Selasa, 14 Disember 2010

CUTI CUTI KEMELAKA PART II

Sambung n3 yang lepas, cuti2di Melaka. xtvt hari ahad , pagi duk rumah aja sebab biras aku keja[ berniaga kat gerai ]. pukul 11 dah balik. kota orang plan nak gi pantai pengkalan balak bersama kwan adik ipar. jadinya kita orang pegi 3 family la. dah namanya berkelah tak sah le kalau tak bawak bekal untuk makan2. tak banyak makanan yang kita orang bawak , ye la pegi pun dah tengahari, bawak untuk makan tengahari aja la. selebhnya beli la kat situ, macam2 ada jual. pantainya agak bersih tapi aku tak mandi cuma anak2 buah aja yang mandi. mak2nya cuma duduk2 aja sambil bergosip.....Dalam kul 4 kita orang berkemas nak balik , ada tempat lain nak di tuju ni.... kemana ye???.... Ha kita orang nak gi ke pameran satu daerah satu product kat MITC, hari i last penutup.... sampai situ ramai gak orang ye la hari last. pameran tu lebih kurang macam pameran MAHA , barang2 yang dijual pun lebih kurang sama... Nak tau apa aku beli... beli rempeyek kacang tanah n kacang [ gerai negeri johor]. kuah segera masak pajeri[ negeri Pahang] rempah masak itam[ negeri perak],jeruk2 dah semestinya dari penang. itu aja lah selebihnya cuci mata aja. keluar dari situ dah hampir kul 6 pm, singgah makan dulu ,ya lah dah penat2 sampai rumah tak kan nak masak, kita pun faham kan.... malam dalam kul10.30 aku bertolak balik ke KL.....

Shasha bersama sepupunya, shira


Bersama adik ipar , zee
bincang apa nak beli sebelum masuk ke pameran di MITC
posing depan rumah adik ipar sebelum balik
pemandangan di pantai pengkalan balak
sasha tu nak tangkap apa
sasha n aqil menikmati keindahan pantai pengkalan balak
sungai Melaka waktu malam mmg cantik dengan lampu2

bersama Aqil
Sasha dengan bangganya mengebarkan bendera spore
ni contoh rumah Filipina
jangan marah la tak ajak korang gi spore
ni rumah Indonesia yang sempat aku naik

Isnin, 13 Disember 2010

CUTI CUTI KEMELAKA

Hari sabtu lepas tanpa dirancang, tanpa diplan dan tanpa persediaan budget tetiba hubby ajak gi Melaka. Aku ni bab berjalan ada duit ke tak de on aja yang penting dapat jalan2. kebetulan ada adik hubby duk Melaka, tak yah le sewa2 hotel... Tengahari baru kita orang bertolak . sampai Melaka dalam kul 2 ptg ,terus singgah dulu di Mini Asian, sebelumnya tak pernah pun aku pergi sini sekadar lalu aja. bayaran masuk rm5 aja. sampai2 makan dulu lapar.... Best gak kat sini ada pertunjukan kebudayaan, terdapat rumah2 spt rumah Indonesia, Filipina, Thailand dan banyak lagi la, tapi yang sempat aku masuk cuma rumah Indonesia ngan rumah Perlis aja. yang lain2 tengok aja dari luar, kaki dah lenguh. sempat gak beli t shirt sorang sehelai..... Dah penat round2 terus sambung perjalanan ke rumah adik ipar, tak sempat gi tempat lain sebab malam ni Apis nak balik KL naik bas kul 8, kena keja lak dia malam ni ...
singgah le tengok2 baju, cuci mata aja
sempat bergambar dengan penari2 kebudayaan di Mini Asian
ala siannya posing sorang2
ini le rumah perlis kat dlm banyak pinggan BK[ utk mummy gee]

Jumaat, 3 Disember 2010

DAUN PISANG N KOCI PANDAN

pokok pisang yang menjadi korban, pokok durian belanda
pokok durian belanda menggantikan pokok pisang [ btul le Belanda dpt tanah ]
Koci panas2.. mari 2...mari makan....[ koci aku tk de yang melentet dibalut kemas ]
Hidangkan bersama teh 0...[ pinggan ditaja oleh PDRM ].....
Ni koci sihat n bersih tk de penyakit keputihan, cam mummy gee buat. hihihi....
Bentuknya 3segi [ ye ke 3segi ], dlmnya ada inti, namanya kuih koci..

