil bomoh serai tu pi cabut rumpun serai tu yang menurut cerita[ dongeng ke apa tak tau le] kalau serai berbunga akan ada batu2 serai kat situ. Tak tau lah bomoh tipu ke betul tapi bila dicabut memang ada batu berwarna warni cam batu cincin yang aku tengok sendiri. Tapi masa bomoh tu jampi serapah kita tak nampak , tah2 dia ke yang tabur batu2 tu, tak pun dia berhubung ngan makhluk halus ke apa...mana kita tau dah namanya pun bomoh.... Wallahulam...
Alkesahnya sekarang ni rumpun serai belakang rumah ku berbunga lagi.... Nak nyanyi lah... Andai kata ... serai berbunga.... bla..bla.... Tapi itu lah kebetulannya rumpun serai tu dulu hubby tanam dari pokok serai yang dulu lah ada lah 2,3 batang hubby tanam balik kat tempat yang sama, sekarang dah berbunga, lagi serumpun serai tu tak lak mau berbunga. Dulu ada gak orang tu suruh tanam balik serai kat situ, hubby pun saja lah tanam, tak sangka lak berbunga lagi. Tapi kali ni tak de lah nak cabut2 cari batu2 cincin, batu2 yang dulu pun terperap aja tak jadi cincin sebab emas mahal....Ada korang berminat boleh aku jual rumpun serai tu.. mana tau ada jongkong emas ke, bijih timah ke.... hihihi....... kayo den....tak pun batu berlian ke batu delima.... Yang pastinya aku rasa batu kerikil..

ini lah rupa rumpun serai yang berbunga tu, yang panjang tinggi kelangit tu lah..

Jumaat, 7 Januari 2011

UNTUNG KE RUGI ?...


Tajuk n3 kali ni bunyinya macam orang bisnes besar2an aja. bisnes apa ye , belum2 lagi dah kira untung rugi....Haaa.. apa, jual ikan bilis???.....ha..ha..ha.... bukan jual ikan bilis lah tapi beli ikan bilis... Bagi yang biasa pegi pasar , tak kira lah pasar besar ke kecik mesti nampak berjenis2 ikan bilis dari yang murah sampai lah yang mahal. Ada yang besar ada kecik, yang putih yang hitam, sume ada , ada yang dah bersih [ dah buang t**k n kepala dia], terserah kita nak beli yang mana.
Biasanya ikan bilis yang cantik ni ikan bilis pangkur, warna dia agak2 kekuningan. Ikan bilis yang dah siap dibelah [ dah buang t**k le..] memang mahal, ya lah dah kira upah orang yang buat kerja tu, ingat tak lengoh ke tengkok... Ikan bilis yang dah siap cam tu harganya memcecah lebih rm30 sekilo. Mahal tu tak terbeli aku....
Aku beli ikan bilis yang berharga rm18 saja sekilo. ikan bilisnya cantik. Tapi kena buat kerja lah sikit, bersihkan [ buang t**k n kepala ikan bilis]. dalam adik beradik aku rasanya suma tau sapa yang palig suka buat kerja ni... ha.. sapa lagi..kakak aku Cik Timah le, kalau dekat memang aku hantar ikan bilis tu suruh dia buatkan. Tapi kan kadang2 aku suka juga buat kerja tu, bukan apa bila tengok ikan bilis tu dah bersih suka lak...Tapi kan bila dah bersih, bahan buangan [t**k ngan kepala dia] hampir sama banyak dengan ikan bilis yang dah bersih. So kalau dikira , campur, tolak ,darab, bahagi dan ditimbang semula agaknya harga dia lebih kurang sama dengan ikan bilis yang dah bersih kut....Kesimpulannya untung ke rugi ye beli ikan bilis yang agak murah tapi kena buat keja pas tu hampir sama banyak yang kena buang.. Tapi bagi spesis yang rajin cam aku ni [hi hi hi..] beli aja lah yang murah ada gak keja nak buat bila bosan2 duduk melangut... Ikan bilis ni aku bersihkan malam tadi kul 11 mlm , nak tidur mata lum ngantuk....

ni ikan bilis yang dah bersih daaaa...

Ni pulak hasil buangan, cuba tengok hampir sama banyak kan dengan yg bersih

Ahad, 2 Januari 2011

LEPAT UBI 2011


N3 kali ni nak cerita bab kerajinan aku ditahun2011. Dah 2 hari masuk 2011, jadi sebagai pembuka kuih tahun ni aku dengan rajinnya buat LEPAT UBI. Kan ari tu malam tahun baru aku beli ubi 2 ketul, yang seketul dah selamat aku rebus... ha ni yang seketul lagi aku buat lepat yang MUBLES.... [mama janet sebut betul2 mubles bukan nubles/ tubles ].
Lain orang lain caranya buat lepat ubi, aku buat versi aku lah. disebabkan aku tak de parut kelapa cam yang digunakan kat kampung dulu, aku gunakan sagat yang orang gunakan wat sagat pisang buat kerepek. kalau parut kat kampung dulu kan dibuat dari zing ke apa kalau terparut jari ya ampun... membuak2 darah....jadi aku gunakan aja lah parut plastik ni selamat jari2 aku.....
Lepas ubi diparut aku tak perah buang airnya macam sesetengah orang buat. aku terus gaulkan dengan kelapa parut+ sedikit garam, gula merah,gula pasir dan sedikt santan, bagi lemak berkerim la....bla dah sebati rasa lah kemanisanya ikut citarasa sendiri, pas tu baru lah bungkus ngan daun pisang yang dah di layukan. susun dalam pengukus, kukus lah dalam 30 minit.Bila kita tak perah ubi parut tu, bila dah masak dia jadi kenyal2 .. sedapppp.......

Ni la rupa parut yang aku gunakan,

lepat ubi lepas disauna

zoommmm.... dekat sikit nampak kekenyalannya