Jumaat, 14 Januari 2011

K'KAY NURSERY


Lama aku tak berkesempatan nak menulis kat blog aku ni, minggu ni memang sebuk, sebuk dengan tugas yang bertambah. Tugas apa ye..... menjadi pengasuh.. bukan bibik ye... Minggu ni ada sorang lagi budak yang aku jaga menjadikan semuanya 3 orang, semua HERO.... Umornya dalam setahun lebih comel dan putih gebu... Emaknya kerja di Maktab PDRM sama ngan hubby tapi dia kerani. ..
Tiga hari aku jaga hampir2 aku tak sanggup sebab budak tu nak duk dalam buai aja, lepas tu nak kita tunggu, apa kerja pun aku tak leh nak buat. Dalam hati aku berdoa kalau memang rezeki aku untuk menjaga budak tu, aku berdoa pada Tuhan agar dipermudahkan dan diserasikan aku dengan budak itu... dan kalau memang bukan rezeki aku , aku mohon agar dapat pengasuh lain yang boleh menjaga dia ....
Alhamdulillah ... masuk hari ke 4 budak tu dah mau main2 dengan Aqil n Arash, dah boleh aku tinggal2 kan untuk buat kerja aku. Sebenarnya Aqil n Arash tu memang nak sangat main dengan budak tu.... lega aku rasa tak lah aku penat sangat, siAqil tu pun dah boleh diharap untuk buai budak tu... Waktu yang paling sebuk bagi aku dalam kul 10.30 sampai kul 11.15 sebab masa tu budak2 datang mengaji, kebanyakan dia orang sekolah sesi petang sebab tu dia orang mengaji pagi.... Tapi bersyukur aku masih punya kudrat untuk kerja2 sebegitu.....
Sekarang ni rumah aku dah ala2 nursery, riuh dengan budak2 , tak lama lagi aku boleh bukak nursery n kelas mengaji betul2 kut..... kalau aku bagi nama K'KAY NURSERY ok tak...Ha..ha..ha... mungkin tidak dan pasti tidak..... usia tak mengizinkan.. Oh ye nama budak baru tu NAZHEEF ISKANDAR you... ha tengok lah gelagat hero2 ku ni ye....

saat paling lega bagi aku bila budak2 ni dah tidur
ini lah dia tiga hero aku dari kiri Arash, Azheef n Aqil
tengok lah si Aqil tu dia lak yang over, tapi boleh diharap gak
comel kan budak ni

Aqillll.... jangan usik dia tengok dah nangis....
siNazheef ni tak boleh tinggal napkin dia...
Peha aku yg gebu jadi mangsa ,, budak2 ni sume nka duduk kat riba aku

8 ulasan:

  1. Aku rasa kalau buat nursery betul2 mmg laku ni... tapi kena cari rumah lainla...

    BalasPadam
  2. WKL = Tak de lah aku nak buat nursery betul2 Yin, cukup lah jaga budak2 gitu2 aja kat rumah, lain lah kalau umur muda lagi....

    BalasPadam
  3. Ramai orang macam Kak Kay kita ni. Lama-lama mereka jadi boss, dan dapat menggaji rakan-rakan sendiri untuk menjaga budak2 tu. Inilah bisnes melalui hobi dan kemahiran. Dan inilah juga salah satu BISNES DARI RUMAH sebenarnya. Semoga bertambahlah pelanggan Kak Kay.

    BalasPadam
  4. Mmg berhasrat nk bukak nurseri dulu sblm dpt keje gomen. Agak2 kalau bosan dgn keje skrg, pencen awal nak teruskan gakla bukak nurseri ni.

    BalasPadam
  5. Nak bukak business nursery yang paling penting ada perasaan sayang dan care terhadap anak-anak kecil dan tidak boleh mementingkan untung semata-mata. Kalau servis tak bagus orang caril nursery lain. Cam nursery tempat Harith ditinggalkan...memang yang jaga baik termasuk suami tokeh nursery yang kebetulan tak de anak sendiri. Dulu masa Harith belum sekolah betul... lepas kelas Tadika memang suami tokeh tu ajak jalan2 hampir tiap hari. Nak pegi dinner siap pinjam.

    BalasPadam
  6. betul tu yin...nak bukak nursery kena ada perasaan sayang pada budak. bukan sennag nak buka nursery ni...lok mula dr bawah. my SIL @ Kak Nab sebelum jadi tokey nursery & Tadika..bermula dgn jagan Iki dan 2-3 orang anak sedara masa diaorang kecik..ni setelah 13 rahun dah stabil dan boleh goyang kaki jer...heheh

    BalasPadam
  7. Bak sini yang palign comel tu aku tolong jagakan

    BalasPadam
  8. Aku ni ni kan jenis penyayang.... apa lagi bila budak2 ni manja2 ngan aku ,masing2 nak duduk atas riba termasuk lah si Aqil yang dah besar...
    Mek, ko nak tolong jagakan yang comel ya, ambik lah... hihihi...

    BalasPadam