Ni tengah rajin n ada masa nak wat n3. kali ni nak cerita pasal daun pisang n kuih koci. Alkesahnya petang semalam hubby operasi kebun sekangkang kera belakang rumah, aku dah agak mesti ada pokok lain yang yang nak ditanam. Hubby tebang pokok pisang , siap dikorek buang umbinya, pas tu tebang lak pokok kari yang subur merimbun, sayang aku tengok., tapi ada lagi pokok kari 2,3 pokok yang lain. ya lah banyak2 pun nak wat apa, nak tanam pokok lain tak de tempat lak. Bekas pokok pisang tu rupanya hubby tanam pokok durian belanda, hubby beli masa pegi MAHA. Buah durian belanda ni susah nak dapat, kat pasar pun jarang jumpa.... Ha petang semalam hubby dah tanam, pameran MAHA akan datang dah boleh kut jual buah durian belanda ..... Oh ye pokok2 pisang yang dah ditebang tu, daunnya elok2,kalau jual kat pasar mesti laku. apa kata esok aku bukak meja kecik kat pasar jual daun pisang n daun kari..... hahaha... tak dapat aku bayangkan..... Duk fikir2 sambil tengok hubby wat keja, aku teringat lak ada inti kelapa yang aku dah buat 3,4 hari lepas .aku simpan dalam peti ais . Baik aku buat kuih koci pagi esok daripada tak guna daun pisang tu kan.....boleh wat sarapan pagi... Disebabkan kerajinan aku maka jadi lah kuih koci pandan yang sedap.....

Rabu, 1 Disember 2010

MAHA 2010

walau pun hujan pengunjung tetap ramai

cap ibu dan anak

like father like son...
ya ampun tak berangkat aku nangka ni, ada ke sebesar nangka mama janet kat Muo
besarnya ubi ni, berat la nak angkat sebab tu gambar terbaring
Apis N Sasha, duta product apa tu?...
nasi ambeng yg tersangat la TAK sedapnya, cam ni pun nk jual...
tengok la pokok tomato ni , lebat sungguh buahnya, kalau lah kita tanam cam ni...
tak beli pun pokok okid, bergambar pun jadi le
tak dapat aku nk beli nangka, q dekat 1km tk sanggup nk tunggu
dapat jugak telor pindang , ari tu terliur tengok kat blog mummy Gee
Dah lama aku tak jengah blog sendiri, sebab tak de crita baru . kebelakangan ni aku agak sebuk, ditambah dengan cuaca yang mendung2 , menambahkan sindrom penyakit M menular begitu cepat. daripada blog aku ni semak dan bersawang aku buat le n3 yang dah agak basi ni, tapi ok lah jugak kan.... Ni pasal MAHA 2010 la. hari ahad lepas aku sefamily pegi le ke maha tu lepas zohor. mak datuk punya la jem jalan ... giler tul... disebabkan jalan yang tersangat2 jem trpaksa lah parking keta kat tepi jalan yang jauhnya dlm1km. kalau nak tunggu parking lebih dekat aku ingat malam baru sampai ke maha kut. dalam hujan renyai2 kami redah aja la sampai ke tapak maha. alhamdulillah aku masih di beri kekuatan untuk berjalan sejauh itu... terror gak aku ye.. hihihi....sampai aja kat tapak maha cari kedai makan dulu sumenya lapar dan dahaga. lepas tu baru la mulakan lawatan. disebabkan hujan aku terus aja ke tempat pameran dan jualan dalam dewan. memang itu pun tujuan aku, tak kuasa aku nak pegi ketempat, lembu kambing dan yang sewaktu dengannya disebabkan hujan...Macam2 ada...., pameran maha yang dulu pun aku pegi, lebih kurang sama aja cam dulu. pusing2, round2 pegang itu pegang ini, last2 pegi tempat jualan.kat sini yang seronoknya, segala apa yang dia orang bagi rasa aku rasa, kalau yg sedap aku beli la, kalau yg kureng aku rasa aja la... yang pentingnya aku dapat beli telor pindang gak, Dah penat ronda2, beli2 lapar balik, kami pegi le ke medan selera, macam2 makanan ada.. dalam banyak2 tu aku nasi ambeng gak jadi pilihan aku, aku banyangkan mesti sedap macam arwah mak selalu buat, tapi HAMPEH....bagi kucing pun belum tentu nak makan.... sampai hati orang yang jual ye masak cam tu, orang beli bukan free....sapa2 yang nak ke maha jangan la beli nasi ambeng tu, ada satu gerai aja yg jual . NASI AMBENG T****NG KA***G

Khamis, 18 November 2010

CUTI SEKOLAH DAH BERMULA







Cuti sekolah dah bermula, sesetengah sekolah masih bersekolah sampai hari ini [jumaat]. sekolah anak aku sasha dah cuti bermula hari selasa lepas. apa ye xtvt anak2 korang masa cuti sekolah. bagi ibu bapa yang berwang boleh la bawak anak2 bercuti atau melancung ke luar negara atau paling tidak pun dalam negara . bagi yang kurang berwang bawak aja la ketempat2 percutian yang dekat dengan rumah , paling tidak pun mandi2 di air terjun ke sungai yang dingin airnya..........Bagi aku setakad ini belum ada lagi perancangan nak bawak anak bercuti kemana2, biasanya hubby ni rancang percutian last minit, kalau plan awal2 selalu tak jadi..... Bagi aku tak kesah berjalan pun boleh duk rumah pun tak pe...
Bagi anak aku sasha xtvt dia yang pasti mengadap komputer , petang n malam main badminton n basikal. itu aja lah xtvt dia wat masa ni bersama kawannya. Membaca buku spt komek, novel tu wajib tak kira masa makan ke apa, buku mesti ada sebelah samada dibaca atau dibelek2 aja, itu yang aku perhatikan kedua2 anak aku sejak kecik lagi. Kadang2 aku nak marah jugak, nak makan bawak buku memenuhkan meja makan, baca aja la lepas makan. Tapi dia orang tetap gak cam tu , agaknya tak kenyang makan kalau tak de buku kat sebelah masa makan.....Malam tadi aku pun duduk kat depan rumah tengok anak main badminton pas tu main basikal .....teringin pu lak rasanya nak kayuh basikal....

