Isnin, 1 Ogos 2011

RAMADHAN AL MUBARAK

Lama tak n3 blog aku, tak de ceta la. nak wat pasal makan aja boring lak.... Tapi kan daripada blog ni bersawang lebih baik aku wat le pape ceta... Dah bulan posa ni ceta pasal posa la ye. Hari pertama posa tak lalu bersahur, so untuk berbuka aku masak le yang agak2 boleh membuka selera. agak2 apa yang aku masak ye?... Ala lauk simple2 aja. Ketam masak lemak cili api, kerabu mangga, daging goreng kunyit, ikan goreng, ulam2 petai, kacang botol n daun2 belakang rumah. Nampak cam menyelerakan ye...
Aku buat agar2 roti, air cincau n teh 0 panas...Konon2 nya tak nak le jengah bazar ramadhan, tapi bila dah siap masak, gatal aja kaki ni nak pergi. Kul 6.40 aku pergi, orang mak aiiii... ramainya, sampai sana aku jengah le dari satu gerai kesatu gerai, tapi kebanyakan jualan dah habis, ada yang dah siap kemas.... buat duit betul la dia orang. last2 apa yang aku beli...kuih tepung pelita rm2, talam keladi+ seri muka rm2, kuih biji nangka [ kuih org kelate] rm2 n roti john yang harganya dah rm 4.50. itu aja yang aku dapat beli , tengok yang lain2 tinggal habuk aja. Nasib baik banyak dah habis , kalau tak tah pape lagi yang aku beli.
Masa buka posa aku terus minum cincau segelas n roti john sepotong, kenyang dah. tambah minum teh 0 semug, berkocak perut aku... Dah tak lalu nak makan nasi, pandang aja le lauk2 tu.Cadang nak makan balik dari terawih nanti.
Sebut pasal solat terawih ni seronok kalau pergi masa awal2 ramadhan ni , penuh ruang solat, kanak2 pun ramai ikut ibu bapa mereka. alhamdulillah.... Ruang solat muslimah memang penuh sampai keluar. Ye la awal2 posa ni kan, nanti kalau dah pertengahan posa dah mula kurang, masing2 sebuk nak buat persiapan kuih2 raya ke atau sebagainya.
Balik terawih dalam kul 10.45,tak jadi makan nasi, wat nescafe 0 n makan baki kuih2 sikit. Kalau sebulan cam ni selera aku, mau longgar baju2 raya aku, nak kena beli yang lain... hahaha....

[ SORY LE TAK DE GAMBAR NAK PAMERKAN]

6 ulasan:

  1. sedapnya menu. terbayang-bayang je. nasib baik xde gambar je.

    BalasPadam
  2. aku x berkesempatan tarawih kat surau lagi...

    BalasPadam
  3. musykil akak, camne orang buka posa boleh tak makan nasi....kalau akak selagi tak makan nasi, walau makan kueh mueh sedulang...mmg tak kenyang..
    tapi yea kea kak kay nie tak makan nasik, cam tak percaya jea kak kay...kat kg makan beriya...oohh..sory, "u tak makan sangat kan"...

    BalasPadam
  4. Ayu, sebab tu cik lah tak nak letak gambo, nanti ayu terliur, hehehe....
    mummy gee, napa x berkesempatan, kan surau dekat je ngan umah mummy.ye la tk de bibik bnyk keja mummy nk siapkan sendiri...
    Tanpa nama,yang tak lalu makan setakad semalam le, ari tak tau le, tapi minum air kalau tak 2 mug cam tak minum aja, tu yg cepat kenyang....

    BalasPadam
  5. ye mmng seronok g teraweh.kat surau tempat aku tu muslimah ada dalam 30 org.geram ni dah 2 malam g tak dpt solat kat aircond. penuh.

    BalasPadam
  6. awal2 'dah raya' la kkay camana nak gi solat terawih... hahahah.

    BalasPadam