Khamis, 20 Januari 2011

BUKAN BERYANI GUM......


Hari ni cuti sambutan thaipusam, tapi hubby kena kerja pulak. Aku pun kena bangun awal lah nak siapkan sarapan. Lepas hubby pergi kerja aku berkemas apa yang patut, ye lah dah itu rutin harian aku hari cuti ke tak cuti sama aja, cuma hari ni relax lah tak jaga budak2.
Aku masak sempoi aja tengahari ni, masak kari nangka, kicap daging, goreng ikan, sambal belacan n ulam2....Siap masak ajak Apis gi beli barang kat K4 nak beli barang sikit. Sampai K4 rasa lapar pulak, sebenarnya dah lama aku teringin nak makan kat LAKSA SHAKE kat K4 tu. Ari tu pergi ngan Apis gak tapi tutup. Ari ni kononnya aku nak makan kat situ lah , tengok menunya macam2 semuanya mengoda, yang aku cam teringin sangat tengok menu nasi beryani ayam penyet. Tapi alangkah hampanya bila tengok restoren tu tutup jugak, agaknya memang dah tutup lah..... Bukan rezeki aku nak makan kat situ kut.....
Perut lapar, kat bawah ada lah kedai mamak, alah jemu lah asik mamak aja.... Tengah aku melilau mata duk pikir nak makan kat mana terpandang pulak restoren FUZA"S BERYANI. tengok2 gambar menu kat luar resroren tu cam sedap gak. Last2 masuk aja lah cuba makan kat sini, rasanya restoren ni baru bukak, orang pun tak ramai sangat lengang aja...
Tempatnya selesa, bersih, ya lah restore baru kan.... Aku oder nasi beryani ayam kampung n ais lemon tea, apis beryani kambing n nescafe ais. Rasanya ok lah nak kata sedap sangat pun tak, kalau ada beryani gum md shah [ Bt Pahat] kat K4 , sepuluh kali aku pilih beryani gum batu pahat, sedap..... bila lah aku nak dapat makan beryani gum batu pahat lagi ye.......
Sementara nak tunggu dapat makan nasi beryani gum batu pahat dapat makan Fuza"s Beryani pun jadi lah.....


First time makan kat restoran ni

ni lah yang aku makan set beryani ayam kampung, ais lemon tea
closeup sikit nasinya panjang2, sekali pandang cam saiz ulat sampah
habis licin aku makan, yang berlonggok tu tulang n kulit ayam
Apis makan beryani kambing n nescafe ais pun habis licin

5 ulasan:

  1. baki ko tak yah masak...dah beria-ia masak..makan gak kat luar...aku rasa kan dalam sebulan 32 hari kau makan kat laur kot yea...hehehehehehe

    BalasPadam
  2. pandai le ko mana ada 32 hari, 42 hari la.. hahaha...
    Ala yang aku masak tu wat makan mlm le, tak habis panaskan wat makan thari esok.. kah kah kah.....
    Tapi rasanya kebelakangan ni aku tengok ko yang selalu makan kat luar...

    BalasPadam
  3. nasi tu pun tgk tak menyelerakan pun.. lagi2 bila c.lah samakan dgn 'ulat'. mesti dia guna rempah paket segera ni.

    BalasPadam
  4. Ngences kulo ndelok sampian mangan Beriyani

    BalasPadam
  5. MS= Ala kurang enak lah beryanie, tapi karang wes kepingin mangan yo entek jugak..

    BalasPadam