Selasa, 16 November 2010

PERSIAPAN NAK SAMBUT RAYA HAJI

n3 kali ni mesti lah pasal nak raya. rasanya semalam sume orang sebuk membeli lauk pauk nak masak tuk raya. aku pun apa kurangnya. aku gi k4 dalam kul4.30 pm, tunggu driver balik, kalau tak sapa nak antar. aku pegi ngan Apis, Sasha n Arash. aku nak beli ketupat segera ngan ikan untuk lauk nasi dagang. aku beli ikan tenggiri, biasa orang guna ikan tongkol. ayam dh beli . aku cari daun kunyit tak de habis. dah siap beli barang2 sikit masuk lak ke KFC . tak sangka pulak aku si Arash ni boleh makan ayam yg pedas. habis dia makan coslow, dia mmg suka sayur. lepas makan dia kehausan, aku lupa bawak susu, bantai le dia minum ais lemon tea. on d way balik singgah 2,3 kedai nak cari daun kunyit, tak de... dahsyat tul orang KL ni. pokok kunyit belakang umah aku tu ada , tapi daunnya baru selebar 3 jari aku. dah tak de kena ambik la jugak kalau tak tak sedap rendang tak bau daun kunyit. sampai rumah kul 6.45pm. aku pun terus bukak pagar belakang nak ambik daun kunyit. tapi alangkah sedissss nya daun kunyit aku dah hilang, tinggal 2 helai yang itu pun besar 2 jari aku je... siapakah gerangan yang ambik daun kunyit aku?....
. Jaga troli mama , jangan sampai hilang barang2 dalam tu
Arash kehausan . Mama tak bawa susu
Habis licin Arash makan ayam . Tinggal tulang je
malamnya aku siap2 masak , aku rebus nasi impit, wat kuah kacang, rendang ayam n kari ayam.pagi sok tinggal wat gulai ikan, kukus nasi dagang. ingatkan nak wat kek kukus tak jadi dah penat

Nasi impit yg lembut & gebu .. pastinya NONA

Rendang ayam yg sedap walaupun daun kunyit seciput

Sambal kacang

Kari ayam yg nampak sedap

Jumaat, 5 November 2010

AQIL DAN ARASH

AQIL..... aduh gambar terbaring la...
ARASH

Aqil dah ada kawan bermain...


alamak lupa nak bukak apron, topi chef aja aku bukak.. hihihi....



ada lak yang kena penumbuk aku ni nanti,bak balik puting akuuuu....




lega si Aqil akhirnya dapat jugak hisap puting Arash, teringin sangat la tu





Hish... apa lak dibuatnya si Arash ni,yang Aqilnya menyengih aja...






ha.. tepuk2 punggung Aqil tu biar dia cepat tidur







bergaduh ke bergurau
budak2 ni
Aduh lamanya aku tak jengah blog sendiri, blog orang aku jengah. nak buat cam ne tahap kemalasan yang maksima sudah mari..., lagi pun sekarang ni aku agak sebuk. cerita pasal sebuk ni yang aku nak n3 kan kali ini.... sekarang ni dah bertambah lagi sorang anak aku... la dah tua2 beranak lagi ke ... bukan beranak lah anak segera... alkesahnya jiran aku selang satu pintu aja dari rumah aku mintak tolong jaga anak dia. orang yang mengasuh anak dia dah pindah mengejut tak sempat dia nak cari orang lain. Aku pun serba salah rasa malas tapi kesian lak... Ya la aku ni kan jenis yang lembut hati dan tak sampai hati , cepat kesian ngan orang... Cuba bayangkan petang Ahad dia bagitau, pagi Isnin dah mula jaga.... boleh ke aku jaga budak tu. aku kata kat cuba dulu kalau boleh aku jaga lah kalau tak kena lah cari orang lain. Hari pertama antar menangis dekat 1/2 jam gak le, tapi lepas tu alhamdulillah elok lak , nak dia main2.... dah seminggu aku jaga masa nak antar menangis lah kejap , lepas tu elok aja main2 ngan Aqil. budak ni pun nampaknya jenis yang tak banyak songeh.. Tapi masaalahnya siAqil lah yang jadi cikgunya ajak main yang bukan2, nasib baik mak dia oraang tak bekalkan mainan, kalau tak pening aku kerja mengutipnya. aku ni pulak tak boleh tengok rumah bersepah, walaupun jaga budak2 tak boleh jadikan alasan rumah bersepah... Setakad seminggu ni semua berjalan dengan lancar ... alhamdulillah.... haaa.. ada sapa 2 lagi nak suruh aku jagakan anak????.... [ ohhh tidakkkk ]