Sabtu, 24 September 2011

JAMUAN RAYA TMN PERUMAHAN [LRG 15&16

Cerita raya lagi.... jangan le marah ni cerita jamuan raya yang last untuk tahun ni, kira penutup le...Sabtu 24hb, penduduk lorong 15 & 16 [ lorong rumah aku le tu] mengadakan jamuan hariraya.. semua menu untuk jamuan di masak secara bergotong royong. Seawal jam 8.30 pagi kaum ibu dan bapa dah berkumpul untuk bersama2 memasak. Masing2 sebuk menyiapkan
apa2 bahan2 yang perlu untuk dimasak.
Biasa la kerja yang ringan2 tu untuk kaum ibu, yang berat2 tu dah tentu la kaum bapa yang buat. masa mesyuarat menu yang dicadangkan cuma nasi beryani & lauk pauk dia, lemang, bubur kacang, kek, puding n biskut2 raya, Ya la nak buat menu macam2 takut budget tak cukup. sebuah rumah dikenakan bayaran rm60 aja.
Tapi terkejut gak aku bila tengok macam benda yang nak dimasak, memang berbagai meun untuk jamuan malam ni. Nasi beryani, ayam masak merah, daging kari, dalca, lemang, nasi impit, sambal kacang, mehun goreng, karipap. bubur kacang , puding, kek dan macam biskut raya yang diao orang bawak. pendekata penuh la meja hidangan... pencuci mulut buah tembikai n oren..
Seronok buat rewang2 cam ni sambil gosip2. Aku biasa lah ambik kerja yang ringan2 je , aku geng buat karipap sebanyak 5 kg. Fuhhhh... jenuh gak nak menghabiskan, tapi kan aku bahagian goreng karipap le.... Tapi aku tengok kan ada gak beberapa orang yang memang rajin giler buat kerja2 rewang ni. cepat dan cekap... tak macam aku ..hehehe...Layan aje le gambar2 persiapan sampai le kejamuan raya....

Pasang 5 biji kemah... hijau putih..

Ha.. ni le geng aku buat karipap diketuai oleh kak Nah. dia menguli tepung 5 kg
sekejap je, maklum la dia dah biasa mengrut orang..setakad tepung 5kg,kacang je..


kerja2 yang cam ni aku kurang berminat....malas le

Hahaha..... orang duk sebuk nak masak dia orang ni sebuk tolong tukar tayar
kereta apis yang pancit..

Kemah dah siap pasang, tinggal susun kerusi meja je...

Hasil kerja aku goreng mengoreng karipap, kematu kaki aku berdiri lama,
5kg you....ni sebahagian je

Ni la dia pakar buat karipap..kak Nah

jangan le kacau mama sayang, mama nak gentel karipap ni..


serba hijau, sesuai la ngan makcik penjual air ni...

antara bahan yang dah disiapkan oleh kaum ibu, bab masak2 nanti kerja
kaum bapa



Sampai le keacara jamuan raya yang ditunggu2. lepas maghrib semua dah berkumpul dibawah kemah. meriah dan berwarna warni semuanya berwajah riang. Lorong aku ni memang tiap2 tahun buat jamuan raya,walaupun sederhana jajni meriah dan semua dapat berkumpul


Aduh.... aku dah lapar ni, bila lah nak di suruh makan. tak yah le berucap panjang2

makan2.... jangan berebut2 banyak lagi tu..eh..eh.. pak cik tu marah ke?..
tu la korang tak nak berbaris elok2...

senyuman ceria puan Yati dan anaknya.

baru nampak muka tuan punya blog ...

Yah ngan anak2... tetap ceria walaupun penat, dia ni memang rajin wat keja..

Tuan punya blog n teman2.....

dalam gambar ni yang aku kenal betul cuma 2org yang diri kat belakang,
yang lain kenal masa wat keja2 cam ni la



4 ulasan:

  1. bahagian potong bunga rampai ada tak.kalau ada aku pilih kerja tu aje

    BalasPadam
  2. tiap2 tahun buat sambutan raya sama2 pun boleh tak kenal , tu lebihke jamuan makan bukan eratkan silaturahim namanya

    BalasPadam
  3. Tanpa nama= kurang asam ko, memang le dah jumpanya pun setahun sekali,hari2 lain kalau terjumpa bertegur sapa tapi nama lak lupa, hehehe...
    betul 3x.. yang lebihnya makan je tak pun duduk ikut geng masing2, cam ne nak kenal semua kan...

    BalasPadam
  4. Selamat menyambut kedatangan Zulkaedah 1432 hijrah. Bersedia pula utk raya 2012 . kumpul duit byk2 Kak Kay

    BalasPadam