Selasa, 16 Ogos 2011

MARI BUAT BISKUT RAYA


Hari ini sudah 17 hari umat islam berpuasa, bererti insyaallah tinggal 13 hari aja lagi kita nak menyambut aidil fitri. Sempena cuit nuzul Quran bagi sesetengah negeri, peluang cuti ini digunakan untuk shopping, apa lagi orang gomen baru dapat bonus. Bagi yang tak gi shopping dah tentu sebuk kat dapur buat biskut raya.
Aku ni ni pun nak jugak sebuk2 cam orang lain, nak buat biskut raya le konon2nya. Tak tau le jadi biskut ke lempeng....Tahun ni sebenarnya malas nak buat biskut raya, so aku dah siap oder, ada lah 3,4 jenis aja.Tapi kalau tak buat sendiri cam tak raya aja, lagi pun anak2 aku sebuk tanya bila nak buat biskut, walaupun dia orang tau aku dah oder.
Tak pe lah aku buat biskut yang simple2 dan tak banyak modal. Yang pentingnya biskut ni memang anak2 suka makan. Aku cuma nak buat 3 jenis aja. Cuba teka biskut apa yang aku nak buat....

Tengok dari bahan2 diatas dah tentu lah biskut semperit@ dahlia yang
aku nak buat. aku suka bab menekan2 buat dahlia ni

Kacang tanah ni nak goreng , buat biskut mazola n makmur. biskut febret.
untuk pengetahuan mama miraki acuan mazola aku bukan tutup botol ye


eh..eh.. baru nak buat semperit, cam ne lak ada yang dah siap ni?..
hehehe.... semperit ni didatangkan khas dari Melaka, aku oder ngan kawan biras
aku kat sana, suka makan semperit dia....























4 ulasan:

  1. samalah Kak Kay...kita hari ni buat semperit...dan senarai biskut yg awak nak buat tu sejibik sama ngan senarai biskut aku..huhuhuhu sama selera kita rupanya yea...tak yah nak almond snow ker...hazelnut snow ker....hahahha

    BalasPadam
  2. sedapnya semperit. cuti minggu ni baru nak wat kuih..

    BalasPadam
  3. hehe...semua buat kueh nie...tolonglea bagi semangat sikit agar akak pun rajin nak wat kueh gak nie...

    BalasPadam
  4. mamamiraki , kita wat kuih yang simple2 n ala2 tradisional gitu, bukan apa modalnya sikit, tapi sedap...

    BalasPadam